Johari dan Omar tersenyum sedikit. "Mereka tidak akan kalah dengan begitu mudah."
Penduduk kampung seperti dipukau. Mereka tidak menyangka bahawa lima beradik itu akan bangkit semula. Malah mereka berlima langsung tidak menunjukkan wajah yang kesakitan terutamanya Azhari yang telah ditikam.
"Hei, Frank! Bersiap sedialah... kerana selepas ini kau tidak akan berpeluang lagi untuk menyentuh aku!" Faiz bersuara.
Frank mengetap bibir. "Lanun semua, hapuskan mereka!" Frank mengeluarkan arahan. Dia juga turut menyerang bersama-sama anak buahnya. Faiz menjadi sasarannya.
Satu tumbukan daripada Frank berjaya dielak oleh Faiz dengan mudah. Dia mengangkat kakinya tinggi lalu muka Frank disepak. Bukan itu sahaja, Faiz langsung tidak memberi peluang kepada Frank walau hanya untuk bernafas. Lututnya diangkat dan menghentam muka Frank dengan pantas. Frank mengerang kesakitan. Tubuhnya tercampak jauh.
Faiz mendekati lalu kolar baju Frank dicekak. Muka Frank yang berdarah dan bengkak-bengkil ditumbuk bertalu-talu tanpa ampun. Walaupun banyak tenaga yang digunakan, namun Faiz masih boleh tersenyum. Faiz berhenti. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga Frank.
"Kau fikir kau boleh mengalahkan aku dengan mudah? Jangan bermimpi di siang hari!" bisiknya sinis. Kolar baju Frank dilepas kasar dan menyebabkan kepala Frank terhentak ke lantai.
Faiz berdiri. Dia memandang Frank yang sudah longlai lalu dia berpaling untuk berlalu. Namun, dia terdengar bunyi pergerakan di belakangnya. Dia tahu Frank sudah berdiri tetapi dia langsung tidak berpaling untuk melihat musuhnya itu.
"Aku tidak akan kalah dengan budak mentah seperti kau!" Frank berkata dengan berlagak.
Faiz berdecit.
Frank berlari untuk menyerang Faiz walaupun lariannya agak perlahan dek kecederaan yang dialaminya.
Faiz mulai bosan dengan Frank yang tidak mahu mengalah. Dia memusingkan badannya lalu mengangkat sebelah kakinya tinggi. Dengan sekali libasan yang tepat terkena pada muka Frank menyebabkan musuhnya itu tercampak jauh dan tersungkur ke lantai.
Faiz mendekati Frank yang masih bernyawa itu dengan muka yang tidak berperasaan. "Masih tidak mahu mengaku kalah?" tanyanya.
"Tidak akan!" Frank menjawab dengan nada suara yang tertahan-tahan.
"Okey," Faiz membalas selamba sambil mengangkat bahu lalu dia mendekati kaki Frank yang panjang. Kaki kanannya diselitkan di antara kedua-dua kaki Frank, manakala kaki kirinya pula menyepit sebelah kaki Frank dan dengan satu pusingan, maka terhasillah satu bunyi yang mengilukan telinga serentak dengan jeritan kuat Frank yang mengerang kesakitan. Faiz telah mematahkan tulang kaki kiri Frank!
Tidak cukup dengan itu, Faiz menendang sisi muka Frank. Bersembur darah keluar daripada telinga Frank. Gegendang telinga Frank pecah!
Faiz menyepak pula perut Frank menyebabkan Frank melayang jauh dan tidak sedarkan diri lagi.
Faiz mengangkat kepala memandang sekelilingnya. Dia melihat anak-anak buah Frank yang dikatakan hebat itu sudah bergelimpangan di sekitar kawasan itu. Abang-abangnya pula masing-masing sudah terduduk melepaskan lelah. Hanya Azhari yang terbaring mungkin kerana dia yang paling parah. Faiz tersenyum memandang abang-abangnya yang turut tersenyum memandangnya. Mereka mengangkat ibu jari ke arahnya dan dia membalas. Tidak semena-mena dia tumbang ke belakang. Namun, belum sempat tubuhnya mencecah lantai, dia terasa tubuhnya disambut dari belakang. Dia mengangkat wajah dan tersenyum memandang Johari yang menyambutnya. Penduduk kampung berada di belakang Johari.
"Syabas, kau berjaya!" ucap Johari.
Faiz tidak menjawab. Hanya senyuman di wajahnya dilebarkan tanda dia membalas ucapan abangnya itu. Matanya dipejam. Johari meletakkan tubuh Faiz ke lantai dengan perlahan-lahan.
Tok ketua dan anaknya meluru ke arah Faiz. "Terima kasih... Terima kasih..." ucap tok ketua. Tiada perkataan lain yang diucapkannya melainkan terima kasih berulang-ulang kali. Dia terlampau gembira dan terharu menyebabkan kata-katanya seperti tersekat di kerongkong.
Begitu juga dengan Rin yang sudah pun mengalirkan air mata gembira. Mereka sekampung terhutang budi dengan tujuh bersaudara itu.
"Terima kasih kerana telah membebaskan kami. Terima kasih, Faiz," ucap Rin.
"Tak ada hallah!" Faiz masih tersenyum lebar walaupun matanya terkatup rapat.
"Penduduk kampung! Kita dah bebas! Kita dah bebas!"
"Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!"
Laungan-laungan itu tidak putus-putus terzahir daripada mulut penduduk kampung yang melebar dengan senyuman kegembiraan sehingga mereka sudah pun kembali ke kampung.
*******
Hoho diorang dah merdeka!!! XD
Padan muka lanun Frank!😛
Guys, vote n komen tau...😉#Farisha_Haqiem✌
YOU ARE READING
The 7 Heroes
ActionKedatangan lanun-lanun durjana ke sebuah pulau terpencil banyak memberi kesengsaraan kepada penduduk pulau tersebut. Persinggahan 7 saudara di pulau itu adalah demi mengisi kekosongan perut. Namun, apabila melihat bendera penaklukan di pulau itu, ma...