Bab 02 • Berseorangan

5.9K 195 7
                                    




"Aku benci kau"

Suara perempuan yang berada di hadapan Yazmin membuatnya terus sedar dari kenangan lama sewaktu di zaman sekolah berasrama dulu. Yazmin memandang lama perempuan yang berada di hadapannya sekarang.

Diana. Kawan baiknya dari zaman sekolah asramanya.

"Kau kenapa gila?" Soal Yazmin kembali pada Diana. Dia dan Diana memang jenis bercakap lepas saja. Dan sebab itu juga Yazmin senang berkawan dengan Diana. Sama peragai.

"Kau tu gila. Aku dari jauh datang sebab kau paksa nak jumpa alih-alih kau mengelamun sorang sorang. Pandang aku pun tak, asal?"

"Oh nak jumpa kau memang kena ada sebab lah sekarang ni, Di?"

"Tapi memang kalau kau nak jumpa mesti ada sebab kan?" Senyuman Diana sedikit sinis membalas pandangan kawan baiknya itu.

Walaupun singkat sesi perkenalan mereka tetapi Diana faham sangat dengan peragai Yazmin. Yazmin pun suka melayan sikap Diana yang boleh tahan gediknya itu. Bila teringat kembali permulaan persahabatan mereka, mampu membuat Yazmin tersenyum kerinduan sahaja pada kenangan 8 tahun lepas. Sewaktu pertama kali bertemu Diana.

"Alah kak, aku serabutlah duduk sini. Bosan weh duduk asrama" satu suara membuatkan Yazmin terus berpaling memandang suara tersebut.

Oh budak sekolah sini juga. Cantik. Tapi kenapa pakai baju biasa saja. Bukan waktu belajar ke sekarang? Desis hati Yazmin hairan.

"Kau ni Diana, Aniq kau tu kan ada. Apa masalahnya lagi? Bosan duduk asrama ajaklah dia keluar. Alah pandailah Aniq cover kau nanti" balas perempuan yang sedikit berusia darinya.

Siapa dua perempuan ini? Macam mana pelawat boleh datang pagi pagi waktu sekolah ini? Perempuan ini ponteng ke apa? Buat sekolah ni macam bapak dia punya nampak. Yazmin membebel sendiri. Tapi dalam hati dia saja lah. Berani nak buka mulut. Entah entah senior dia. Tak ke mati nanti kena hadap. Sudahlah 2 tahun tempoh sekolah di sini. Tidak ada masa dia ingin mencari musuh dalam 2 tahun ini. Cukuplah dulu dia ada musuh sekolah lamanya.

"Ah sayanglah si Aniq tu. Ingat kak aku adik kau eh jangan lebih lebihkan Aniq pula. Aniq sekarang sibuklah weh. Dia kan baru kena lantik jadi ketua junior. Asyik busy dengan budak baru je. Tak faham aku jawatan dia dapat tu" balas perempuan yang bernama Diana itu pula.

Oh kira betul lah yang datang tu kakak dia. Tapi sekarang Aniq tu siapa pula? Bisik hati Yazmin. Segaja dia berhenti sekejap di pondok pintu masuk sekolah barunya ni. Perasaan ingin tahu itu menebal pula pagi pagi ini.

"Kau tahu kan si Aniq tu suka benda baru. Sajalah tu nak cepat popular. Macam tak kenal lelaki tu. Dah weh aku nak balik ni. Bising daddy kalau aku masuk kerja lambat. Nah patung kau. Ish dah besar panjang pun gila nak peluk patung kau ni." Habis bicara kakak kepada Diana itu terus beredar. Diana mula memandang Yazmin. Yazmin yang baru perasan drama sebabak mereka mula tamat dia terus berjalan setapak menjauh dari pondok tersebut.

"Kau ni budak baru ke?" Soal Diana.

Yazmin memandangnya. Di pandang sekeliling pula. Dia seorang saja ada dekat sini.

"Kau lah weh. Kita dua je ada dekat sini." Pintas Diana lagi. Macam faham apa yang ada dalam kepala otak Yazmin ini sekarang.

"Oh sorry sorry. Haah saya baru nak daftar tapi saya tak tahu apa-apa ni. Pak guard cakap pergi pejabat tapi tak cakap pejabat dekat mana"

Memang lepas Mamanya hantar di depan pintu pagar terus sahaja dia pergi, katanya ada mesyuarat. Tidak apa, Yazmin sudah biasa uruskan diri sendiri.

"Hm memang pak guard tu pelik. Tanya panjang panjang, jawab sepatah je. Menyampah pun ada" balas Diana.

