Bab 13 • Dating

3.5K 152 15
                                    




Yazmin hanya menunggu dengan sabar Aniq di dalam kereta. Katanya nak beli burger seberang jalan sana. Keadaan malam menyukarkan Yazmin untuk mengecam figura Aniq di kedai tepi jalan sana.

"Ish semalam makan burger, malam ni pun nak makan burger" Yazmin merungut sendirian perihal Aniq. Bukan main bergaduh tadi bila Aniq menyuarakan ingin mencari burger. Sudahnya Aniq menarik Yazmin mengikutnya untuk menunjuk jalan ke kedai burger. Kedai burger semalam tidak beropersi pula malam ini.

Yazmin cuba mencari lagi kedudukan Aniq di gerai seberang jalan sana tapi sia sia. Mat-mat moto yang melepak di gerai sana sukar untuk Yazmin mengecam Aniq. Salah satu sebab kenapa Aniq tidak mahu Yazmin turun dari kereta, ramai mat moto berkeliaran tepi kedai. Kalau tidak di suruh keluar pun, Yazmin memang malas nak keluar!

Tiba tiba kejadian petang tadi di mana mereka berempat lepak bersama di apartmentnya di ingatinya. Diana yang bersungguh sungguh mahu tahu status hubungan Yazmin dan Aniq. Dan hanya mendapat jawapan tidak tahu dari Yazmin. Kalau dari Aniq sah sah cakap tidak pernah putus.

Suka hati dia saja. Dulu bukan main cakap tidak mahu ada hubungan dengannya. Desis hati Yazmin geram tapi terfikir juga hatinya adakah ada cinta lagi untuknya dari Aniq Zafryl?

Dari pihak Yazmin semestinya masih ada dan tetap akan ada. Sejak 6 tahun lepas tidak pernah sesekali dia melupakan Aniq. Susah hatinya ingin melupakan Aniq kerana dari tingkatan 4 lagi dia mengenali Aniq. Setiap pagi, petang dan malam mesti dia bertemu Aniq. Iyalah mereka berdua duduk di asrama yang sama, sah sah setiap hari jumpa. Setakat kawasan asrama yang kecil itu sentiasa akan bertemu.

"Lia hujung minggu ni kan balik pilihan jadi jom dating" Aniq mula memujuk Yazmin semasa mereka berdua duduk di tepi padang bola sepak.

"Kat asrama pun boleh dating juga kan?" Yazmin mula membantah. Dekat asrama ini tiap hari berjumpa. Dalam perjalan ke sekolah dari asrama mereka kadang kadang jalan bersama. Waktu rehat semasa di sekolah juga mereka rehat bersama. Balik ke asrama pun bersama. Waktu riadah petang juga Yazmin selalu melepak dengan Aniq. Waktu prep malam pun mereka berdua juga. Pendek kata mereka sentiasa bersama dan semestinya di temani Diana. Diana kan satu satunya kawan baik dia dan sepupu Aniq juga.

"Alah dekat asrama, asramalah baby. Ni kat luar pula. Waktu outing Ryl selalu keluar dengan kawan asrama kan"

"Malaslah nak kemas barang nak balik minggu ni. Dua minggu lagi dahlah balik wajib. Tak laratlah" rungut Yazmin. Itulah alasannya yang sebenar kenapa malas sangat dia nak balik kalau di beri pilihan balik hujung minggu.

"Tak payahlah bawak balik barang banyak sangat. Dekat rumah kan dah ada semua. Jomlah Lia" tidak putus putus Aniq memujuk kekasih hatinya lagi.

"Sebelum tu awak tahu kan Diana sekarang rapat dengan siapa?" Soal Yazmin tiba tiba kepada Aniq.

"Tahu dan apa kaitan dengan Aniq suruh Lia balik pilihan pulak ni?"

"Ish dia lah. Aniq tahu ke tak ni?"

"Tahulah baby. Si Nizam tu kan?"

"Mana tahu?"

"Ish ni sepupu dia lah? Apa je yang boleh dia sorokkan dari Ryl" bangga Aniq berkata. Setakat Diana yang dari kecil dia jaga mestilah dia tahu semua benda perihal Diana.

"Diorang baru je nak kenal. Nak kenal rapat lagilah..-" belum sempat Yazmin menyudahkan ayatnya Aniq memotong.

"So? Kisah pula Ryl, diorang nak kenal rapat rapat. Suka hati dia lah baby. Ryl tengok Nizam tu okay even Ryl tak pernah lepak dengan dia dekat asrama"

"Orang tak habis cakap dia potong. Tahu Aniq tak rapat dengan dia. Diana ada cerita. Jadi sebab tu Diana ajak Lia balik minggu ni sebab nak suruh teman dia date dengan Nizam" akhirnya habis juga ayat Yazmin mahu sampaikan kepada kekasih hatinya.

"Oh macam tu. So baby baliklah minggu ni?" Soal Aniq kepada Yazmin.

"Maybe"

"Baliklah baby. Ryl nak balik hujung minggu ni" pujuk Aniq lagi.

"Okaylah balik. Lagi pun nak teman Diana juga"

Belum sempat Aniq ingin membalas kata kata Yazmin lagi, dari tengah padang bola seorang lelaki yang baru saja menendang bola ke pintu gawang menjerit ke arah mereka berdua.

"Woii Aniq, nak latihan ke nak dating sial?!" Kata kata kesat begitu seperti perkataan biasa bagi pelajar asrama lelaki dan perempuan sekolah ini. Lagilah mereka sekarang ini baru bergelar senior.

"Sabarlah bangsat. Kau practice la dulu!" Kini Aniq pula menjerit membalas kata kata kawannya.

Yazmin hanya mengeleng kepala mendengar balasan Aniq. Kalau dia yang keluarkan kata kata macam tu 7 hari 7 malamlah kena bebel.

"Baby, Ryl pergi latihan dulu. Lia nak lepak sini dulu ke?" Soal Aniq dan hanya mendapat anggukkan dari Yazmin. Memang ini aktiviti petangnya kalau tiada latihan silat. Tidak temankan Diana di gelangang bola jaring, dia akan temankan Aniq di padang bola sepak.

"Okey kalau macam tu. Bye baby. Jangan tengok lelaki lain tau, tengok Ryl je"

Yazmin tersenyum mendengar kata kata Aniq. Itu jela yang di ulang kalau meninggalkan Yazmin.

Bekas KekasihWhere stories live. Discover now