005

1.9K 22 5
                                    

Krek!

Chanyeol perlahan lahan membuka pintu kerana dia bimbang Dahye terbangun. Dia tahu Dahye tidur kerana semua panggilan dan mesejnya tidak dibalas. Kebetulan, pada masa itu jam telah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Dia bukan sengaja mahu pulang lewat, tetapi dia ada hal yang sangat penting.

Tentang Dahye.

Dia tahu apa yang sedang Dahye lakukan dan rancang di belakangnya. Dia tahu semuanya. Bagaimana?

Semua rekod panggilan, mesej Dahye dipaparkan di telefonnya. Dia telah memasang peranti yang membolehkan dia mengakses telefon Dahye.

" Choe Dahye. "

" Kau sangat bodoh,, kau fikir, aku tak akan tahu apa yang kau nak buat? Kau salah orang. Orang yang kau pilih untuk bekerjasama tu, bukan pilihan terbaik. Bodoh!!!"
Chanyeol merengus kasar di hadapan katil yang menempatkan Dahye yang sedang nyenyak tidur itu. Mata Chanyeol meliar ke sekeliling bilik itu. Tiba tiba, matanya mendarat pada cawan yang diletakkan di tepi Dahye.

Chanyeol tersenyum sinis.

Perlahan lahan dia bergerak ke arah cawan tersebut. Tangannya ligat menyelongkar poket seluarnya. Senyuman Chanyeol makin melebar apabila benda yang dicarinya berada di tangannya.

Arsenik.

Perlahan lahan dia menuang arsenik tersebut ke dalam cawan tersebut.

"Kau main cara kasar,, aku balas cara kasar. "

Howdy ho. Ini update terakhir sebab author nak exam setengah tahun.

Doakan author lulus semua periksa tau.

Thank you.

Please Vote.

The Master Of Revenge √ [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now