Aku kemudiannya menelefon emak, ayah, ibu bapa Afwan ngan Afwan. Oh ye selepas kejadian yang berlaku pada 3 ke 4 tahun lepas tu, keluarga Afwan ngan keluarga kami masih rapat malah lebih rapat lagi. Di orang pun tinggal di kawasan kejiranan yang sama ngan kami. Sebetulnya aku pun hairan kenapa keluarga kami masih rapat, tapi takkanlah nak memutuskan silaturrahim kan.
Aku ada jugak menyimpan dendam terhadap Afwan. Tapi mungkin dia dan adik dah takde jodoh lagi so aku redha jelah. Lagipun setelah apa yang berlaku keatasnya aku berasa kasihan dan merasa yang dia dah dapat balasan yang setimpal. Sekarang aku ngan dia kira best buddylah.
Tut..tuttt..tutt
"Hello, Assalammualaikum abang Ayd. Ada apa telefon pagi-pagi buta ni."
"Waalaikumsalam Afwan, pagi-pagi buta otak kau. Agak-agaklah sekarang ni pukul 9 lebih kut."
"Eh ye ke, hehehe."
"Ni mesti baru bangun tidur ni. Ah btw kamu datang rumah abang kul 11 lebih ni eh. Ada news yang abang nak bagitahu. Jangan lupa bawak abah ngan ummi kamu sekali."
"Wuishhh, news. Abang bawak bakal isteri mata biru ehh?."
"Ishhh kamu ni, taklah. Datang je kang and jangan lupa bawak abah n ummi sekali."
"Ye, ye, ye. Tau-tau."
"Baiklah, abang chau dulu. Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam."
Aku kemudiannya naik teksi untuk pulang kerumah.
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih. Setelah sampai di hadapan rumah aku mengeluarkan semua bagasiku dan kemudiannya membayar pakcik teksi tu.
Aku melihat persekitaran kawasan jiran-jiran yang masih sama. Dengar kata mak, hari ni ada satu lagi keluarga yang baru balik dari luar negara. Sebenarnya dahulu dorang tinggal kat rumah hujung sekali tu tapi kemudian diorang pindah disebabkan oleh sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan.
Seperti selalu aku melihat keindahan alam..ada rumah, bunga, taman permainan, orang, kereta. Aikk.....kereta tu, kereta tu???..bukannya kereta yang aku nampak di airport tadi ke?.
Ini bermakna Mia tinggal di kawasan rumah ni jugaklah. Wahhh tak sangkalah pulak. Ni news hangat ni. Tapi hopefully mak ngan ayah dah maafkan Mialah. Aku rasa bersalah sebenarnya kerana tak sangka salah satu sebab kenapa Mia diperlakukan begitu adalah sebab.....
Anyway aku dah bagitahu mak ngan ayah apa yng terjadi sebenarnya. Namun diorang tak percaya begitu jugak abah ngan ummi si Afwan, lagilah tak percaya lagi-lagi si Afwan tu. Kata diorang, aku saja je nak bela adik aku.
"Eh Ayd kamu ni tunggu depan rumah nak jadi pak guard pulak ke?."
"Eh mak, nak masuklah ni. Sekali-sekala menikmati keindahan alamlah."
"Yelah tu, dah berpuluh minit mak tengok kamu berdiri tercongok seorang diri tadi."
"Eghh, Mak stalk Ayd ehh?.."
"Nak buat apa aku stalk kamu. Tak bagi keuntungan pun. Cepatlah masuk rumah makan cucur udang yang mak baru goreng ni."
"Yelah, yelah."
Di dalam rumah,
"Mak masak tengahari banyak tak untuk hari ni."
"Ye, mak tahu kamu mesti lapar punya."
"Oklah mak, nanti tengahari Afwan ngan familynya akan datang makan sini."
"Aikk, sapa jemput, kenapa?."
"Sapa lagi Aydlah.
"Ishh kamu ni, lain kali bagitahulah dulu. Ni tak nasib baik mak masak banyak hari ni tau."
YOU ARE READING
Perginya membawa duka
عاطفيةMenjadi pasangan kekasih untuk masa yang lama dan seterusnya menjadi pasangan hidup tidak dapat menjanjikan bahagia. Perkahwinan itu satu janji dan bukan hanya sekadar 2 orang manusia yang hidup bersama sahaja tetapi juga perasaan jujur, setia, cin...