Bab 04 • Ryl-Lia

3.9K 144 3
                                    

8 tahun lepas..

"Auch"

Satu suara menjerit apabila melanggar beg besar Yazmin. Yazmin yang baru keluar dari pejabat sekolah terus berjalan tanpa memandang ke depan terasa bersalah pula pada gerangan yang terlanggar begnya.

Terus mata Yazmin menghala memandang gerangan yang malang terlanggar begnya. Lelaki itu yang baru bangun dari terduduk kerana terlanggar beg besar tersebut hanya menundukkan wajah sedikit namun mata Yazmin masih boleh melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

Kacak.

"Baby, berangan mende tu. Aku tahu aku handsome nak mati. Takyah pandang macam nak terkam aku"

Hah? Terkejut Yazmin dengan sapaan lelaki di hadapannya ini. Dia pandang macam nak terkam? Dia masih ada maruahlah. Gila ke apa.

"Tak handsome langsung. Rasa nak muntah tengok muka kau ni." Yazmin terus berbalas kata.

"Nak menipu tak pandai. Habis tu dari tadi duk usya aku dari atas bawah asal?" Soal lelaki kerek di depan Yazmin lagi.

"Aku fikir kau ni mesti budak sukan kan? Ke kaki bangku?" Yazmin terus mengubah topik handsome itu. Memang tidak akan dipuji lagi. Lelaki kerek!

"Kau ni pandai ah kona soalan aku. Tak apa, aku pun bosan dengar orang puji aku handsome. Sesekali tak ada orang puji okey je aku. First time ni orang nak muntah tengok muka aku"

Betul kerek lelaki ni. Menyesalnya cakap lelaki depanya kacak. Desis Yazmin.

"Okey bye" beg di lantai terus diangkat mahu beredar namun lelaki kerek depannya mula menghalang.

"Aik kau nak pergi macam tu je? Kau ni tak hormat aku langsung kan. Nama kau apa?"

"Asal kau nak tahu nama aku? Perlu ke kau tau?"

"Amboi kau ni sombong betul. Suka hati akulah nak tahu nama kau, baby"

Panggilan baby yang meleret pada pendengaran Yazmin membuatnya makin geram dengan lelaki dihadapnya ini. Tahu perkata itu hanya untuk memerlinya sahaja.

"Aku sibuklah. Nak kena cari Aniq lagi. Kau boleh tak jangan halang aku. Baby baby. Ingat aku adik kau ke apa?"

"Dah kau macam baby je aku tengok. Beg besar yang kau bawa dengan badan sekeping kau tu. Kau tak makan ke baby keping?"

"Sekeping kau panggil aku? Agak sikit. Mama aku retilah bagi aku makan."

"Aku pun reti nak bagi kau makan. Jom jadi baby aku"

Ish cakap dengan dia ini bukan boleh menang pun. Baik dia pergi dari sini. Desis hati Yazmin dan terus melangkah jauh dari lelaki kerek tadi. Tapi setelah beberapa langkah dia bergerak, suara lelaki kerek tadi kedengaran lagi.

"Okey kalau aku cakap aku senior sekolah ni?"

Yazmin yang baru ingin melangkah lagi terus berhenti. Ish sejahat jahat dirinta, Yazmin masih hormat yang lagi tua darinya. Ajaran papanya tak pernah dia lupa walaupun papanya mudah-mudah memilih perempuan lain dari Mama. "Sorry, saya tak segaja nak melawan" kata Yazmin ikhlas. Terus tertukar panggilan aku kepada saya.

Lelaki di depannya itu terus ketawa. "Aku cakap kalau jela. Tapi kalau aku senior pun takyah nak saya awak sangat dengan aku. Geli" dan terus lelaki itu ketawa lagi.

Yazmin mengeluh berat.

Asal dia melayan lelaki di depannya ini? Bisik hati Yazmin. Sudahlah Yazmin baik kau pergi cari Aniq, boleh kau tahu tempat tidur kau dari melayan mamat entah betul ke tidak ini.

"Weh kejap kejap. Kau cari siapa tadi?" Lelaki tadi menghalang Yazmin lagi sekali.

"Aniq. Dan kau jangan cakap kau Aniq pula. Aku tumbok muka kau nanti" Yazmin yang sudah lama tidak praktis silat rasa hendak tunjukkan kehandalannya disini pula rasa.

"Asal kau ni garang sangat. Aku nak tahu je, mana tahu aku boleh tolong. Ni nama apa? Nak tahu nama pun payahlah perempuan ni. Aku tanya dia boleh pula dia pergi kona soalan aku." Ayat belakang sedikit membebel bagi pendengaran Yazmin. Dan dia paling benci orang membebel dekat telinga dia.

