Hampir dua minggu Aniq berulang alik dari tempat kerja ke rumah Yazmin. Kadang kadang sampai pukul 2 3 pagi baru berangkat keluar dari rumah Yazmin. Nak tidur sana, awal awal lagi sudah di halang Yazmin. Katanya tidak manis. Tapi kalau tiap malam datang rumah macamlah manis sangat."Whu huu Lia. Berangan ke?" Sindir Aniq sambil duduk kembali menghadap PS4 nya. Menggeleng Yazmin dengan peragai gila game Aniq ni.
"Awak ni memang tak boleh hidup tanpa game eh?" Soal Yazmin geram.
"Eleh dari Lia yang suka berangan. Baik Ryl main game"
"Kalau macam tu tak payahlah lepak rumah Lia. Tak pasal pasal naik bil elektrik rumah Lia bulan ni tau" rungut Yazmin. Masalah pula gaji pertama dia nanti habis dengan bayar bil elektrik je.
"Alah berkira betul. Nanti Aniq gantilah balik. Setakat main dua tiga jam pun kecoh minah ni"
"Minah ni la yang selalu teman awak main game malam malam macam ni tau"
Kali ini Aniq hanya tersengih saja memandang wajah Yazmin. Kali ini tidak boleh nak lawan. Perempuan kalau sudah mula mengunkit ini tidak pasal pasal di ungkit yang lain pula.
"Ryl, ibu awak tak pelik ke awak asyik balik kerja tengah tengah malam macam ni. Daddy Diana tak report dekat ibu awak ke?" Soal Yazmin sambil mengigit burger kepunyaan Aniq. Kali ini Aniq hanya membeli satu saja burger sebab sudah di bagi amaran pada Aniq semalam jangan beli untuknya hari ini. Iyalah seminggu ini setiap malam Aniq membelikan nya burger. Bayangkan sudah berapa banyak kalori dia telan setiap malam.
"Eee semalam kata tak nak. Ni ambil kita punya pula" rengek Aniq sambil cuba menjauhkan burgernya dari Yazmin.
"Kedekutlah Ryl ni. Sikit je pun Lia gigit."
"Ryl nak beli untuk Lia katanya tak nak"
"Ish tak payah dah beli. Nanti Lia gemuklah selalu makan malam"
"Takut gemuk sangat kenapa? Baby kan baby keping. Pasti.. ahhh-" belum sempat Aniq menghabiskan ayatnya, lengannya sudah di cubit Yazmin.
"Lia tak kepinglah!" Tegas Yazmin berkata. Geram betul dengan Aniq. Dari dulu sampai sekarang gelarkan dirinya keping.
"Pelik betul perempuan ni. Cakap keping marah, cakap gemuk lagilah marah. Perempuan sebenarnya nak apa ni?" Soal Aniq sambil menaikkan keningnya.
"Nak kena cubit lagi ke?"
"Okey tak nak!" Cepat cepat Aniq menjawab. Entahlah dia paling tidak suka kena cubit dengan tangan perempuan. Lagi lagi cubitan ibunya. Sekarang cubitan Yazmin pula berbisa baginya.
"Bajet je badan sasa. Acah acah atlet, kena cubit dengan perempuan pun takut" perli Yazmin sambil menjeling.
"Kalau tak sakit, Ryl pun tak kisah kena banyak kali pun. Tapi masalahnya sakit Lia oii."
"Alah kena pukul dengan saya pun awak mengadu sakit. Lemah betul awak kan?" Tidak cukup dengan itu di tambah lagi kelemahan kelemahan Aniq yang ada dalam simpanan Yazmin.
"Memanglah sakit kalau tangan tu dari tangan budak silat. Kalau setakat perempuan acah acah gedik tu takde lah sakit. Tapi pukulan dari awak yang budak silat tali pinggang putih ni boleh bawak lebam badan saya ni" terang Aniq pada Yazmin bila di cop dirinya lemah.
Lelaki dengan ego mana boleh di bawa main!
"Alasan. Okey je kawan silat saya pukul saya"
"Awak dah biasa okay lainlah saya. Dulu awak hari hari buat latihan persembahan silat."
"Yela Aniq Zafryl. Saya tak pukul awak dah"
Aniq hanya buat dengar tidak dengar saja. Bukan boleh percaya sangat kata kata Yazmin ini. Kalau datang geram dia, tidak kiralah siapa depan dia. Wajib kena dua tiga pukulan dari Yazmin.
"Ryl dah pukul 12 ni. Lia mengantuklah" Yazmin berkata apabila memandang jam di dinding rumahnya. Sudahlah esok nak kena menghadap meeting lagi.
