Bab 2

102 0 0
                                    

"Memang... memang along sayang angah. Along tak nak pisang berbuah dua kali. Serius along taknak. Along selalu teringatkan Adham. Dia sungguh berharga buat along. Tapi, lepas apa yang along buat kat dia, along rasa menyesal sangat. Sesangat-sangatnya. Along berjanji yang along akan jaga adik-adik along sebaik-baiknya walaupun along terpaksa berkorban nyawa sekalipun. Sebab itu adalah tanggungjawab along. Biasanya, orang akan fikir apabila seorang ayah meninggal dunia, baru anak lelaki atau anak perempuan yang sulung perlu menjalankan tugasnya bagi mengganti tempat ketua tersebut."

Adam menarik nafas dan melepaskannya sambil menggelengkan kepala.

"Tapi malangnya semua itu salah. Tugas seorang anak lelaki atau anak perempuan sulung tidak pernah berubah bagi menjalankan tanggungjawab mereka. Jika ibubapa mereka masih hidup, maka kurangkanlah beban ibu bapa dengan menjaga adik-adik dengan elok.
Itu yang apa along fikir. Bayangkan kalau along tak jaga angah dengan membiarkan angah mendedahkan aurat angah yang berharga tu.
Itu sudah dikira berdosa kerana tidak menegur angah dan angah ialah tanggungjawab along. Cuba bayangkan abah. Kesian abah jika angah tak tutup aurat. Bayang dosa yang abah kena tanggung. Angah tak kesian kan dekat abah ke? Tapi, nasib baiklah angah ni jenis yang cerdik ilmu agama, cerdik dalam apa-apa jua keadaan.
Memang along bangga dengan angah. Kurang sikit beban abah dan along."

Nokhtah. Fuh, panjang juga ceramah abangnya itu. Sama panjang dengan kesentapan yang telah dicucuk dalam hati ni.

"Hmm, baiklah along. Angah pun sayangkan along. Tak sampai hati angah nak buat macam tu kat abah ngan along. Hurm... Bila diingatkan balik, angah pun rindu Adham. Rindunya dengan budak comel tu." Kata Izzaty sambil tersenyum lebar bila diingat balik kenangannya bersama Adham.

"Adham! Sini, sini!" Terjerit-jerit Izzaty memanggil nama adiknya itu. "Haa... hurm..."
"Alaaa ... Adham dah tak nak main dengan angah ke?" Ditenungnya kakak dia seorang ini. Kemudian dia berpaling ke arah lain.

"Alaaa... Adik... Jomlah main." Dia cuba memujuk adiknya itu tapi usahanya gagal. Mungkin adiknya penat kut.

Muhammad Adham merupakan kanak-kanak OKU sejak lahir. Dia menghidapi penyakit Syndrome Down dan jantung berlubang. Tetapi, semua ahli keluarganya sayang akannya kecuali...

"Woi! Jangan aku kacau aku lah!"

Adam.

Macam-macam kata makian dan cacian disemburkan kepada Adham. Tiada langsung belas kasihan dia terhadap adik bongsunya itu. Sampailah satu hari, tahap kesabaran Adam sudah hilang terhadap adik bongsunya itu.

"DAH LAH! PENAT AKU MARAH KAU TAHU! KAU MEMANG SENGAJA KAN?!!!" Jerit Adam sambil mengangkat tangannya yang bersedia mahu menampar Adham. Tetapi, ada satu tangan menghalangnya.

"Adam!" panggil Dato' Iskandar. Adakah itu tangan ayahnya? Malangnya, bukan. Itu adalah tangan adik keduanya iaitu Nurul Izzaty Nayli.

"Sungguh kalau kau nak tampar hamba Allah yang akan memasuki syurga ini, langkah mayat aku dulu, along. Aku serius." Kata Izzaty dengan tenang. Terdapat senyuman yang sinis apabila reaksi Adam berubah. Adam merentap tangannya.

Dato' Iskandar kagum. Keberanian dan ketangkasan Izzaty memang tak dapat dielakkan. Sungguh dia bangga mendapat anak seperti Izzaty.

"Along... Kenapa kamu benci Adham?" Tanya abahnya.

"Sebab dia cacat, buat malu along je dekat sekolah." tanpa teragak-agak Adam menjawab dengan nada yang geram.

Dato' Iskandar memang menghantar mereka bertiga ke sekolah yang sama memandangkan di sana terdapat sekolah pendidikan khas. Jadi, tidak aneh sekiranya Adham selalu berjumpa dengan Adam memandangkan mereka pulang bersama-sama. 

"Lagi?" Dato' Iskandar cuba mengujinya.

"Hurm... dia selalu kacau along. Lagi apa ek? Itu je kut." kata Adam sambil menguis karpet berbulu bercorak harimau.

"Okay, along. Kacau... Memanglah dia kacau sebab dia budak lagi. Waktu along kecik pun along selalu kacau abah buat kerja. Tapi, abah faham sebab waktu tu along kecik lagi. Jadi... kenapa along tak boleh buat macam apa yang abah buat ? Along kata along nak jadi macam abah." Katanya sambil menjongketkan keningnya yang sederhana lebat itu.

Adam diam tidak berkutik. Ada betul juga kata ayahnya itu. Tapi, Adham tetap menjengkelkan baginya.

"Kalau kau nak tahu, dia kacau kau sebab dia nak rapat dengan kau. Dia nak kasih sayang dari seorang abang bukan setakat kasih sayang dari seorang kakak. Kau faham tak ?! Memang aku tak percaya rupanya ada lagi manusia macam kau ni. Apa jenis manusia kau ni, along ?" Marah Izzaty sambil memeluk adiknya itu. Jarak setahun antara Adam dan Izzaty tidak menghalang dia untuk berkau-aku bersama Adam.
Tetapi, tidak bermakna ...

"Angah... Cakap elok-elok."

Abahnya tidak marah.

--'

"Haih... Yelah... Abah, Angah. Along akan cuba terima Adham. Terima kasih abah. Sebab cuba sedarkan along. Terutama sekali, angah. Kalau angah tak halang along dari tampar Adham tadi, memang lagi satu dosa Along dapat iaitu menyakiti orang istimewa lagi-lagi di sisi Allah. Maafkan along , abah. Dan juga angah. Dan tak lupa juga Adham. Along mintak maaf banyak-banyak dekat Adham ya? Lain kali, along janji along tak buat lagi. Along saaayang Adham." Ucap Adam sambil memeluk Adham. Adham pula seakan-akan tahu sahaja lalu memeluknya kembali.

Hangatnya. Sungguh mengapa aku tidak berbuat begini dari dulu. Aku memohon keampunan daripada-Mu , Ya Allah. Sesungguhnya, aku hampir menyakiti Adham. Mujurlah Engkau menghantar adikku, Izzaty untuk menghalang ku.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now