"Yaz. Min. Dah. Lia." Satu persatu suku kata Yazmin menyebut. Protes sebab membebel tadi.

"Okey Lia macam ni..-"

"Siapa Lia?" Yazmin terus memotong.

"Laa kau la Lia. Tadi kau cakap nama kau Lia"

"Yazmin. Panggil Min je"

"Siapa pula Min?"

Sekarang ini mamat kerek depan dia ini pekak badak ke saja teringin nak jadi badak?

"Aku dengar Lia je kau sebut tadi. Kau cakap slow sangat. Nevermind, still ada suku kata tu dalam nama kau kan? So kira kau lah." Sambung mamat kerek ni.

Yazmin mula membuat muka menyampah tak nak layan. Sakit hati je malayan baik baik lelaki ini.

"Aku cari Aniq. Katanya ketua junior. Kau kenal tak?" Soal Yazmin.

"Mestilah kenal. Kau kata dia ketua kan. Wajiblah kena kenal. Asal cari dia? Kau syok dekat dia eh? Dengar cerita dia handsome tau"

"Ee takde masa aku nak syok dekat dia. Handsome? Hm ada ke bacth aku handsome. Biasanya senior je handsome" balas Yazmin jujur.

Baginya lelaki yang sama umur dengannya sukar untuk dikatakan kacak. Baginya lelaki lebih tua darinya lagi kacak. Mungkin faktor matang dia memilih sebegitu namun kerana minatnya pada senior sekolah lamanya membuatkan dia mencipta musuh. Natasya, budak perempuan yang sama kelasnya juga meminati lelaki sama membuatkan Natasya tidak menyukainya dan membuat musuh. Dan hal ini antara sebab dia mahu meninggalkan sekolah lamanya itu kerana malas untuk berhadapan dengan perlian dan jelingan Natasya setiap kali dia datang kelas. Walaupun dia sudah tidak melayan seniornya itu tetap Natasya mengganggunya.

Nak cakap dia penakut? Suka hati. Tak kisah.

"Apa kau cakap senior mesti ramai handsome? Mengarutlah kau ni. Bacth kau ramai handsomelah. Lagi lagi Aniq tak silap aku"

"La yang kau nak back up bacth aku asal? Aku sekarang tengah puji lelaki bacth kau kut" Nama Aniq, Yazmin abaikan. Bosan mendengar nama itu dari tadi.

"Hm aku cakap je. Eh asal kau bawa satu beg je? Mana beg lain? Hari ni first day kau kan" Dan lelaki di depan Yazmin seperti mengendahkan soalan dari Yazmin dan terus mngubah soalan lain pula.

"Adalah. Kau sibuk kenapa. Eh nama kau apa?" Soal Yazmin. Dari tadi bersembang baru nak tanya nama. Teruknya kau Yazmin, dahlah depan kau ni senior kau sendiri.

"Tapi jap kau nak pergi mana sebenarnya ni?" Soal lelaki di hadapannya lagi.

"Tadi aku masuk pejabat nak daftar lepas tu orang tu cakap terus pergi pejabat asrama. Masalahnya aku tak tahu pejabat asrama dekat mana. Dia cakap nanti Aniq datang. Masalahnya takde pun dia" Yazmin mengeluh mengingati arahan yang diterimanya.

"Oh pejabat asrama. Kau masuk je kawasan asrama dan cari dining. Depan dining tu pejabat asrama. Cari elok elok sebab pejabat asrama kecil je. Takut kau tak perasan" terang lelaki depan Yazmin panjang lebar.

"Okey terima kasih. Tak payahlah aku cari Aniq kan. Tapi nama kau apa eh?" Soal Yazmin lagi sekali.

"Nama aku ani.. errk Zafryl. Yes nama aku Zafryl" sedikit tinggi ayat terakhirnya.

"Taulah kau nak bagi tahu nama kau. Takyah la teruja sangat bagi tahu nama kau tu. Okeylah Ryl aku pergi dulu"

"Hah Ryl? Nama aku Zafryl lah. Oh kau nak sweet sweet eh dengan aku. Siap bagi short name aku. Ryl hm aku suka. Okeylah Lia, Ryl pergi dulu tau. Bye baby keping" dengan senyuman manis dia pun pergi dari sini.

Asal Yazmin boleh terjebak dengan lelaki yang tidak berapa nak betul ini? Mintak mintaklah dia tidak jumpa dia lagi.

Dan itulah doa Yazmin Dahlia sepanjang kakinya melangkah menuju ke arah kawasan asrama. Di tinggalkan dulu kawasan sekolah dan terus menuju ke arah kawasan asrama pula.

Bekas KekasihWhere stories live. Discover now