"Ah, kenyangnya!" Faiz menggosok-gosok perutnya.
"Kalian ini siapa sebenarnya? Tok nampak semuanya muda belaka," tanya tok ketua usai menjamu selera.
"Kami ni pengembara dan memang kami semua masih muda pun, pak cik. Abang saya yang sulung baru berumur dua puluh tujuh tahun," ramah Faiz.
"Tok, nampaknya pulau ini dijajah oleh kumpulan lanun Frank, ya?" tanya Khomeini inginkan kepastian.
Tok ketua menunduk. "Ya," suaranya sedikit mengendur.
Khomeini memandang satu persatu wajah adik-adiknya yang tersenyum. Dia juga turut tersenyum.
"Maaflah, tok. Kami tidak boleh berlama-lama di sini. Boleh tok ketua tunjukkan kami markas kumpulan lanun Frank?" Khairi bersuara sopan.
Tok ketua dan Rin yang berada di dalam rumah itu terkejut. "Untuk apa kalian ingin bertemu dengan Frank?" tanya tok ketua.
"Kami ada urusan sedikit dengan mereka," Johari menjawab dalam senyuman.
"Urusan apa?" tanya tok ketua lagi.
"Itu tok tidak perlu tahu," balas Azhari pula dengan nada dingin.
"Rin sudah tahu, ayah! Pasti mereka ini geng Frank!" tuduh Rin melulu.
"Cik adik manis kalau tak menuduh kami sembarangan boleh tak?" pinta Khairi dengan lembut dalam senyuman. "Yang pasti, kami tiada kaitan dengan kumpulan lanun Frank yang berkelas rendah tu," tambah Khairi.
Rin terdiam.
"Habis tu, apa urusan kalian dengan Frank?" tanya tok ketua lagi, masih tidak berpuas hati.
"Bukankah saya sudah berkata tadi yang tok ketua tidak perlu tahu tentang itu?" ulang Azhari. "Tok ketua hanya perlu tunjukkan kepada kami ke mana arah untuk ke markas Frank," tambah Azhari lagi, masih dengan suara yang dingin tanpa secebis senyuman.
"Baiklah, tok akan tunjukkan," tok ketua bersetuju.
Dalam perjalanan untuk ke markas Frank yang agak jauh dari kampung, mereka berlapan termasuk tok ketua hanya berdiam diri. Mereka tujuh bersaudara hanya memandang keadaan di sekeliling kampung itu yang tunggang terbalik. Ada rumah yang telah hancur. Mungkin sengaja dihancurkan. Ada juga beberapa ahli keluarga penduduk kampung yang kelihatan sangat lemah dan tidak berdaya akibat dibelasah. Daripada kecederaan yang dialami, nampak seperti baru sahaja. Tangisan dan ratapan meminta pertolongan di sana sini. Tiada yang membantu. Hanya tangisan yang berlagu sepi. Bagaimana ingin membantu jika nasib mereka seakan sama?
Mulut Faiz yang selama ini seperti murai tercabut ekor langsung tidak bersuara. Dia hanya memandang keadaan kampung itu tanpa suara dan tanpa sebarang riak pada wajahnya. Mata-mata penduduk kampung yang kadang kala bertembung dengan matanya, memandang asing terhadap mereka bertujuh. Ada juga yang memandang dengan pandangan sayu ke arah mereka, meminta simpati, yang berjaya menyentak hati mereka. Manakala tok ketua pula memerhatikan gelagat mereka melalui sisi matanya.
"Kita sudah sampai," ujar tok ketua. Beliau berhenti agak jauh dari markas Frank.
Faiz mendongak melihat markas Frank yang sangat besar. Dia membaca tulisan yang ditulis sebesar-besarnya pada papan tanda berhampiran pintu pagar.
" 'Taman Frank',ya." Kemudian, dia tersenyum sinis. "Jangan marah kalau nanti aku tukarkannya kepada 'Neraka Frank'," gumam Faiz perlahan tetapi telinga lintah tok ketua masih mampu menangkapnya. Tok ketua terkedu. Dalam hati tertanya-tanya siapakah mereka bertujuh ini?
Faiz memandang tok ketua dengan senyuman lebar di wajah. "Pak cik, terima kasih, ya kerana tunjukkan kami jalan ke sini. Sekarang, pak cik bolehlah kembali ke kampung semula."
Tok ketua tidak berkata apa-apa. Perlahan-lahan beliau mengatur langkah berlalu dari situ.
Faiz memandang serius wajah abang-abangnya lalu dia menganggukkan kepalanya sekali diikuti anggukan daripada abang-abangnya. Mereka mendekati pintu pagar 'Taman Frank'. Apabila mereka sudah berdiri di hadapan pintu pagar tersebut, Khairi maju ke hadapan. Dia mengangkat sebelah kakinya tinggi dan dengan hanya satu tendangan, pintu pagar tersebut berkecai. Penghuni-penghuni 'Taman Frank' menoleh ke arah mereka dengan wajah yang terperanjat. Mata Frank mencerlung tajam ke arah mereka.
Faiz berdiri paling hadapan. "Mana satu Frank?!" tanya Faiz berwajah bengis.
Jangan lupa vote and comment tau... Tq😉
#Farisha_Haqiem✌
YOU ARE READING
The 7 Heroes
AksiKedatangan lanun-lanun durjana ke sebuah pulau terpencil banyak memberi kesengsaraan kepada penduduk pulau tersebut. Persinggahan 7 saudara di pulau itu adalah demi mengisi kekosongan perut. Namun, apabila melihat bendera penaklukan di pulau itu, ma...