"Cakap jela. Ryl, Lia nak halau Ryl balik ni. Cuba faham, please" Aniq membalas sambil tidak lepas tangannya menekan kekunci pada alat permaianan konsul ini.
"Okey kalau faham maksud tersurat Lia. Dah boleh dah kut. Pintu di belah sana." Selamba Yazmin membalas.
"Kejam betulah dia ni. Okeylah Ryl balik dulu baby" kata Aniq sambil bangun dari duduk bersila di depan tv ruang tamu rumah Yazmin.
Yazmin hanya menggelengkan kepala sahaja melihat Aniq yang hanya meninggalkan PS4 nya macam itu sahaja. Bukan reti nak tutup dulu ke, nak simpan baik baik macam dia mula ambil tadi.
"Kesianlah bakal bini Ryl nanti nak kemas semua yang di sepahkan Ryl" Tanpa sedar Yazmin mula mengeluh.
Aniq hanya tersenyum manis mendengar bebelan Yazmin. Dah biasa kena bebel tidak reti kemas. "Bakal isteri Ryl, Lia la baby. Lia kan kekasih Ryl" kata Aniq sambil menarik tangan Yazmin dan di ciumnya lama.
Yazmin hanya membiarkan saja kelakuan Aniq. Nak tarik balik pun hatinya suka Aniq melayannya begitu. Masalah dalaman betul Yazmin Dahlia ni.
"Kekasih eh?" Saja Yazmin ingin menguji Aniq.
"Baby, kan Ryl dah cakap. Dulu tu kesilapan je. Please kita kekasih ya"
"Yela" jawab Yazmin sepatah. Tidak tahu mahu menjawab apa sebenarnya. Takkan nak cakap ya kita kekasih. Macam terdesah pula nak jadi kekasih balik.
"Kita kekasih. Cuba Lia cakap"
"Ingat Lia budak budak ke nak suruh cakap macam tu pula"
"Bukan cakap tu. Cakap Lia kekasih Ryl. Please baby. Ryl nak kita macam dulu. Jadi kekasih macam dulu. Tak nak bekas bekas ni bagai" pujuk Aniq lagi.
Dalam hati Yazmin sudah berbunga bunga mendengar ayat yang keluar dari mulut Aniq. Tipulah kalau cakap dia tidak terharu dengan layanan Aniq sepanjang pertemuan mereka kembali. Tiap hari Aniq datang berjumpanya. Kalau boleh setiap pagi pun nak datang sebab nak sarapan sama sama. Macam dekat asrama dulu. Pagi petang dan malam mereka akan bersama.
"Tak best ke jadi bekas" Soal Yazmin masih mahu mengusik Aniq.
"Baby jangan sampai Ryl tidur sini malam ni" ugut Aniq sambil menarik pinggang Yazmin rapat dengannya. Tapi di tinggalkan sedikit ruang antara mereka. Tidak berani nak rapat rapat sebenarnya si Aniq ni. Sikap menjaga batas masih di amalkan walaupun tidak berapa nak terjaga buat masa sekarang.
"Ya, Lia gurau jela"
"Kita kekasih okey. Tak naklah jadi bekas kekasih Lia." Rengek Aniq manja.
"Okey kita kekasih" bisik Yazmin malu malu. Di tundukan sedikit wajahnya.
Aniq tersenyum mendengar jawapan Yazmin. Terus di lepaskan pautan pada pinggang Yazmin. Tahu yang Yazmin kurang selesa dalam keadaan begini.
"Okaylah Ryl balik dulu tau kekasih. Sweet dream baby. Nanti Ryl dah sampai rumah Ryl text" kata akhir Aniq sambil keluar dari rumah Yazmin.
Yazmin hanya mengangguk. Dia tidak sama sama keluar kerana Aniq sudah mempunyai kunci rumah ini. 2 minggu lepas Aniq sudah mengambil kunci pendua rumahnya atas alasan tak nak susahkan Yazmin buka pintu kalau dia datang. Alasan saja itu. Sebenarnya dia nak datang lepak dalam rumah ini bila bila masa dia rasa dia nak. Petang malam suka hati dia saja.
Namun kini, Yazmin gembira. Kekasih hatinya sudah kembali padanya. Aniq Zafryl sudah kembali dalam hidupnya.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih
Romance"Apa dah nama kau?" "Yaz. Min. Dah. Lia" "Okey Lia macam..-" "Panggil Min je" "Siapa pula Min ?" "Yazmin, sayalah lagipun..-" "Aku dengar Lia je kau sebut tadi but nevermind asal ada juga perkataan Lia dalam nama kau kan" Penemuan pertama yang menja...