Bab 6

77 1 0
                                    

"Erm ... kejap Walid. Saya rasa saya salah dengar kut. Boleh Walid ulang balik ?" Ummi seperti tidak percaya. Bukan dia seorang malah Izzaty dan Piqa pun sama. Baru tingkatan satu , dah boleh wakil sekolah ? Dalam pertandingan besar macam tu ? Wahh ... besar sungguh kepercayaan Walid pada mereka bertiga.

"Kamu bertiga akan mewakili sekolah dalam pertandingan debat junior." Jelas betul. Walid menyebutnya satu persatu. Takkan tak jelas lagi. "Biar betul , Walid. Dunia perbahasan ni mana saya mahir." Bantah Izzaty. Bukan dia tak mahu lepaskan peluang keemasan ni , tapi dia tak bersedia lagi. "Disebabkan kamu tak mahirlah kakak dan abang kamu serta walid-walid akan tolong kamu bertiga. Saya pilih kamu bertiga sebab saya rasa kamu berkebolehan untuk berbahas dan berdebat. Faham ? Dah. Keputusan Walid muktamad. Kamu boleh pergi ke bilik redaksi , kat sana ada kakak² dan abang² kamu sedang menunggu kedatangan kamu bertiga. Mari." Walid Rashid melangkah keluar dari biliknya.

"Assalamulaikum." Izzaty orang pertama yang melangkah masuk ... Lagi -.- ... Ummi dan Piqa baru sahaja mahu main ossom. "Baiklah. Tiga orang ini ialah adik² kamu semua. Mereka akan menyertai keluarga kita jadi terima mereka sebagai adik² kamu. Sila perkenalkan diri kamu. Kita nak mula dengan siapa ?" Walid bertanya kepada 'anak-anaknya'.

"Gadis yang bermata hazel dan muka cam orang Korea tu !" Jerit seorang budak lelaki. Izzaty memandang lelaki tersebut. Lelaki itu tersenyum. 'Bulatnya mata dia. Comel !'

Ummi dan Piqa pandang Izzaty. Ya , hanya Izzaty yang muka seperti kacukan Korea. Dan bermata hazel.

"Baiklah , Assalamualaikum. Nama diberi Nurul Izzaty Nayli binti Iskandar Mazlan. Nama yang agak panjang bukan ? Hehe. Saya dari kelas 1 J. Saya ni bukannya macam kakak dan abang sekalian yang pandai berbahas. Saya biasa-biasa saja. Eh , tak. Saya sebenarnya tak mahir pun dalam bidang ini. Oleh itu , saya harap semua di sini dapat menerima kehadiran saya dan memberi tunjuk ajar. Sekian." Semua menepuk tangan. Kemudian diteruskan dengan Piqa dan Ummi.

Selesai majlis suai kenal , Walid Rashid menyuruh mereka bertiga ke bilik multimedia tadi. Walid memanggil 3 orang pelajar untuk mengikut dia.

Izzaty , Ummi dan Piqa duduk di atas kerusi yang disediakan. 3 orang pelajar tadi turut duduk di hadapan mereka.

"Izzaty , Ummi , Piqa. Mereka bertiga ini ialah anak buah kamu. Faham ? Walid dah tetapkan siapa anak buah kamu bertiga. Jadi , lepas ni kamu yang bertanggungjawab untuk jaga dan menolong mereka walau apa-apa yang terjadi." Walid jeda sebentar. "Luqi dengan Izzaty , Ummi dengan Danish dan Piqa dengan Nisya. Abang dan kakak kamu ini ialah abang dan kakak angkat kepada kamu. Tak , sebenarnya boleh dikatakan mentor kamu lah. Sebab diorang yang akan tolong kamu. Jadi, hormati mereka , ya ?". "Baik , Walid." Jawab mereka serentak. "Bagus. Sekarang sesi suai kenal. Walid nak keluar jap , nak tengok apa anak² Walid tu buat. Okay ?" . "Okay."

"Hurm ... Boleh perkenalkan diri kat kitorang ? Tadi , kitorang dah kenalkan diri. So , mesti korang dah tahu kan ?" Izzaty memecahkan kesunyian yang sedang bertapa di situ (?).

"Okay ! Mula ngan aku. Nama akak Nur Nisya Nabila binti Rosli. Akak form 2. Akak dari kelas 2 H. Seperti yang korang tahu , akak mentor Piqa."

"Hai , korang. Nama aku Danish Amri bin Sulaiman. Aku dari kelas 3 B. Aku mentor kepada gadis yang berkaca mata yang bernama Ummi." Kata Danish sambil senyum kepada Ummi. Ummi hanya senyum kembali.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~ Saya Luqman Hakim bin Ahmad. Boleh panggil saya Luqi. Saya kelas 2 F. Saya mentor kepada gadis cantik yang namanya Izzaty Nayli ni." Kata Luqi sambil mengeyitkan matanya. Izzaty melihat Luqi dengan pandangan selamba. Ia seperti mengatakan 'kau fikir aku tergoda ?'  Hati lelakinya tercabar. Cis !

