"Macam mana dengan mereka bertujuh?" tanya tok ketua kepada Rin.
Rin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Rin peliklah, ayah. Mereka tu cedera parah tetapi masih lagi boleh berdiri, berjalan dan bergurau-senda macam tiada apa-apa yang berlaku. Mereka ni manusia ke, ayah?" Rin meluahkan rasa peliknya dan menyebabkan ayahnya itu ketawa kuat.
"Mereka manusia, Rin. Manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana kasih sayang mereka terhadap insan lain. Dengan melihat kekuatan insan di sekeliling kita sudah cukup membuatkan kita berasa kuat," bicara tok ketua penuh maksud tersirat.
"Mereka sedang buat apa?" tanya tok ketua yang tidak mahu hanyut dalam perasaan.
"Mereka sedang berebut makanan di dapur. Sakit-sakit macam itu pun masih lagi boleh bergasak sesama mereka hanya kerana berebutkan makanan. Terutamanya Si Faiz tu. Badan saja kecil tetapi paling banyak makan," adu Rin.
Tok ketua ketawa lagi. Senang dengan situasi seperti itu.
*******
"Kalian dah nak pergi?" tanya tok ketua.
"Ya, pak cik. Kami tidak boleh berada di sini lama-lama. Masih banyak tempat lagi yang kami perlu pergi," jawab Faiz dengan senyuman lebar.
Tok ketua sedikit hampa. "Boleh tok tanya sikit?"
"Tanya apa?" balas Faiz.
"Kamu bertujuh ni sebenarnya berasal dari mana?" tanya tok ketua. Akhirnya soalan itu terluah juga setelah sekian lama terpendam dalam hati.
Mereka tujuh bersaudara tersenyum bangga. "Kami ialah pengembara... dari Malaysia!"
~TAMAT~
*******
Hai guyssss!!!! XD Dah tamat dah story ni. Kisah ni angan2 sy je tau. So, jangan kecam sy pasal 7 bersaudara tu yang sy buat from Malaysia. Sebab sy sangat2 bangga kalau mereka betul2 wujud di Malaysia. Haha! Tapi tu laaa... diorang tu imaginasi sy je... haih...😔
Btw, sy nak ucap terima kasih banyak2 kepada korang yg sudi baca, vote n komen story sy yang tak seberapa ni. Thank you tau terutamanya kepada readers yang selalu support karya2 sy. Love u all!!! 😘
#Farisha_Haqiem✌
YOU ARE READING
The 7 Heroes
ActionKedatangan lanun-lanun durjana ke sebuah pulau terpencil banyak memberi kesengsaraan kepada penduduk pulau tersebut. Persinggahan 7 saudara di pulau itu adalah demi mengisi kekosongan perut. Namun, apabila melihat bendera penaklukan di pulau itu, ma...