Bab 14

38 1 0
                                    

"Omg , hensem yott."

"Dia, aku punya. Jangan mengada dengan dia kay ?"

"Dia kelas 4B kan ? Boleh usha lah nanti."

Lelaki itu berjalan ke arah kelasnya dengan pandangan yg boleh memanah hati para srikandi sekolah tersebut.

Walaupun kelihatan dingin,tetapi masih boleh mencairkan hati wanita.

"Assalamualaikum." Lelaki tersebut mengetuk pintu kelas 4B.

Semua mata memandang dia.

Tengku Daniel's POV

Aku masuk dan ternampak satu tempat kosong di sebelah seorang perempuan yang sedang tidur menutup muka.

Aku berjalan ke arah meja tersebut dan meletakkan beg aku. Sebaik sahaja aku duduk , aku terus tidur dengan posisi yang sama seperti perempuan sebelah aku.

Aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku. Sombong ke , kurangajar ke. Mampus. Asalkan aku boleh tidur.

Haih.

Mana tak mengantuk kalau dari malam tadi aku kena bawak motor dari Seremban untuk ke sini ? Papa ni pun satu. Kenapa lah si Ridhwan tu boleh cuti harini. Papa pulak sibuk je dengan kerja dia. Hish ! Mama ? Mama sampai bila pun takleh bawak kereta.

End POV

Izzaty terjaga dari 'tidur'nya. 'Aku pitam lagi ke ?' bisik Izzaty. Dia pandang tepi dan terkejut apabila terdapat satu makhluk Allah yang tetiba tidur di sebelahnya. Dia memandang sekeliling dan membuat muka bingung. Salah seorang dari kawannya menjongket bahu.

"Erm , assalamualaikum , encik. Kau asal duk sini ?"

Daniel buka mata.

Izzaty dan Daniel terkedu.

Bagaimana ciptaan Allah boleh menjadi seindah ini ? Subhanaallah.

"Err."

Astaghfirullahala'zim !

Zina mata !

Dengan sepantas kilat , mereka berdua alihkan pandangan.
Takut dosa !

"Ehem. Aku ulang lagi sekali. Kenapa kau duduk sini ? Dah takde tempat lain ke kau nak duduk ?"

Daniel memandang sekeliling kelas itu. Tiada tempat kosong selain di sebelah perempuan ni.

Daniel menggeleng.

"Hurgh ! Lantak kau lah."

Izzaty menjeling. Mampus dia lah nak duduk mana asalkan jangan kacau aku.
Izzaty buka buku fizik dan teruskan latihan yang tergendala sebelum tidur tadi.
Daniel memerhatikan lagak geri Izzaty. Baru teringat , nama dia siapa ?

Dia tengok pada nametag Izzaty.

'Aina Syafiqah'

Ouh , nama dia Aina Syafiqah ke ? So odd.
By the way,nampak macam kacukan je dia ni. Korean maybe ? Hurm.

Argh ! Buat serabut kepala otak kau je , Daniel. Baik kau sambung tidur balik.

Izzaty memerhatikan sahaja gerak geri Daniel.
'Apahal mamat nih. Scan aku ke yal ?'
Argh ! Mampus. Baik kau sambung balik buat benda ni. Hurgh.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now