007

1.3K 17 3
                                    

"Perlu ke awak pergi?" Seohyun bertanya kepada Chanyeol yang sedang asyik memasukkan bajunya ke dalam bagasinya untuk pergi ke China selama seminggu.

" Perlu sayang,, kalau saya tak pergi, macam mana saya nak sara awak bila kita dah kahwin nanti kalau saya tak pergi." Chanyeol membalas selamba. Muka Seohyun terus bertukar merah untuk seketika.

"Awak ni,, suka tau buat saya blushing." Seohyun membuat muka ala ala marah. Chanyeol tersengih. Dia amat suka membuat Seohyun blushing. Rasa bahagia hidupnya.

"Dah,, saya dah nak pergi ni. Awak tak nak ikut hantar saya pergi airport ke? " Chanyeol bertanya dan muka marah Seohyun terus bertukar menjadi risau.

"Awak,, tak payah lah pergi. Saya tak sedap hati lah." Seohyun meluahkan isi hatinya kepada Chanyeol yang sudah mula mengetatkan mukanya.

" Awak, saya pergi ni pasal urusan kerja, bukan nak bersiar siar." Suara Chanyeol mula meninggi tapi masih boleh dikawal agar tidak menyinggung hati si buah hatinya itu.

"Tapi,, saya rasa tak sedap hati sangat. Macam ada benda buruk nak berlaku. Saya risau ada benda ja-"

" Woi perempuan!!!!! Kau faham bahasa tak?! Aku pergi ni nak kerja. Nak cari duit untuk sara kau, kau tak faham lagi ke?!!!"
Chanyeol menjerit lalu menghempas pintu bilik itu, meninggalkan Seohyun keseorangan.

SKIP.

Sudah masuk tiga hari sejak Chanyeol berlepas ke China. Dan selama tiga hari itu juga lah, Chanyeol langsung tidak menelefon Seohyun. Mesej? Emel? Lagilah tidak. Pernah juga sekali Seohyun cuba untuk menelefon Chanyeol, tetapi ia hanya mampu masuk ke mailbox, tetapi Chanyeol ada meninggalkan pesanan berbunyi,

" aku busy,, jangan cuba cuba nak call, mesej, emel. Lagi lagi kau, Seo Joo Hyun atau Seohyun."

Terasa betul hati Seohyun apabila terkenangkan Chanyeol. Selalunya, jikalau mereka bergaduh, Seohyun juga yang harus meminta maaf. Nak harapkan Chanyeol? Chanyeol bukanlah jenis yang suka meminta maaf, tetapi yang keras kepala. Tetapi, salahkah jika Seohyun menyatakan rasa risaunya? Dia bukan apa, cuma hatinya seperti tidak mahu melepaskan Chanyeol. Rasanya seperti dia akan pergi untuk selama lamanya.

Ting Tong! Ting Tong!

Bunyi loceng rumah ditekan menyedarkan Seohyun daripada lamunannya. Pantas dia bangun dan menuju ke pintu.

"Siapa---"

The Master Of Revenge √ [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now