"Muahahaha! Wahai para lanun, mulai hari ini, kita akan menguasai pulau ini!" jerit ketua lanun kepada anak-anak buahnya diikuti sorakan bingit daripada anak-anak buahnya.
"Apa yang kita tunggu lagi? Serang!!!" jerit ketua lanun.
Para penduduk yang sedang berkumpul mulai panik apabila terdengar sayup-sayup bunyi bising daripada sorakan para lanun.
"Bertenang semua! Bertenang! Kita masih lagi ada masa sebelum mereka sampai ke sini!" tok ketua cuba untuk menenangkan penduduk kampung walaupun hatinya sendiri sudah gundah-gelana.
"Macam mana nak bertenang?! Lanun-lanun itu sudah berlabuh di pulau ini!" sampuk satu suara dengan nada marah dan panik.
"Ya, saya tahu tetapi sila bertenang! Kepanikan tidak dapat menyelesaikan masalah. Kamu semua sila dengar apa yang hendak saya katakan! Sila beri kerjasama!" tegas tok ketua menyebabkan semua terdiam.
"Saya mahu semua wanita dan kanak-kanak pergi menyorok! Tinggalkan kami yang lelaki di sini! Kita akan berjuang habis-habisan demi mempertahankan tanah kita yang tercinta! Jangan sampai tanah kita dirampas lanun-lanun keparat itu!" tok ketua memberi semangat.
"Ya! Ya! Ya!" jerit penduduk kampung mulai bersemangat.
"Cepat, semua! Gerak, gerak, gerak! Sediakan senjata dan bersedia untuk berperang!!!" jerit tok ketua lagi dengan muka yang bengis.
Para penduduk mula bertindak. Para lelaki masing-masing mencapai senjata, manakala para wanita dan kanak-kanak mula menyorok.
"Tok ketua!" panggil seseorang.
Tok ketua berpaling. Beliau melihat Elmi sedang berdiri tegak sambil memegang sebilah parang.
"Tok ketua, saya pun akan sama-sama berjuang demi mempertahankan kampung kita! Kerana... saya ialah penduduk kampung ini juga!!!" tempik Elmi dengan wajah yang serius.
Tok ketua tersenyum sedikit. "Elmi, saya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada kamu untuk mengetuai peperangan ini! Saya tahu kamu boleh!"
Elmi terkedu. "Baik, tok ketua!"
"Penduduk kampung semua!" tiba-tiba suara lain kedengaran.
Semua penduduk berpaling ke arah suara itu. Mereka semua terkejut melihat lanun-lanun itu sudah berada di hadapan mereka. Mereka mula berasa takut apabila melihat wajah-wajah lanun yang bengis-bengis itu. Walaupun begitu, perasaan marah lebih menguasai diri.
Ketua lanun bersuara. "Dengar sini semua penduduk kampung! Mulai hari ini, kampung ini, tak, seluruh pulau ini akan menjadi milik kumpulan lanun Frank! Pada hari ini untuk setiap bulan, kalian harus membayar wang perlindungan kepada kami! Sesiapa yang tidak mampu untuk membayarnya akan dibunuh!"
"Jangan harap kami akan menyerahkan pulau ini kepada kalian!" sampuk Elmi dan disokong dengan sorakan ramai penduduk kampung.
Ketua kumpulan lanun Frank, iaitu Frank mencerlung Elmi tetapi Elmi tidak sedikitpun gentar dengan cerlungan Frank malah dia membalasnya dengan renungan mata yang penuh amarah. Dia sudah bertekad bahawa dia akan mempertahankan tanah ini.
Tiba-tiba, Frank ketawa kuat penuh kejahatan. "Jadi, kalian lebih rela mati daripada menyerah diri?"
"Ya! Kami tidak akan sesekali menyerahkan pulau ini kepada celaka seperti kalian!" jawab penduduk kampung beramai-ramai.
Frank ketawa lagi. "Oh, begitu. Lanun-lanun semua, serang!!!"
"Penduduk kampung, serang!!!" jerit Elmi mengetuai penduduk kampung.
Berlakulah pertempuran antara penduduk kampung dengan kumpulan lanun Frank. Namun, penduduk kampung hampir dikalahkan. Sudah ramai penduduk kampung yang terkorban dalam pertempuran tersebut.
"Apa yang perlu kita lakukan lagi? Kita tidak akan berjaya mengalahkan mereka. Mereka terlalu kuat," keluh salah seorang penduduk.
Elmi yang mendengar terus mencekak leher baju lelaki itu. "Habis tu, kita nak menyerah?!" tanya Elmi penuh kemarahan.
"Elmi, bertenang!" Rifat cuba meleraikan pergalutan antara Elmi dengan Malek. Elmi melepaskan cengkamannya pada leher baju Malek. Malek terbatuk-batuk.
"Elmi, dengar sini. Ada benarnya juga kata-kata Malek. Kita tidak mampu melawan mereka. Lebih baik kita menyerah diri saja. Kita masih bernasib baik kerana mereka belum lagi menemui penduduk wanita dan kanak-kanak. Jika mereka terjumpa nanti, macam mana?" pujuk Rifat.
Elmi masih berkeras hati. "Tidak! Aku tidak akan sesekali tunduk pada lanun-lanun tak guna itu! Aku lebih rela mati daripada menyerah!" tegas Elmi lalu terus berlari untuk menyerang Frank.
Zupp!!!
Semua penduduk kampung terpanar. Para lanun tersenyum sinis. Darah merah pekat memercik di merata-rata tempat di sekitar kawasan itu.
"Elmi!!!"
Vote and comment, please... Vote dan komen korang amat saya hargai untuk saya teruskan meng'update' story ni. Hehe
#Farisha_Haqiem✌
YOU ARE READING
The 7 Heroes
ActionKedatangan lanun-lanun durjana ke sebuah pulau terpencil banyak memberi kesengsaraan kepada penduduk pulau tersebut. Persinggahan 7 saudara di pulau itu adalah demi mengisi kekosongan perut. Namun, apabila melihat bendera penaklukan di pulau itu, ma...