Kreeek!!
Pintu bilik Chanyeol ditolak perlahan. Chanyeol menggulingkan matanya. Dia tahu siapakah gerangannya. Pasti itu semua rakan rakannya. Chanyeol mengeluh apabila bayangan 11 orang rakan karibnya berdiri di hadapannya.
"Yeol, kau tak boleh macam ni, kau seksa diri kau sendiri. Kau sedar tak?!" Xiumin, hyungnya yang merupakan yang paling tua diantara mereka semua berbicara. Yang lain hanya diam seribu bahasa. Tidak sopan rasanya jika menyampuk secara tiba tiba. Mahu tak kena kecam nanti?
"Hyung, Yeol okay. Mana ada Yeol seksa diri Yeol sendiri." Chanyeol membalas malas. Terus sahaja dia bangun lalu menuju ke atas katil. Chanyeol tahu mata semua rakannya itu mengikutinya. Well, mereka risau jika Park Chanyeol membuat kerja gila.
"Chanyeol,, hyung faham sangat perasaan kau. Hyung tahu kau sedih sebab Seohyun dah m- takde. Tapi jangan buat diri kau macam ni." Suho berkata sambil menepuk bahu Chanyeol, perlahan. Dia risau. Mereka semua risau. Chanyeol terlalu tertekan. Perasaannya seperti telah dibawa pergi oleh Seohyun. Bak kata lain, tiada cahaya lagi untuknya. Cahaya Chanyeol adalah Seohyun sendiri.
"Tak. Tak akan. Tiada siapa yang akan faham perasaan Yeol. Korang belum lagi, tahu macam mana rasanya, ditinggalkan oleh orang tersayang." Chanyeol membalas lirih. Dalam diam, Chanyeol mengeluarkan sebilah pisau. Rakannya yang lain, kebetulan tiada siapa yang lihat kejadian itu melainkan seseorang, tetapi, didiamkan sahaja.
"Kau tak boleh buat macam ni Chanyeol. Kau tak fikir ke perasaan Seohyun yang kat atas tu bila dia tahu kau macam ni? Kau seksa diri kau. Sama macam kau seksa Seohyun. Kau tak nak dia terseksa kan, Chanyeol? " Kris berkata.
"Yeol dah tak boleh dah duduk kat dunia ni. Jiwa Yeol tak ada kat sini. Jiwa Yeol hilang, dibawa Seohyun. Jadi, daripada Yeol terseksa, dan hyung yang lain, tengok Yeol terseksa, baik Yeol mati. Boleh jumpa Seohyun. " Chanyeol mengelar tangannya dengan pisau. Darah memancut mancut keluar.
" Chanyeol!!!!!!! "