"Mana satu Frank?!" tanya Faiz berwajah bengis.
"Frank itu nama aku! Kalian ni siapa?!" Frank bertanya marah selepas menjawab soalan Faiz.
Faiz memandang wajah tidak puas hati Frank. "Kami ialah orang-orang yang akan menendang kau keluar dari pulau ini, Frank!" jawab Faiz berani.
Frank ketawa keras diikuti para pengikutnya. "Jangan nak beranganlah, budak mentah!" Frank dan pengikut-pengikutnya ketawa lagi.
Tok ketua yang disangka sudah kembali ke kampung rupa-rupanya sedang memasang telinga dan sedang berdiri di sebalik dinding tanpa disedari oleh sesiapa pun. Beliau agak tersentak mendengar bicara Faiz. 'Apa yang hendak mereka lakukan ini? Jangan cari pasallah, budak!' jerit hati tok ketua, cemas.
Tujuh bersaudara itu tersenyum sinis. Faiz mendekati Frank dengan wajah selamba. Ketinggian Frank yang sedang duduk di atas kerusi itu telah pun menyamai ketinggian Faiz yang sedang berdiri. Walaupun begitu, Faiz sedikitpun tidak gentar.
"Hei, budak! Apa yang kau mahu?" garau suara Frank bertanya bersama senyuman sinisnya.
"Nama aku Faiz," mendatar suara Faiz memberitahu apabila dia sudah berada dekat dengan Frank. "...dan aku bukannya budak!!!" Faiz bertempik sekali gus dengan satu tumbukan melayang ke muka Frank. Frank tergolek jatuh.
Tok ketua yang mendengar jeritan Faiz terus sahaja mengintai. Terbeliak biji matanya apabila melihat Frank sudah tumbang ke lantai akibat dipukul Faiz.
Anak-anak buah Frank terkejut. Beberapa orang yang sedang memegang pistol di tangan terus mengacukan pistol tersebut ke arah Faiz, namun belum sempat mereka menarik picu, beberapa das tembakan telah berbunyi dan mereka tumbang. Semua mata tertumpu kepada Omar dan Johari yang sedang meniup hujung pistol mereka dengan muka selamba.
Kumpulan lanun Frank kelihatan sangat marah. Sekelip mata sahaja beberapa orang ahli kumpulan mereka telah tumbang tanpa sempat mereka bertindak.
Frank bangkit. Darah pekat di sisi bibirnya disapu dengan belakang tangan. Dia kelihatan sangat marah. Matanya tajam menikam. "Tak guna kau, kumpulan budak mentah!" jerit Frank. Tidak semena-mena satu tumbukan lagi hinggap di wajahnya. Frank terundur ke belakang. Dia memandang Faiz dengan mata yang merah menyala penuh kemarahan.
"Bukankah aku sudahpun beritahu kau bahawa kami bukan budak-budak?!" tempik Faiz lagi.
"Tak guna kau! Berani kau pukul Frank?!" Pengikut-pengikut Frank yang lain terus menyerang Faiz beramai-ramai. Namun belum sempat mereka menyentuh walau hanya hujung rambut Faiz, Khomeini, Khairi, Azhari dan Zaki terlebih dahulu mara dan menahan mereka daripada mendekati Faiz.
Zaki menumbuk dan menendang.
Kebiasaannya, Khairi hanya menggunakan sepasang kakinya untuk berlawan, manakala sepasang tangannya sentiasa dimasukkan ke dalam poket seluar. (Nampak berlagaklah pulak...😒 Tapi cool!😆) Tangannya digunakan untuk melakukan kerja-kerja lain seperti memasak, mengemas dan sebagainya. (Orang sayang tanganlah katakan...😒😂)
Khomeini dan Azhari pula mahir dalam menggunakan pedang.
Johari dan Omar hanya melihat pergelutan tersebut dari jauh tanpa masuk campur kerana mereka berdua ialah penembak tepat.
Hanya beberapa saat, pengikut-pengikut Frank rebah ke bumi. Darah tersembur di merata-rata tempat.
"Kalian yang lemah jangan masuk campurlah!" ujar Khairi.
Kini, yang tinggal hanyalah mereka bertujuh, Frank dan beberapa orang pengikut Frank yang sedari tadi memandang pertempuran tersebut sambil berpeluk tubuh dengan berlagak.
"Faiz, kau uruskan ketua mereka tu. Kami pula akan uruskan pengikut-pengikutnya di belakang," arah Khomeini.
"Kalau setakat lawan anak-anak ikan tu, bolehlah. Kau orang tidak setanding dengan kami. Kami ni pahlawan terpilih daripada kumpulan lanun Frank. Kami tidak akan mungkin dapat ditewaskan oleh manusia lemah seperti kalian!" suara salah seorang daripada pengikut-pengikut Frank yang kononnya pahlawan terpilih itu.
Faiz mencebik. "Banyak cakap pula. Kalau setakat bercakap sesiapa pun bolehlah," Faiz membidas selamba.
Merah padam wajah pengikut Frank yang dibidasnya itu menahan marah. Dia mara ke hadapan untuk menumbuk Faiz tetapi tendangan daripada Khairi pula yang diterimanya. Dia hampir tersungkur ke belakang, namun sempat ditahan oleh pengikut-pengikut yang lain.
"Tak guna!" sumpah pengikut-pengikut Frank.
Dengan itu, bermulalah pertempuran di antara mereka. Ternyata 'pahlawan-pahlawan terpilih' itu agak kuat berbanding pengikut-pengikut Frank yang telah ditewaskan. Dua orang daripada mereka menyerang Zaki bertali arus. Bertalu-talu Zaki terkena pukulan mereka. Zaki menepis namun sia-sia sahaja. Sepakan padu daripada mereka berdua secara serentak berjaya menjatuhkan Zaki.
"Aki!"
Vote and comment please.....
#Farisha_Haqiem✌
YOU ARE READING
The 7 Heroes
AkčníKedatangan lanun-lanun durjana ke sebuah pulau terpencil banyak memberi kesengsaraan kepada penduduk pulau tersebut. Persinggahan 7 saudara di pulau itu adalah demi mengisi kekosongan perut. Namun, apabila melihat bendera penaklukan di pulau itu, ma...