The 7 Heroes (Part 4)

180 15 5
                                    

"Apalah, betul ke mereka bertiga ni daripada kumpulan lanun Frank?" tanya Azhari sambil matanya melihat tiga orang lelaki yang tadi mengawasi pinggiran pantai ini sudah pun tumbang sekelip mata akibat dibelasah olehnya seorang diri.

"Mungkin. Orang bawahan saja ni," jawab Johari.

"Lemah!" balas Azhari berlagak.

"Jangan berlagak sangat, Az. Ini hanya orang-orang bawahan. Kita belum tahu sekuat mana tenaga ketua mereka tu," bidas Zaki yang menyampah dengan sikap lagak abangnya itu.

"Sudahlah! Kalau kita asyik bertengkar di sini saja, bila kita akan masuk ke kampung? Bila kita boleh makan? Aku lapar ni," kata Faiz sambil memegang perut.

Zaki menyekeh kepala Faiz. "Tak habis-habis dengan lapar."

Mulut Faiz memuncung. "Lapar pun salah!"

Sebaik sahaja mereka bertujuh memasuki kampung, mereka tercengang. Mulut masing-masing ternganga.

"Ini kampung ke apa?! Macam baru lepas diserang garuda!" Faiz bersuara kuat.

"Macam baru dilanda ribut taufan!" tambah Zaki pula.

"Jangan nak kutuk kampung kami!" tiba-tiba suara seorang perempuan mencelah. Tujuh kepala berpaling ke arah suara tersebut.

"Kamu semua orang luar tidak berhak mengutuk kampung kami!" bicara perempuan itu lagi.

"Rin!" tegah seorang lelaki tua yang bersama-sama perempuan itu. "Maafkan anak saya, ya. Perkenalkan, saya tok ketua di kampung ini dan ini anak saya, Rin."

Khomeini menyambut salam yang dihulur. "Tidak mengapa. Saya, Ahmad Khomeini. Boleh panggil saya Mie saja. Mereka berenam ni adik-adik saya."

"Saya Joe. Ahmad Johari. Anak kedua," Joe menyambung.

"Ahmad Khairi. Anak ketiga. Panggil Khai aje."

"Az. Ahmad Azhari. Anak keempat."

"Ahmad Zaki. Boleh panggil Aki. Anak kelima."

"Ahmad Omar. Anak keenam."

"Dan saya, anak bongsu. Ahmad Faiz. Pak cik boleh panggil saya Faiz. Kalau nak lebih ringkas lagi, pak cik panggil saja saya Iz. Umur saya baru mencecah 18 tahun dan masih single. Selamat berkenalan." Faiz melambai-lambaikan tangannya sambil tersenyum lebar.

Tok ketua menganguk-anggukkan kepala. "Apa tujuan kalian ke mari?"

"Pak cik, kami datang ni disebabkan saya lapar. Ada makanan tak, pak cik?" sampuk Faiz tanpa ada rasa malu mahupun segan dan menyebabkan sekali lagi kepalanya disekeh oleh Zaki. "Sakitlah!"

Tok ketua tersenyum sedikit dengan keramahan dan sikap keanak-anakan Faiz.

"Maafkan adik saya, tok ketua. Dia memang macam ni," Khomeini meminta maaf.

"Tidak mengapa. Jomlah, ikut saya," ajak tok ketua. Mereka bertujuh mengekor dari belakang.

"Ayah, kenapa senang-senang saja ayah mengajak mereka? Belum tentu mereka boleh dipercayai," bantah Rin.

"Mereka tetamu ayah," hanya itu jawapan yang diberikan oleh ayahnya. Mulut Rin memuncung.

Vote and comment guyssss...😁✌

#Farisha_Haqiem✌

The 7 HeroesWhere stories live. Discover now