BAB 1

200 2 2
                                    

"Abah! Angah dapat masuk!" Izzaty Nayli berlari anak ke arah ayahnya iaitu Dato' Iskandar Mazlan.
"Masuk apa, anak kesayangan abah?"
"Masuk sekolah yang angah mintak tu lah!"
"Sekolah Menengah Sains Batu Pahat tu ke?" Tanya abahnya. "Haah! Yeay!" Izzaty menjerit kegirangan.

"Eh eh , apa menjerit-jerit ni?"

Datin Alyah Hong datang ke ruang tamu sambil menatang sebuah dulang. "eomma, i've got accepted into SEHEBAT!" Kata Izzaty sambil memeluk ibunya.
"Wah, chukahae! Tahniah anak ibu!" Kata Datin Alyah sambil menepuk belakang badan anaknya itu.

"Kenapa meriah sangat nih?" Tanya Muhammad Adam anak sulung bagi pasangan itu. "Ini hah, angah dapat masuk SBP yg dia mintak tuh"

"SBP apa ? Sekolah along ke?" Tanya Adam ingin tahu. Mana tak nya, sudah lama dia mahu adiknya bersekolah di sekolahnya.

"Yeah. SM Sains Batu Pahat." Kata Izzaty sambil melepaskan peluknya daripada ibunya. "Oh... tahniah lah adik kesayangan ku... lepas ni bolehlah along tengok-tengok siapa yang nak mengorat angah. Biar kasi pelempang sikit."

Memang pantang betul kalau sesiapa yang mahu mendampingi adiknya itu. Sampai satu hari tu, Adam hampir saja mahu belasah kawannya kerana mahu couple dengan adiknya itu. Mujur Izzaty jenis yang tak suka couple-couple ni.
Katanya couple tu kan haram.

"Huh! Sibuk je dengan life orang." Kata Izzaty sambil memuncungkan bibirnya.
"Haih ... Apa-apa sahajalah kamu berdua ni. Dah-dah, pergi bersiap. Lepas ni kita nak beli barang-barang si Izzaty Nayli ni. Baik beli awal-awal , takdelah nak bersesak-sesak nanti. Okay?" Arah Dato' Iskandar sambil bangun dan bergerak ke arah biliknya. Mereka semua pun pergi ke bilik masing-masing untuk hiaskan diri mereka.

.

"Argh... Penatnyaaaaa!!!" Jerit Izzaty sambil baring di atas katilnya.
"Oit, perangai tak semenggah!" Tegur Adam sambil menapak masuk ke dalam bilik adiknya.

"Eh, sibuk aje mamat ni. Macam tak kenal je angah macam mana" Izzaty duduk bersila di atas katilnya. "Memang lah, sekarang ni angah dah nak masuk sekolah menengah kenalah tukar perangai tu. Nanti malu along."

Aik? Sejak bila pulak abangnya seorang ni pandai malu disebabkan dia?
Haih... Ini lah akibatnya kalau masuk sekolah sama dengan abang sendiri. Semua nak diperhatikannya. Parah ni! Karang sampai nak masuk tandas pun nak diperhatikan. Gila ke apa ?

"Yelah, along. Ini mesti kes sayang sangat dekat adik dia ni kan?" Tawa Izzaty kedengaran namun terus senyap selepas alongnya berkata sesuatu.

Sungguh... Tersentap sampai ke dasar.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now