"Err ... Izzaty jangan pelik pulak ya. Si Luqi ni memang macam tu. Asal nampak yang cantik , mahu dipikat. Dia ni playboy. Tak serik-serik kena lempang dengan perempuan agaknya. Haih." Kak Nisya memberitahu Izzaty. "Ohh yeke ? Saya tak pelik pun sebab saya memang tahu dia ni macam ni. Tengok pun dah tahu." Kata Izzaty sambil memandang Luqi yang sedang membuat muka tak puas hati.

Selesai kesemuanya , mereka dibenarkan balik. Izzaty , Ummi dan Piqa jalan beriringan. Tiba-tiba ,

"Izzaty !!!" Aduh ! Bergema satu sekolah. Dahlah suara garau. Siapalah yang panggil aku ni. Izzaty menoleh ke belakang.

Aduhai , nak apa lagi mamat ni. Luqi , Luqi.

"Nak apa ?" Luqi memandang ke arah dua kawan Izzaty itu. Mereka yang seakan faham apa erti pandangan itu terus pergi setelah meminta izin kepada Izzaty.

"Awak-..."

Izzaty memotong kata-katanya terlebih dahulu.

"Luqi , kita cakap kau-aku jelah ye ? Sebab kita beza setahun aje. Lagipun , kau lelaki aku perempuan. Gelilah nak panggil abang ni. Boleh ?" Pinta Izzaty. "Boleh , tapi dengan satu syarat. Kau kena sentiasa berkepit dengan aku dan buat apa yang aku suruh. Faham ?" Luqi menunjukkan jari telunjuk ke dirinya.

"Aku okay , tapi yang aku hairannya asal aku kena berkepit dengan kau ?" Izzaty membuat mimik hairan. "Sebab kau aku punya." Luqi berkata perlahan. "Apa ?" Izzaty tidak dengar kerana ianya terlalu perlahan. "Adalah. Mana boleh bagitahu." . "Ish ! Hurm ... kau nak cakap apa tadi ?"

"Esok waktu prep , datang bilik Walid. Aku tunggu kau kat situ. Ke , kau nak aku jemput kau ? Aku on je." Luqi tersenyum nakal. "Hotak kau nak jemput aku. Tak pasal-pasal aku kena fitnah. Tak payah. Aku boleh pergi sendiri." Izzaty menyampah betul dengan si Luqi ni. Ergh ! Kang tak pasal ada yang makan pelempang malam ni. Nasib baru kenal , kalau dah lama kenal ... ada yang masuk ICU nanti kang.

"Okaylah , aku pergi dulu. Ingat tau esok." Luqi berlari ke aspura sambil melambaikan tangannya. Izzaty hanya lambai tangan dengan muka menyampah. Kemudian , dia balik ke aspuri.

"Aduhai , comelnya ~" Luqi memegang pipinya. Panas. Aku tengah blushing ke ? Uwaaaa ~ Budak tu nak cabar aku agaknya. Macam mana dia boleh tak tertarik dengan aku ? Aku ni kan hensem , bijak dan banyak lagi lah. Haih ...

"Woi !" Danish yang melihatnya dari tadi , pelik dengan perangai Luqi malam ni. "Apahal merah sangat muka kau ni ?" Danish meletakkan tangannya di dahi Luqi. "Panasnya ! Kau demam ke ?" . "Mana ada. Aku ... blushing lah." Luqi jawab dengan selamba. "What the ? Blushing ? Sebab ?" Danish pelik. Hah ! Tak lain tak bukan ...

"Izzaty kan ?" Melihat muka Luqi yang merah lagi tu , nampaknya betul lah tu. Ammar yang mendengar nama Izzaty terus pandang ke arah mereka. "Izzaty ?" Ammar bertanya. Dia duduk di hadapan Luqi dan Danish. Katil Ammar di atas manakala katil Luqi di bawah. Malas nak naik atas , dia duduk di bawah ajelah dulu.
"Ha'ah. Ammar kenal ke ? Jap. Muka korang berdua cam sama aje ?" .
"Ha'ahlah. Kembar ke apa ni ?"

Ammar tersenyum. Dah lama tak dengar orang cakap macam tu. "Boleh dikatakan camtu lah. Kembar tak seibubapa." . "Boleh pulak macam tu. Apalah." Luqi tergelak. Danish pun sama.

"Urm ... Macam mana abang boleh kenal Izzaty ?" Luqi dan Danish saling berpandangan. "Izzaty ahli terbaru Keluarga Debat. Dia memang berpotensi untuk berdebat dan berbahas. Abang sendiri yang tengok. Sumpah gerun." Danish menjawab persoalan Ammar. Ammar membuat bentuk 'o' ...

Abang Luqi suka Izzaty ke ? Tak pun ... Abang Danish ?

Mana boleh ! Izzaty saya punya !

Esok ... Family meeting ...

Agaknya diorang terkejut tak ? Entah-entah bukan terkejut tapi happy sebab satu family dengan Izzaty.

Haih ... taknak fikir pasal tu.

Baik tidur dulu. Selamat malam , dunia ...

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now