"Oh awak ni senior ke?" Soal Yazmin ingin tahu.

Yela Yazmin perasan yang Diana bahasakan dirinya 'kau'. Lagilah pelawat Diana senang senang sahaja masuk masa waktu persekolahan. Setahunya sekolah ini mementingkan disiplin. Itu pun Yazmin dengar dari cerita orang lainlah sebelum dia membuat permohonan untuk bersekolah asrama ini. Salah sebuah sekolah yang menawarkan peluang belajar kepada pelajar berumur 16 tahun dan 17 tahun. Dia yang memang mahu lari dari duduk dengan Mamanya terus saja memohon untuk memasuki sekolah asrama apabila umurnya tahun ini mencapai 16 tahun.

"Macam tua sangat ke muka ni? Aku junior ah. Panggil aku Diana je. Kau?"

"Oh ingat senior. Aku Yazmin. Panggil Min je" jawab Yazmin sambil berjalan mengikuti Diana.

"Okey Min. Meh lah aku tunjuk kau pejabat sekolah ni. Tapi takkan kau datang sini sorang sorang. Mana penjaga kau? Kata first day"

"Mama aku?" Soal Yazmin. "Baik dia pergi meeting dari layan aku" sambung Yazmin lagi.

"Hm sama ah macam daddy aku. Baik tengok kertas kertas dari tengok aku. Tapi takpela. Kita cari life sendiri dekat sini jela dari rumah."

"Akhirnya aku jumpa orang yang sama fikiran macam aku. Aku pun nak cari life baru. Tapi tadi kau cakap dekat kakak kau, kau bosan duk sini"

"Oh kau curi dengar eh apa aku cakap tadi?"

"Eh tak tak. Terdengar je" cepat cepat Yazmin pertahankan diri sendiri.

Diana hanya ketawa. "Alah aku tak kisah pun. Cakap dengan kakak aku je pun. Hah ni pejabat sekolah kita. Eh jap takkan kau bawa satu beg besar ni je? Barang keperluan lain kau takde?" Soal Diana apabila baru perasan beg besar Yazmin. Memang peliklah Diana dengan satu beg Yazmin mampu sumbat baldi, barang mandi dan semua keperluan lain. Beg ini pun ada pakaian saja.

"Mama aku petang nanti baru bagi semua barang barang aku. Kira aku datang ni nak daftar jela" itulah cadangan mama. Yazmin cuma mengikut sahaja. Asal dia boleh sambung belajar dekat sini. Biarlah sekolah asrama sekali pun mama ikut saja pilihannya. "Eh aku nak tanya sikit boleh?" Sambung Yazmin lagi. Diana hanya anggukkan kepala tanda boleh.

"Asal kau pakai baju biasa je? Bukan sekolah ke hari ni?"

"Oh sekarang masih dalam minggu oreintasi jadi boleh pakai baju biasa je dulu. Start minggu depan baru pakai baju serangam sekolah. Untunglah kau malam ni malam last orientasi. Tak payah kau hadap minggu bosan ni"

"Serius dah habis oreintasi? Perh lega aku dengar"

"Eh jangan lega sangat. Kau pun terlibat malam ni. Lepas kau habis urusan dekat pejabat ni kau kena cari Aniq tau. Dia ketua junior kita. Dia akan uruskan budak baru. Dengar cerita ada beberapa budak baru masuk hari ni"

"Aniq tu siapa? Senior ke?"

"Tak. Dia sama macam kita. Cuma dia terpilih jadi ketua kita. Macam apa apa urusan junior cari dia dululah. Senior hal senior. Sekolah ni kau kena handle diri sendiri tau. Macam bacth kita punya masalah, bacth kita je. Kira jurang antara senior dengan junior sekolah ni memang jauh" panjang lebar Diana memberitahu.

Yazmin hanya mengagguk tanda faham.

"Eh tadi kau cita pasal mama kau je. Bapak kau mana? Busy kerja juga?" soal Diana lagi.

"Papa aku kahwin lain. Sekarang aku hidup dengan mama aku yang busy jela" kata Yazin tanpa ingin sembunyikan hal keluarga. Cerai bagi Yazmin tak adalah salah sangat. Dah dua dua tidak sebulu buat apa duduk satu bumbung lagi. Fikir Yazmin.

"Sorry. Okeylah kau masuk pejabat ni dulu. Nanti kita jumpa dekat asrama eh. Kau nanti cari Aniq je nak tahu pasal life kau dekat sini nanti" terang Diana dan terus meninggalkan Yazmin dihadapan pejabat sekolah.

Bekas KekasihWhere stories live. Discover now