The 7 Heroes (Part 7)

151 14 2
                                    

"Aki!" jerit Khairi. Perhatian Khairi yang berkalih sebentar kepada Zaki menyebabkan dia berjaya ditendang oleh musuh. Tendangan tersebut tepat terkena pada perutnya. Bersembur darah merah dari mulutnya. Dia muntah darah. Perutnya terasa senak. Dia terduduk. Namun, musuhnya tidak memberi dia peluang untuk berdiri. Mukanya disepak. Sekali lagi darah tersembur. Bukan sahaja dari mulut, bahkan juga dari hidungnya. Dia cuba untuk berdiri tetapi rebah kembali.

Azhari berdecit. Sepantas kilat dia menghayunkan pedangnya lalu kepala musuh dipancung. Seorang sudah tumpas. Dia ingin membantu Khairi dengan mengalahkan musuh yang berlawan dengan abangnya itu, namun tanpa disedari, seorang musuh yang berada di belakangnya telah menikam perutnya.

"Ahh!!!" jeritan kesakitan Azhari kedengaran.

Mata Faiz membulat.

Tiba-tiba dia ditumbuk oleh Frank tanpa sempat dia bersedia. Dia tercampak lalu jatuh ke lantai.

"Tak guna! Pukul curi!" marah Faiz lalu lantai ditumbuknya akibat terlampau geram.

Frank ketawa. "Kau mengharapkan apa daripada aku? Kau nak aku berlawan secara adil? Kau silap oranglah, budak! Kau lupa ke yang kami ni lanun?"

Tok ketua yang sedari tadi menjadi pemerhati mula panjang akal untuk membantu. Beliau benar-benar marah dan sakit hati. Dalam masa yang sama, beliau turut berasa hairan terhadap Johari dan Omar. Mereka berdua hanya memerhati tanpa membantu. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke kampung. Beliau perlu mengumpulkan penduduk kampung untuk sama-sama berjuang melawan lanun-lanun tersebut.

Faiz gagal untuk berdiri kerana Frank menyerangnya tanpa henti. Khomeini yang telah tercedera cuba menyerang Frank dari belakang tetapi dengan sekali libasan kaki daripada Frank berjaya menjatuhkannya.

Kemudian, penduduk kampung tiba di 'Taman Frank'. Mereka semua tergamam melihat lima daripada tujuh bersaudara itu yang sudah tumbang.

Frank ketawa. "Hei, penduduk kampung! Ini sajakah kekuatan mereka yang kalian utuskan kepada kami? Sampah!" herdik Frank lalu tubuh Faiz yang terkujur di hadapannya disepak. Tubuh Faiz melayang jauh.

Rin yang melihat terkaku lalu pandangannya dialihkan kepada Johari dan Omar yang tidak berbuat apa-apa. Hanya berdiri tegak melihat saudara mereka yang teruk dibelasah. Rin membara lalu dia mendekati dua beradik itu. Badan kedua-dua beradik itu dipukulnya bertalu-talu dengan amarah yang menjulang tinggi, namun sia-sia. Mereka berdua langsung tidak terkesan.

"Kenapa... kenapa kalian tidak membantu? Bukankah kalian bertujuh bersaudara? Kenapa tidak dibantu? Kenapa hanya memandang?!" bertalu-talu soalan diajukan oleh Rin.

Johari dan Omar tidak menjawab. Pistol yang dipegang Omar diacukan ke kepala Rin. Rin tersentak. Penduduk kampung juga tersentak terutamanya tok ketua.

"Jangan kacau," dua patah perkataan daripada mulut Omar dengan muka yang tidak berperasaan.

"Apa maksud semua ni, Joe, Omar? Jangan kata kalian berdua pengkhianat saudara sendiri!" suara tok ketua meninggi.

Omar berkata satu-satu bagaikan robot. "Selagi-arahan-tidak-dikeluarkan, selagi-itulah-kami-tidak-membantu-walaupun-nyawa-sudah-melayang."

Semua yang berada di situ terperanjat. Kemarahan tok ketua bertambah marak. "Kalau begitu, biar aku saja yang membantu! Kalian berdua ke tepi!"

Omar mengacukan pula pistol ke arah tok ketua. "Selangkah mara, nyawa melayang."

Tok ketua terkedu.

"Sudahlah tu, pak cik. Kami tidak apa-apalah," tiba-tiba suara Faiz kedengaran. Semua mata terarah pada Faiz yang mula bangkit. Faiz tersenyum. Darah di pinggir bibir dilap dengan ibu jarinya.

Kemudian, seorang demi seorang daripada tujuh bersaudara itu bangkit daripada pembaringan sambil tersenyum. Semua yang berada di situ terkejut terutamanya Frank dan para pengikutnya.

"Ma...macam mana kau orang semua masih boleh berdiri?" Frank bertanya tergagap-gagap.

"Semangat juang dan kasih sayang..." suara Khomeini.

"...kekuatan penduduk kampung..." tambah Zaki.

"...dan rasa belas terhadap sesama manusia..." sambung Khairi.

"...disebabkan itu, kami bertekad..." Azhari pula menambah.

"...tidak akan sesekali..." Faiz pula menyambung.

"...KALAH PADA LANUN TIDAK BERTARAF SEPERTI KALIAN!!!" jerit mereka berlima serentak.

*******

Wahhh... dah part 7! Tinggal sikit je lagi. Jangan lupa vote n komen tau! Thank you kepada yg setia baca story ni!!! XD Terutamanya kepada yg sentiasa vote n komen story sy ni. Kepada silent readers, thank you tau sudi baca. Love u all!!! 😘

#Farisha_Haqiem✌

The 7 HeroesWhere stories live. Discover now