Merepek"
Itu perkataan pertama Yazmin keluarkan apabila Aniq bertanyakan soalan kurang cerdik kepadanya.
"Ryl dapat rasa muat la Lia. So thank you kekasih" kata Aniq sambil berjalan masuk dan menghidupkan televisyen yang ada di ruang tamu apartment Yazmin dengan selamba.
"Bekas and please jangan mengarut boleh tak? Lia tinggal sorang je dalam rumah ni"
"Lagilah bagus tinggal sorang. Alah Ryl tak larat nak drive dah. Bagilah Ryl bermalam dekat sini baby, please" rayu Aniq sambil memandang wajah Yazmin meminta simpati.
Yazmin tidak membalas. Penat melayan kerenah Aniq. Kalau dia tidak bagi sekalipun Aniq akan tetap dengan keputusan dia juga. Peragai memaksa Aniq Zafryl tidak pernah berubah.
"Suka hatilah" terus Yazmin berlalu ke biliknya. Baju kurung yang di pakainya sudah tidak selesa. Masuk sahaja dalam biliknya terus di ambil tuala dan berlalu ke arah bilik mandi. Lebih kurang setengah jam dia membasahkan badannya, Yazmin keluar dengan bertuala dan baju tshirt yang longgar. Tuala hanya di lilit kemas di pinggangnya.
Sudah terbiasa berkeadaan begini. Semasa di asrama susah nak berkemban di sebabkan bangunan asrama perempuan menghadap jalan masuk ke asrama. Jadi pelajar perempuan asrama terpaksa memakai terus pakaian sebelum keluar dari bilik air. Tapi ada juga yang berani mati berkemban saja keluar dari bilik air. Jadi tabiat dari asrama sampai sekarang keluar dari bilik air terus pakai baju, jarang dia nak berkemban.
"Makk" bukan main terkejut Yazmin apabila mendapati Aniq elok sahaja baring di katil dan bermain dengan telefon miliknya.
"Hah baby keluar pun. Tak elok la mandi malam malam" kata Aniq bersahaja. Matanya liar memandang rambut ikal Yazmin yang lembab. Bukan main tersenyum Aniq melihat kekalutan Yazmin mencari apa yang patut untuk menutup kepalanya.
"Apa masalah awak masuk bilik orang ni" kata Yazmin sambil mengambil tuala kecil yang berada di sisinya. Walaupun tidak menutup sepenuhnya rambut miliknya tapi tetap di gunakan juga.
Aniq mula menapak ke arah Yazmin. Di rampas tuala yang ada di kepala Yazmin dan di buang ke lantai. "Ryl dah nampaklah." Kata Aniq sambil membelai rambut Yazmin. Lembut.
"Awak boleh keluar tak?" Yazmin cuba menjauh dari badan Aniq tetapi Aniq bertindak pantas dengan memeluk erat pinggan rampin Yazmin.
"Boleh tapi Ryl lapar la baby. Tadi dekat rumah tak sempat makan" adu Aniq sambil tidak lepas membelai rambut Yazmin. Suka pula dia pada rambut Yazmin. Selepas itu ringan tangannya beralih membelai pipi gebu Yazmin pula.
"Mana ada makanan malam malam macam ni. Siapa suruh tak makan"
"Baby la salah. Siapa suruh tak teman Ryl makan tadi. Dahlah balik tak cakap dekat kita, nasib baik sempat ikut tadi"
"Awak ikut saya? Kenapa?"
"Sebab nak tahu mana Lia tinggal lah"
"Tak tanya Diana pula kali ni macam awak tanya tempat kerja Lia?" Terus Yazmin memerli Aniq.
Aniq yang sedar dirinya terkantoi dengan Yazmin hanya tersenyum. "Diana ni memang tak boleh berahsiakan dengan Lia. Dah cakap suruh rahsia tak nak" kata Aniq.
"Tapi macam mana awak boleh lepas pintu guart?" Soal Yazmin. Setahunya apartment yang di duduki meniti beratkan hal tetamu. Nak masuk kawasan apartment ni pun ada dua pintu. Satu pintu untuk pemilik rumah dan satu lagi pintu tetamu. Macam mana Aniq boleh lepas kalau Yazmin tidak bagi tahu nombor rumahnya?
"Oh yang tu sebab Diana bagi tahu aras dengan nombor rumah Lia dekat Ryl" jawab Aniq selamba sambil merapatkan lagi jarak antara mereka.
Yazmin mengeluh. Diana ini memang nak kena tau. Desis hati Yazmin.
"Ryl lepaskan Lia boleh tak?"
"Alah tak boleh ke kalau tak lepas? Lia wangi. Ryl suka bau. Lagi lagi rambut Lia." Tutur Aniq sambil mencium wangian dari rambut milik Yazmin. Tenang rasa hatinya dapat mencium bau rambut Yazmin
"Ryl please janganlah macam ni. Kalau awak lapar pergilah cari makanan dekat luar. Rumah Lia memang takde apa apa sekarang. Esok baru Lia plan nak keluar beli barang. Setakat roti ada la" Lembut Yazmin berkata. Bab berkait makan minum memang sangat di titip beratkan Yazmin.
"Baby nak burge? Jom makan burger" kata Aniq teruja. Lama dia tidak makan burger. Makanan kesukaan Yazmin waktu tengah malam. Aniq tahu Yazmin tak pernah menolak kalau di ajak makan burger lagi lagi waktu tengah malam.
"Lia malas nak keluar dah. Ryl pergilah beli sendiri" kata Yazmin dan cuba meleraikan pelukan Aniq. Setelah meloloskan diri dari Aniq terus dia mencari seluar untuk di pakai malam ini.
"Okey Aniq pergi cari burger dulu eh" kata Aniq sambil berjalan menuju ke arah beg tangan milik Yazmin.
"Awak cari apa dalam beg saya tu Ryl? Takkan datang sini tak bawa dompet kut?"
Aniq tidak menghiraukan pertanyaan Yazmin malah terus menyelongkar beg milik Yazmin. "Hah jumpa pun. Ryl cari kunci rumahlah baby"
"Nak buat apa dengan kunci rumah tu?"
"Nanti kalau Ryl datang sini balik, kita mana tahu kalau Lia kunci rumah tak bagi Ryl masuk"
"La awak nak datang sini balik ke?"
"Kan Ryl dah cakap Ryl nak tidur sini"
Yazmin mengeluh. Tidak faham dengan peragai Aniq yang satu ini. "Awak takde rumah sendiri ke?" Soal Yazmin geram.
"Ada tapi Ryl nak tinggal dengan baby. Okey Ryl pergi beli kejap. Bye" kata Aniq sambil berjalan keluar dari bilik tidur Yazmin.
"Tak payah bawa kunci. Ketuk jela pintu, nanti Lia buka lah. Lia tak tidur lagi" jerit Yazmin sebelum sempat Aniq keluar dari biliknya.
Aniq memusingkan badannya dan memandang Yazmin dengan senyuman lebar. "Takpe lah, Ryl tak percayakan Lia" balas Aniq dan terus saja berlalu.
"Eleh macamlah kita percaya dia sangat. Menyampah" bebel Yazmin seorang diri.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih
Любовные романы"Apa dah nama kau?" "Yaz. Min. Dah. Lia" "Okey Lia macam..-" "Panggil Min je" "Siapa pula Min ?" "Yazmin, sayalah lagipun..-" "Aku dengar Lia je kau sebut tadi but nevermind asal ada juga perkataan Lia dalam nama kau kan" Penemuan pertama yang menja...