How Chanyeol and Seohyun meet - Part 1
"Hey,,, tu aku punya lah. Aku nampak dulu!!!" Seohyun menarik paket gummy bear yang terakhir itu daripada tangan lelaki yang sedang memegang paket gummy bear itu. Lelaki itu membulatkan mata.
"Ewah ewah!!! Sesedap rasa je kau ea,,aku dapat dulu, so, gummy bear tu aku punya!!"
Seohyun hanya menjelirkan lidahnya sebelum berlalu pergi meninggalkannya walaupun mendengar lelaki tadi memanggilnya.
"Ish!!! Perempuan ni... aku dapat dulu, dia pakai ambik jer." Chanyeol menyumpah seranah perempuan tadi sebaik sahaja kelibatnya hilang daripada pandangan. Namun, pada ketika Chanyeol ingin berpaling, dia terpandang satu kad yang terjatuh di atas lantai.
"Eh, sape punya ni?" Chanyeol bertanya seraya mengambil kad tadi. Tidak lama kemudian, senyuman sinis terukir di bibirnya sebelum dia berlalu pergi.
__________________________
" Woi,, kau kata nak beli gummy bear, x de pun?" Baekhyun terus sahaja menyerang Chanyeol sebaik sahaja melihat kelibat sahabat baiknya di muka pintu.
" Tak ada,, dah habis.. actually ada satu tadi, tapi ada perempuan gila mana ntah yang berebut gummy bear tu daripada aku. So, aku pun bagi je dengan x ikhlas sebab dia rampas je gummy bear tu daripada aku." Chanyeol menjawab. Pantas kakinya digerakkan untuk ke ruang tamu lalu merebahkan badannya ke sofa lalu memejam mata.
"Uishh,, sejak bila kau mengalah dengan perempuan ni?" Baekhyun menyoal lagi.
"Aku? Mengalah? Sorry, mengalah tak pernah ada dalam kamus Park Chanyeol. Aku akan balas dendam nanti. "
"Macam mana kau nak balas dendam? Nama dia pun belum tentu kau tahu!"
Chanyeol hanya tersengih sebelum mengeluarkan kad yang dijumpainya tadi lalu menayangkannya betul betul di hadapan muka Baekhyun.
" Ni! Aku ada kad dia. Dia tercicir tadi kat mall tadi. Nama dia Seo Joo Hyun dan aku akan pastikan dendam aku terbalas!"
Hai, hai! Okay, TMOR memang dah abis, tapi author bercadang nak buat special chapter pasal Chanyeol n Seohyun sebab korang tak tahu kan macam mana diorang jumpa. Tahu tahu je dah tunang. So, nantikan.
- End of Part One. -