Bab 4

80 0 1
                                    

Sebulan berlalu, 6 Januari sudah tiba;
Walau merindu, Izzaty pergi jua.

Izzaty melangkah masuk ke Dewan Al-Fateh bersama keluarganya. Dilihat satu persatu sudut dewan tersebut. Semua pelajar kelihatan sibuk mendaftar diri di setiap kaunter. Ada yang masih bermain gajet manakala ibu bapanya menguruskan pendaftaran, ada yang menangis mungkin kerana masih tidak percaya hakikat yang dia sudah masuk ke sekolah ini. Dan banyak lagilah. Mungkin dlm banyak-banyak pelajar, mungkin hanya 10% yang normal reaksinya. Itu apa yang bermain di fikiran Izzaty.

Setelah selesai mendaftar semua perkara, Izzaty dibawa bersama keluarganya oleh seorang pelajar tingkatan 4 yang bernama Siti Aisyah. Izzaty selesa memanggilnya Kak Aisyah.

Mereka meninjau kawasan aspuri dan dorm yang Izzaty akan tinggal. Mereka memilih katil untuk Izzaty dan loker yang sesuai dan berdekatan dengan katilnya.

"Angah ke abah yang masuk asrama ni?" Kata Izzaty dlm hati. Dia hanya menurutkan sahaja apa yang ibu bapanya mahukan. Usai selesai semua, pelajar diberi masa untuk meluangkan masa bersama ibu bapa. Datin Alyah mengajak Kak Aisyah untuk pergi sekali bersama mereka. Setelah beberapa kali cubaan memujuk, akhirnya Kak Aisyah pun bersetuju.

Mereka makan di KFC. Setelah makan, Izzaty mahu memastikan apa yang tidak cukup lagi. Dia ternampak kedai kasut. Baru dia teringat. Selipar aku tak bawa !

Dato' Iskandar membebel pada anaknya. Macam mana barang yang begitu penting lupa dibawa ? Haih... anak dara seorang ni lah kan. Datin Alyah hanya tersenyum melihat telatah anaknya.

Tibalah masa untuk melepaskan Izzaty pergi. Sungguh Datin Alyah tak mahu berpisah, tetapi diikutkan sahaja keinginan anak daranya itu.

"Angah, jaga diri elok-elok nya. Ibu dah bekalkan ubat persediaan kalau apa-apa jadi makan ubat tu ye? Dekat sini kena respect dan hormat orang. Bla bla bla bla..." Dan banyak lagi pesanan buat Izzaty. Dato' Iskandar hanya senyum dan mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh isterinya. Walaupun original from Korea tapi petah berkata-kata. Fyi, Dato' Iskandar berjumpa dan bercinta dengan Datin Alyah Hong di Korea.

Okay, cut that story. Setelah bersalaman, berpelukan, berciuman dan bertangisan, ibubapa akan meninggalkan anak mereka di sekolah itu. Ibu bapa Izzaty pergi pada pukul 4:00 petang. Jadi dia mempunyai 30 minit lagi untuk masuk ke asrama.

"Haih... Besarnya sekolah ni. Along ni... aku tak nampak pulak. Haahlah. Diorang ada aktiviti.. Aku pulak nak pergi mana ni?" ngomel Izzaty.

"Assalammualaikum." Seorang lelaki tiba-tiba memberi salam kepada Izzaty. Izzaty yang sedang memerhati kawasan blok pentadbiran terkejut akibat lelaki itu mencuit bahunya.

Izzaty berpusing menghadap lelaki tersebut tetapi malangnya dia hampir terjatuh kerana terpijak kain birunya.

"Ah!" Izzaty menutup mata dan sudah redha dirinya jatuh mencium simen. Tetapi, dia terasa badannya sedang terapung.

Izzaty membuka mata. Perkara pertama yang dia lihat adalah mata lelaki itu yang berwarna coklat cair.

"Ammar?"

Izzaty tersedar. Lelaki itu menyambut lengan Izzaty dan memangku badannya menggunakan tangannya yang sebelah lagi.

Ala, yang macam dalam drama tu. Boleh bayangkan kan?

"Eh! Saya minta maaf!" Izzaty cepat-cepat berdiri dan membetulkan baju dan kainnya.

  "Awak tak ingat saya ke? Yang interview dengan awak tu."

Hah? Mana aku ingat kau. Lainlah kalau kau... "Waalaikummussalam. Kejap. Awak Ammar kan ?" Ammar tersenyum.

Takkanlah tak ingat kalau sampai ketua panel pun kata kami ni adik beradik. Malu dibuatnya. Hanya disebabkan something pasal kitorang yang agak sama , kitorang dipadankan. Haih .. katanya secocoklah apalah. Tapi , aku tengok si Ammar ni senyum aje. Tampar kang. Sukalah tu. Haish.

"Hehe. Ingatkan tak ingat dah. Kita kan adik-beradik." Tersengih-sengih. Ada yang makan pelempang jugak kang. Fikir lawak ke ? Izzaty hanya senyum. "Err ... Kita cakap kau-aku jelah ek ?" Memang Izzaty tak selesa dengan percakapan awak-saya yang terlalu formal baginya itu.

"Eh, apa nama penuh kau ek ? Aku lupalah." tanya Ammar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nurul Izzaty Nayli binti Iskandar Mazlan. Kenapa nak tahu ?"

"Ouh, saje. So sekarang kita dah dikira kawanlah an ? By the way, nama aku Muhammad Ammar Daniel bin Zulkifli."

"Okay, sekarang kita kawan." ujar Izzaty sambil tersenyum manis ke arah Ammar.

Ammar terpana. Cantiknya...

"Erhm erhmm .. Eh, kau rumah apa ?"

"Uranium ke amende tah namanya."

"Aku pun ! Dorm ?"

"BQ 3.4" Ammar terkejut. Adakah ini satu jodoh ? Sungguh dia tak sangka yang dia mempunyai seorang kembar tak seibubapa , seiras dan sebagainya. Wah !

"Kau ? Jangan cakap kau BT 3.4 pulak." Kata Izzaty sambil gelak. "Aku BT 3.4 lah." Tawa Izzaty terhenti. What the ? Sumpahlah ? "Kau jangan main-main. Eh ? Dah pukul 4:30. Aku pergi dulu lah. Bye. Assalamualaikum." Izzaty terus lari ke aspuri. "Waalaikummussalam ! Cinta ... Haha" Ammar pun turut bergegas ke aspura.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now