Yazmin hanya tersenyum mendengar berita Diana sampaikan. Berita mengenai pertunangannya. Walaupun hati ini sedikit sedih mendengarnya tetapi senyuman tidak leka di wajah Yazmin.Mana tidak sedih, dia dan Aniq dulu berkenalan dari Diana dan Nizam tetapi mereka dulu di ikat tali petunangan. Sedih.
"Sebenarnya Aniq tak bagi aku buka apa apa pasal pertunangan aku ni dekat kau tapi aku terlampau teruja la, Min" kata Diana sambil bermain main dengan cincin tunangnya.
"Asal Ryl tak bagi?" Yazmin bertanya pelik pada Diana sambil tangannya dari tadi menghidangkan makanan tengah hari untuk kami berempat. Nak harapkan Aniq tolong memang taklah kan?
"Aniq takut kau jealous. Sebab kau kan hati tisu sekarang. Aniq kan nak jaga hati kau je kerja dia sekarang" balas Diana selamba sambil menolong Yazmin menghidang makanan tengahari kami.
"Amboi kau perli aku. Mentang mentang dah jadi tunang Nizam. Ingat aku takut sangat dengan Nizam kau tu?"
"Takutlah. Aku pergi panggil diorang jap. Kalau dah jumpa game semua benda diorang lupa. Bahaya" Diana terus berjalan keluar dari dapur dan berlalu ke arah dua orang lekaki yang sibuk dengan dunia mereka sendiri.
Yazmin mula tersenyum mendengar bebelan Diana dari dapur. Habis segala carutan keluar dan segala carutan di balas oleh sepupunya, Aniq. Aniq paling pantang kalau Diana atau mana mana perempuan mencarut dan itu memang selalu di gunakan Diana untuk menaikkan marah Aniq.
"Dari kecil aku nasihat jangan mencarut. Kau ni memang tak dengar saman aku kan?" Marah Aniq sambil berjalan bersama Diana dan Nizam ke dapur. "Dan kau pun Nizam, nasihat sikit tunang kau ni. Bertunang pandai sangat" sambung Aniq lagi.
Kalau Aniq Zafryl sudah mula membebel habislah semua benda di ungkitnya.
"Ryl sudahlah tu, dengarlah Diana tu. Awak ni lah" Yazmin mula menapak ke arah Aniq dan cuba menenangkan hatinya pula.
"Entah kau Aniq. Aku dengarlah. Tak payahlah nak suruh Nizam jaga aku ke apa. Aku report dekat daddy kau dah bosan jaga aku baru tahu" Diana pula mencelah semasa Yazmin memujuk Aniq.
"Kau diamlah. Reti report je kerja kau." Aniq mula membalas lagi kata-kata sepupunya itu.
Yazmin tersenyum mendengar pergaduhan kecil mereka. Yazmin palingkan pula melihat Nizam yang hanya diam dari tadi. "Nizam makan. Tak payah layan diorang" kata Yazmin pada Nizam.
"Memang tak nak layan pun. Benda kecil je pun" balas Nizam sambil menyuap nasi ke mulutnya.
Yazmin hanya tergelak mendengar balasan Nizam. Memang hati beku betul Nizam.
"Benda kecil apanya? Aku dah nasihat dari tunang kau kecil lagi jangan mencarut tapi mencarut juga" Aniq kembali membebel mendengar balasan Nizam.
Yazmin mengeluh pula. Mula balik dah bebelan Aniq Zafryl ini.
"Alah kau pun mencarut. Nasihat aku pu.. aauukk" belum sempat Diana membalas kata kepalanya terlebih dahulu di ketuk oleh Aniq.
"Aku, aku lah. Tak payah samakan aku dengan kau. Menjawab je kerja kau kan"
Yazmin dan Nizam hanya memandang sepi mereka berdua. Sudah biasa sebenarnya keadaan begini sebab itu Nizam buat hati beku malas layan. "Ryl sudahlah tu. Makan okey" pujuk Yazmin sambil menarik lengan Aniq untuk duduk di sampingnya.
"Min tolonglah aku. Semaklah asyik bebel je Aniq kau ni" Diana mula meminta kawan baiknya membela pula.
"Tak payah nak libatkan Lia pula." Marah Aniq sambil memandang tepat ke arah Diana.
Kalau tidak di leraikan pergaduhan mereka sampai subuh esok tidak akan pernah selesai. Aniq yang jenis posesif tidak bertempat. Diana pula jenis tidak mahu mengaku kalah. Sesuailah mereka ini sepupu.
"Ryl, sudah okey. Lia dah masak your favourate food ni. Temanlah Lia makan" pujuk Yazmin sambil mendekat diri ke arah Aniq.
"Sabarlah Yang, Ryl tengah nak basuh si Diana ni. Nizam aku suruh kau jaga si Diana ni kan?" Aniq mula berinteraksi dengan tunangan Diana yang merangkap kawannya juga.
"Hm kau pun dia tak dengar. Ni aku pula nak bebel dekat dia pasal mulut lepas dia ni. Memang tak dengarlah weh" Nizam membalas namum pandangannya masih memandang ke arah makanannya.
"Aku cakap dengan kau ni tapi kau syok makan. Asal dah 10 tahun tak makan ke gila?"
"Alah makanan ni sedap sangatlah. Weh Min, makanan kau memang the best ah"
"Weh jangan tukar topik la gila"
Yazmin dan Diana hanya berpandangan mendengar pergaduhan dua kawan ini.
"Sudahlah tu. Serabutlah dengar korang gaduh. Aku datang sini nak lepak dengan Min tapi dengar korang gaduh. Baik aku plan date dua orang je dengan Min" Diana pula mula masuk campur.
"Kalau kau tak mencarut aku tak kisah sangatlah Diana" Aniq kembali menyambung bebelannya.
Sumpah kalau tidak dilerai sekarang memang sampai sudah Aniq membebel. "Ryl, makanlah. Lia masak untuk Ryl ni, nampak tak sedap eh" Yazmin merengek manja pada Aniq dan dia tahu sangat kelemahan Aniq padanya.
"No baby. Diana..-" belum sempat Aniq kembali menyambung katanya Yazmin terlebih dahulu menyampuk.
"Okey tahu tak sedap. Takpela" Yazmin memperlahankan suaranya dan mula menjauh dari Aniq.
Aniq hanya mengeluh memandang rajuk kekasih hatinya dan cepat cepat menarik Yazmin kembali rapat dengannya.
"Baby.. okey sorry. Masakan Lia sedap, Ryl makan okey" pujukan Aniq sedikit sebanyak membuat Yazmin kembali tersenyum.
Bukan merajuk pun tapi saja cari perhatian!
"Dengan Min terus cair. Tak faham aku" Diana kembali bersuara apabila melihat adengan sepupu dan kawan baiknya itu.
Aniq dan Yazmin hanya memekak kan telinga sahaja apabila di sindir Diana. Bukan tidak biasa kena sindir. Mereka berdua mula hanyut dengan dunia mereka tanpa menghiraukan pasangan tunangan ini. Seakan lupa status mereka sekarang.
YOU ARE READING
Bekas Kekasih
Romance"Apa dah nama kau?" "Yaz. Min. Dah. Lia" "Okey Lia macam..-" "Panggil Min je" "Siapa pula Min ?" "Yazmin, sayalah lagipun..-" "Aku dengar Lia je kau sebut tadi but nevermind asal ada juga perkataan Lia dalam nama kau kan" Penemuan pertama yang menja...