Bab 12 • Getback

3.2K 139 25
                                    




"Lia kau dengan Aniq dah getback ke?"

Pertanyaan dari Diana terus memberhentikan pergerakan lancar Yazmin tadi membersihkan pinggang mangkuk yang di gunakan mereka.

"Baru jumpa sehari getback apanya?" Jawab Yazmin.

"So semalam jadi apa apa tak? Dara kau masih ada kan?" Soalan Diana kali ini mengundang cubitan pada lengan Diana.

"Celaka lah kau. Ish tengok aku dah mencarut"

"Hah hah aku bagi tahu Aniq kau mencarut"

"Bagi tahu jela. Macam aku takut sangat dekat sepupu kau"

"Aniq, min men..-" belum sempat Diana menjerit mengadu, mulutnya terus di tekup oleh Yazmin.

"Janganlah Di, tak laratlah nak dengan dia membebel" bisik Yazmin perlahan memujuk agar kawannya berpihak padanya kali ini.

"Okey okey lepaskan aku dulu"

"Janji dengan aku dulu jangan bagi tahu Ryl" Yazmin yang sukar untuk mempercayai kawan baiknya ini masih memegang erat lengan Diana.

"Taklah gila. Gurau je, lagipun kau ingat aku nak dengar lagi Aniq membebel. Sakit tau telinga aku"

Yazmin mengangguk tanda setuju mendengar jawapan Diana. Cukuplah tadi kena merajuk dahulu baru Aniq mahu berhenti membebel.

"Eh soalan aku kau tak jawab lagilah. Apa jadi semalam?" Diana kembali membangkitkan soalan mengarutnya kepada Yazmin. Kali ini Yazmin hanya mampu menjeling sahaja kawan baiknya itu.

"Kau nak jadi apa? Takde lah. Aku tidur dalam bilik aku, Aniq tidur luar. Aku bagi bilik sebelah bilik aku tu dia cakap tak nak. Dia nak tidur depan tv tu je. Tak tidur sekali pun" terang Yazmin pada Diana. Selagi tidak di jelaskan, selagi itu Diana akan bertanya. Baik terus terang.

"Aku pun tahu korang tak tidur sekali." Kata Diana sambil membuat muka pada Yazmin. "Korang manalah berani nak buat jahat macam tu. Maksud aku pasal hubungan kau dan Aniq, jadi macam biasa balik ke? Ish fikir lain je minah ni" sambung Diana lagi.

"Oh soalan kau tadi maksud dia pasal relationship ke?" Yazmin mula ketawa setelah tersalah taksif soalan Diana. "Tak jadi apa apa pun. Nak kata getback tak kut sebab semalam takde pula ungkit pasal relay kita orang"

"Tak jadi apa apa? Tadi tu masa makan bukan main bersuap suap aku tengok. Itu tak jadi apa apa?"

"Alah macam tak biasa tengok Ryl mengada nak kena suap" kata Yazmin pada kawannya. Itu kebiasaan Aniq kalau bersama Yazmin dan Yazmin sudah terbiasa melayan Aniq seperti itu sebenarnya.

"Memang biasa kalau itu zaman dulu dulu. Zaman kehangatan percintaan korang tu dulu. Aniq kan jenis kurang kasih sayang sebab tu dia nak kasih sayang yang lebih dari kau tapi sekarang korangkan bekas hm kau faham maksud aku kan" terang Diana.

Yazmin terdiam. Betul juga apa di katakan Diana. Memang mereka sekarang ini hanya bekas tapi lagak seperti kekasih seperti dulu dulu. Desis hati Yazmin.

Dia baru sedar hal itu.

"Aku pun tak tahu" jawapan selamat di keluarkan Yazmin ketika ini.

Dia pun tidak tahu apa yang berlaku. Yazmin hanya mampu mengikut kata hatinya yang mahu melayan Aniq kembali.

"Ish kau ni jawapan entah apa apa. Baik aku tanya Aniq. Budak dua ekor ni kalau jumpa game. Geram aku nak gayang cili api dekat mata dua ekor tu" membebel Diana sambil berjalan keluar dari dapur dan menuju terus ke arah lelaki lelaki penting dalam hidup Diana.

Yazmin hanya tersenyum mendengar bebelan Diana. Dia pun tidak tahu mahu buat apa dengan kegilaan Aniq dan Nizam kalau sudah berjumpa permaian konsul ini. Biarkan jela. Terus tangannya kembali mengemas dapur rumahnya ini, nak suruh Diana tolong? Aish anak orang kaya ada tiga bibik dekat rumah kau rasa dia nak buat ke kerja rumah ni?

Bekas KekasihWhere stories live. Discover now