Cik Yazmin Dahlia dah boleh berhenti tersenyum kut"
Yazmin memandang Diana. Muka Diana hanya cemberut tanda merajuk.
Alah dia tersenyum ini pun sebab ingat kau lah, Di. Bisik hati Yazmin.
"Jealous lah tu senyuman aku lagi cantik dari kau"
"Eeuu tak ada makna aku nak jealous dengan kau. Lainlah kalau Nizam pandang kau" balas Diana selamba. Nizam ialah teman lelaki Diana dari zaman sekolah lagi. Mereka bertiga berkawan dari zaman asrama lagi tapi Yazmin rapat dengan Nizam pun di sebabkan Diana sahaja.
Biasalah dekat asrama kekasih kawan automatik kawan sendiri juga.
"Oh god, tolonglah setakat Nizam bukan taste aku lah. Dah lah muka putih melepak kaki bangku pula tuh" Ikut sedap mulut Yazmin sahaja kutuk kekasih kawan sendiri. Tapi setakat kekasih Si Diana ini tidak adalah di ambil kisah sangat. Kawannya juga.
"Yela Nizam tu bukan budak sukan macam kekasih hati kau tu. Tak tinggi macam idaman kau tu" Diana kembali memerli kawannya pula.
"Sorry sikit. Bekas" balas Yazmin tenang. Berlagak tenang saja sebenarnya. Diana ini pun sajalah tu mainkan perasaan dia.
"Okey bekas kekasih hati kau"
"Eh sebut pasal tu. Kau tak cerita pun dekat aku yang sepupu kau dah balik sini? Bila dia balik?" Soal Yazmin apabila mengingati Aniq Zafryl yang baru di jumpanya semalam semasa membawa Alif keluar jalan jalan.
"Sepupu aku? Siapa eh? Kau kenal ke sepupu aku? Siapa dah nama sepupu aku tu? Kekasih kau tu kan?" Saja Diana bermain kata dengan kawan baiknya itu. Saja nak uji hati kawannya.
Yazmin yang mendengar balasan soalan dari Diana hanya tersenyum sinis sahaja. Inilah kawan yang dikenali zaman bersekolah asrama dulu. Berbeza dengan kawannya yang lain, Diana bukan jenis suka menjaga perasaannya. Tapi Yazmin tidak pernah terasa apa apa. Iyalah semasa di asrama mereka bagaikan adik dan kakak. Setiap saat bersama.
"Siapa lagi sepupu kau yang aku kenal? Cuba cerita dekat aku?"
"Eleh kau tu tak nak tahu. Kau cuma nak tahu sepupu aku yang bekas kau tu je. Ramai lagi tau sepupu aku ni"
"Suka hati kaulah" malas Yazmin mahu melayan Diana. Walaupun hatinya ini memberontak ingin tahu mengenai Aniq Zafryl tapi tidak mahu menunjuk sangat dekat Diana.
"Aduh sejak bila hati kawan aku ni macam tisu pula ni. Yela tahulah siapa sepupu aku tu. Tapi mana kau tahu Aniq dah balik sini balik?" Diana akhirnya mengalah juga. Saja mahu mainkan perasaan kawannya.
"Hm aku terjumpa dia semalam" jawab Yazmin jujur. Malas mahu berdolak dalih dengan Diana. Lagipun mereka pun mana pernah ada rahsia.
"Perhh aku yang sepupu paling rapat dia pun tak sempat jumpa dia lagi. Budak tu balik-balik sini terus masuk kerja dengan daddy aku dan kau yang BEKAS pun dah jumpa dia. Kuat jodoh korang ni" saja di tekankan perkataan bekas kepada Yazmin. Sebab selepas Yazmin Dahlia dan Aniq Zafryl putus cinta dahulu, Yazmin tidak habis habis tekankan perkataan bekas apabila Diana dan Nizam tersasul memanggil mereka kekasih.
"Kau jumpa aku pun tak pernah sempat. Asyik sibuk dengan butik kau tu. Tahulah butik kau makin maju sekarang"
"Alala kawan aku merajuk pula. Kau tahukan macam mana aku sayang butik tu. Bukan kau sorang je yang mengadu. Nizam pun berapa kali dah merajuk dengan aku sebab jarang dating dah sekarang" Diana terus mengingati yang Nizam masih merajuk dengannya di sebabkan hal yang sama. Sibuk dengan butik. Itu jela alasan dia tiap kali Nizam ajak jumpa.
"Tengok kekasih kau pun merajuk dengan kau. Aku ni kawan kau pun terkesan juga okey. Aku pun kerja juga"
"Alah kau, aku tak kisah sangat" kata Diana selamba.
"Kurang ajar punya kawan. Lebihkan kekasih dari kawan eh kau"
"Alah dulu masa kau dengan Aniq. Pandang aku pun tak"
"Ahh tu sepupu kau yang tipu aku. Aku percaya ni ikut jela. Mana tahu kau yang lalu depan aku masa tu"
Cepat-cepat Yazmin membalas kata-kata Diana. Bila mengingat kembali kejadian semasa mereka di tingkatan 4 dulu memang macam macam kenangan berlaku. Ketika itu Diana tidak lagi bercinta dengan Nizam. Masih berkepit dengannya kemana mana sahaja.
