Bab 16

74 4 0
                                    

"Izzaty."

Izzaty memusingkan badannya ke belakang. Buku yang berada di tangannya terlepas. Dia menggigil perlahan.

"Am-Ammar..." Izzaty bagaikan tidak percaya yang dia akan bertemu Ammar, walhal Ammar sudah tiada.

Ammar menunduk dan mengambil buku Izzaty yang terlepas sebentar tadi.

"You're wrong, Izzaty. It's Daniel."

Izzaty terpana. Tadi tu halusinasi ke?

"Oh, ya. I'm sorry, Daniel. I was just..."

"Shush, it's okay. Calm down."

Daniel memandang Izzaty tepat di anak matanya. Mata Izzaty sungguh menawan. Tergerak di hatinya sesuatu yang dia tidak pernah rasa.

Apakah perasaan ini? Daniel tertanya.

"Err, a-aku pergi dulu ek, Daniel. Bye."
Izzaty pergi sambil memeluk bukunya. Hatinya sedang berdegup dengan rentak yang tak tentu arah.

Daniel hanya melihat Izzaty masuk ke kelas. Dia memegang dadanya.

"Lajunya kau berdegup. Kenape ni wahai jantung Daniel?" Daniel berbicara dengan dirinya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan organnya yang satu itu.

"Haih."

.

Pada minggu seterusnya, badan unit beruniform, Kadet Polis, mengadakan pemilihan bagi kawad kaki peringkat kebangsaan. Sekolah mereka perlu memilih 2 orang wakil yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Dan begini ceritanya bermula.

"Cikgu nak awak kumpulkan semua ahli pada petang ini. Ada benda cikgu nak bagitahu kamu semua." ujar cikgu Jefry sebagai ketua guru Kadet Polis.

"Baik, cikgu. Errr, boleh saya tahu kenapa?" tanya Daniel dengan hati-hati. Takut disepak oleh cikgu.

"Aip! Nanti saya bagitahu! Dah! Pergi masuk kelas!"

Sudah ku agak perkara akan jadi begini. Haih. Bisik hati Daniel.

Daniel berjalan keluar dari bilik disiplin. Haih, yang kau pergi tanya tu kenapa? Daniel menggeleng perlahan. Putus asa dengan hidup. Hurm.

Daniel berjalan untuk pulang ke kelas dan dalam perjalanannya, dia terlihat seseorang yang sangat menawan berjalan di tengah dataran sambil memegang buku. Cara jalannya begitu lemah lembut. Dunia bagaikan berputar perlahan. Tudungnya mengerbang-ngerbang kerana ditiup angin. Kulitnya yang bersinar saat bertemu dengan cahaya matahari. Secara keseluruhannya, dia memang sempurna untuk dijadikan kekasih hati.

Tetapi, tuannya sangat garang.

Nurul Izzaty Nayli.

Semakin lama dia duduk di sekolah itu, semakin tertarik dia dengan Izzaty.

Dan Izzaty pula semakin garang dengan dia. Hatinya makin keras seperti batu. Nampaknya peluang untuk Daniel mendapatkan hatinya makin susah. Hmm.

Akan tetapi, semua itu tidak menjejaskan apa-apa. Daniel merupakan jejaka idaman Malaya yang bercita-cita tinggi. Dia pun apa kurangnya. Tinggi, pandai, bersukan, kulit putih kemerahan-merahan bak orang putih, kaya dan banyak lagilah. Ape je yang tiada pada Daniel? Katakan.

Daniel tersengih sendiri sambil memegang belakang kepalanya.

Sebijik seperti model.

Dan mulalah...

"OMG! Tengok tu weyh! Abang Daniel sumpah hot do!" jerit seorang pelajar perempuan tingkatan 3.

Dan all girls pun berpusu-pusu keluar dari kelas untuk tengok free show.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now