Bab 06 • Pekerja Bawahan

4.1K 192 13
                                    

Menyampah!

Itulah yang di rasai Yazmin sekarang. Geram dengan peragai kebudak-budakan Aniq Zafryl. Peragai tidak pernah berubah dari dulu, suka menyakitkan hati sahaja. Tahulah dia boss Yazmin buat masa sekarang untuk tender ini tapi kalau sikap tidak matang Aniq tak ada mungkin bolehlah dia nak hormat.

"Huh" Yazmin mengeluh kasar. Penat melayan sikap Aniq satu hal, kerja yang baru dia terima pula satu hal.

Tadi bukan main semangat nak buat kerja tapi lepas tengok client dia tadi terus berubah. Manusia biasalah jenis tidak tetap pendirian!

"Tak baik mengeluh baby" satu suara terus menerjah gegendang telinga Yazmin Dahlia.

Di pandang lelaki yang selamba badak dia saja duduk di depan meja kerjanya. Mata Yazmin hanya memandang wajah lelaki yang dari tadi asyik membuat dia sakit hati saja.

"Sorry ni pejabat" kata Yazmin sambil mengambil telefon bimbitnya dan di belek untuk melihat mungkin ada pesanan untuknya. Tapi belum sempat dia menekan butang email di telefonnya tiba tiba telefon itu di rampas.

"Eh jangan kacaulah" marah Yazmin sambil cuba mengambil barang miliknya di tangan Aniq.

"Sekarang kan waktu pejabat. Mana boleh main phone. Tu namanya makan gaji buta, baby" Yazmin hanya mengeluh dengan balasan Aniq.

Sibuk betul hal orang!

"Hm cantiknya wallpaper dia. Bila kita nak ambil gambar macam ni juga Lia?" Soal Aniq tanpa memandang wajah Yazmin. Matanya begitu ralit memandang gambar Yazmin dan Diana, sepupunya yang menghiasi latar telefon bimbit Yazmin.

Yazmin mencebik mendengar soalan Aniq. Tak silap gambar latar telefon bimbitnya, dia mencium pipi Diana ketika hari konvokesyen mereka.

"Never" Balas Yazmin.

"Takpelah nanti dia akan bertukar juga. Nak tahu gambar apa?" Soal Aniq.

Yazmin mengangkat bahu tanda tak tahu. Mungkin tanda tak mahu tahu pun!

"Gambar Ryl cium dahi Lia masa pembatalan wuduk nanti" sedikit perlahan Aniq menyuarakan jawapan dari soalannya tadi.

"Euu perasan" balas Yazmin.

Tiba tiba dia terdengar telefon milik Aniq berbunyi tapi hanya di endahkan saja oleh Aniq.

"Okey saya dah simpan nombor saya. Nanti kalau baby free just call or text me okey."

"Apa main terjah je privasi orang ni. Tak malu betul"

"Ada nampak muka Ryl kisah ke my kekasih"

"Sorry bekas"

"Suka sangat perkataan bekas. But whatever, you will be my kekasih balik" tegas Aniq berkata.

Belum sempat Yazmin membalas, suara Encik Farid memotong perbualan antara mereka. "Encik Aniq tak balik lagi?" Soal Encik Farid sambil menepuk bahu Aniq Zafryl.

"Eh Encik Farid. Saya saja je nak jumpa Cik Yazmin ni" balas Aniq bersahaja.

"Jumpa? Kamu kenal rapat ke Encik Aniq, Min?" Soal Encik Farid kepada pekerjanya. Pelik, tadi diorang berdua macam tidak sebulu sahaja.

"Sebenarnya kami ni..-" tapi belum sempat Aniq berkata Yazmin telah mendahului.

"Sebenarnya kami kawan sekolah dulu. Dah lebih 6 tahun tak jumpa" sambung Yazmin.

Aniq hanya tersenyum sinis. Tidak berkenan dengan jawapan Yazmin sebenarnya. Niat dalam hati nak cakap Yazmin kekasih dia biar tiada siapa boleh kacau hak dia ini nanti.

Bekas KekasihWhere stories live. Discover now