5 Tahun Kemudian,,,
Dahye tersedar daripada lamunan panjangnya tentang masa lalu apabila terdengar bunyi kucing peliharaanya mengiau di sebelahnya. Pantas dipukul sedikit kepala kucing itu sebelum mengangkatnya ke pangkuan. Pelik bukan? Dahye masih boleh hidup walaupun dia telah minum arsenik. Chanyeol sebenarnya salah meletak racun. Yang disangkanya arsenik itu sebenarnya hanyalah dadah. Tetapi, dosnya agak berlebihan dan menyebabkan Dahye menghidap penyakit.
Dahye mengalihkan pandangannya ke arah suratkhabar yang baru dibelinya sebentar tadi. Kelihatan gambar Chanyeol yang sedang tersenyum bahagia berserta seorang perempuan cantik duduk di sebelahnya menghiasi akhbar harian Seoul itu.
Mengapa?
Chanyeol mahu berkahwin dengan seorang perempuan bernama Seo Joo Hyun. Sememangnya Dahye telah tahu bahawa Chanyeol memulakan hubungannya dengan Seohyun selepas Chanyeol 'membunuh' Dahye kerana banyak berita tentang mereka.
" Kau tak guna Chanyeol. Kau tinggalkan aku macam tu je, aku tak akan benarkan kau bahagia. Aku akan balas dendam. Kau tunggu. Dahye berkata sendirian sambil mengepal penumbuknya. Dia membuka laci di sebelahnya lalu mengeluarkan sebilah pisau yang tajam kerana baru lepas diasah tadi. Pantas sahaja pisau tadi menembusi badan kucing Dahye. Darah pekat membasahi baju yang dipakai oleh Dahye.
" Apa kata, kita mulakan dengan Seohyun? Kan Chanyeol? "
A/N: Author gurau je kata chapter lepas last update. Hehe. Sebenarnya, memang tapi time time hujan ni, idea banyak keluar. Tak boleh dibazirkan.
Anyway, faham kan?
Tak faham, sila komen berjemaah. Bye. Lol