"Baby, nanti tunduk pandang lantai je tau. Ramai lelaki dekat koridor ni" bisik Aniq Zafryl pada kekasih hatinya.
Walaupun baru seminggu official mereka bercinta tapi mereka berdua memang sudah rapat. Hampir 5 bulan jugalah Aniq Zafryl nak tawan hati Yazmin yang keras kepala ini. Macam macam cara dia cuba memancing hati Yazmin agar sudi menjadi kekasihnya tapi susah untuk hati perempuan seperti Yazmin mahu terima. Alih alih sebab penat tolak akhirnya Yazmin pun terima juga dan bersama berkat pertolongan sepupunya, Diana.
"Okey" balas Yazmin. Dia tahu peragai cemburu buta Aniq Zafryl ini macam mana.
Jadi sepanjang koridor mereka lalui ini Yazmin hanya menunduk sahaja berjalan di sisi Aniq. Tiba tiba ada satu badan yang menghalangnya dari berjalan. Yazmin Dahlia tidak dapat menangkap wajah gerangan manusia ini di sebabkan dia hanya menunduk sahaja. Aniq di sisinya sudah bergelak tawa sendiri. Di sebabkan ingin tahu Yazmin mengangkat wajahnya memandang Aniq pelik.
"Asal gelak?" Tanya Yazmin pada Aniq.
"Kau tu asal Min. Asal tak pandang aku langsung. Oh mentang mentang dah berjalan dengan kekasih kau ni aku langsung kau tak pandang kan?"
Suara dari Diana terus membuatkan Yazmin memandang Diana di depannya. Oh Diana ke yang tahan jalan dia tadi. Desis hati Yazmin.
"Tadi Ryl cakap ada lela..-" kata kata Yazmin terus terhenti apabila mendengar gelak tawa Aniq yang makin kuat ini. Fahamlah dia sekarang yang Aniq Zafryl hanya memainkan dia sahaja tadi.
"Lawaklah Lia ni." Aniq kembali ketawa mengingati Yazmin hanya mengikut katanya tanpa memandang terlebih dahulu ke hadapan. "Kau pun Di, janganlah ganggu kekasih aku ni. Ingat senang ke nak jalan berdua dengan dia. Asyik ada kau je. Sibuk" sambung Aniq Zafryl lagi. Dia tidak kisah bercakap kasar dengan Diana disebabkan Diana sepupunya merangkap kawan baiknya dari kecil.
"Sorry sikit. Dia kawan aku dulu baru jadi kekasih kau. Ingat sikit aku yang banyak tolong kau dapat Min. Dah jom Min, kita balik dorm aku penatlah" terus Diana menarik tangan kawan baiknya.
"Alah aku baru nak lepak dengan Lia aku ni kejap. Bagilah chance Di" Cepat cepat Aniq Zafryl menghalang.
"Jom Di. Tinggalkan sepupu kau yang mengada ni sorang sorang" terus Yazmin menarik tangan Diana.
"Alaa baby. Tadi kata janji nak berjalan sekali balik asrama" Aniq terus merengek mencari perhatian kekasihnya itu.
"Padan muka kau, Aniq." Cepat cepat Diana membalas kata sepupunya.
"Tengok kau senyum sorang sorang lagi. Dah kenapa dengan kawan aku ni? Cerita dekat aku sikit. Ke kau ingat dekat Aniq? OMG, takkan cinta asrama berputik kembali kut?" Suara Diana terus membuat Yazmin berhenti dari tersenyum. Tersenyum mengingati kenangan lama mereka.
"Kau kenapa? Sepupu kau tu mana pandang aku dah sekarang" sayu Yazmin membalas. Cuba dibuang kenangan manisnya bersama Aniq Zafryl.
"Kau suka Aniq lagi kan Min?" Soal Diana. Walaupun Diana tahu kawan baiknya masih ada hati dengan sepupunya, Aniq Zafryl. Saja hatinya mahu mendengar sendiri dari mulut Yazmin Dahlia.
"Kau tahukan aku benci sepupu kau tu macam mana"
Diana hanya mengeluh mendengar alasan Yazmin. Bukan dia tidak tahu Yazmin hanya ego semata mata. Tidak faham betul Diana dengan kawan baiknya ini. Kalau sayang lagi cakap jela. Asal nak ego nak tipu perasaan sendiri. Suka sangat sakitkan hati sendiri. Tak faham.
"Kalau dah tak suka, asal sampai sekarang kau masih seorang diri seakan menunggu putera raja yang memang takde seorang putera raja yang pandang kau"
Yazmin Dahlia hanya menahan geram sahaja dengan kawannya. Di jeling saja Diana di hadapanya ini. "Aku suka hidup sorang sorang" jawab Yazmin bersahaja. Walaupun dia tahu jawapannya memang takkan di terima oleh Diana.
"Geli pula dengan jawapan kau"
YOU ARE READING
Bekas Kekasih
Romance"Apa dah nama kau?" "Yaz. Min. Dah. Lia" "Okey Lia macam..-" "Panggil Min je" "Siapa pula Min ?" "Yazmin, sayalah lagipun..-" "Aku dengar Lia je kau sebut tadi but nevermind asal ada juga perkataan Lia dalam nama kau kan" Penemuan pertama yang menja...