Bab 9

41 1 0
                                    

Shafiq P.O.V

Aduhai , takutnya. Nak masuk ke tak ? nak masuk ke tak ? Haih , masuk jelah.

Masuk je terus buat muka terkejut. Alahai , asal kau cmni , Shaf ?

Macam mana tak terkejut ? Musuh lama dan orang yang disukai itu berada di sini. Dan orang itu ialah Nurul Izzaty Nayli !

End P.O.V

"Shafiq ?" Tanya Izzaty separuh berbisik. "Apa pandang-pandang ? Ada hutang ?" Ujar Shafiq separuh berbisik juga.

Ya Allah ! Menyampahnyaaa !

Izzaty mencebik. Luqi yang menonton adegan itu terus mendekati Izzaty.

"Siapa tu ? Kau kenal ke ?"

"Of courselah kenal. Musuh lama. Tapi hakikatnya dia suka aku."

"Huh ?"

Flashback

"Eh ? Baju siapa ni ?" Tanya Izzaty di dalam hati.

"Buang jelah." Izzaty mengambil baju itu lalu meletakkannya ke dalam tong sampah.

Dahlah kotor , detik hatinya.

"Assalamualaikum. Eh , mana baju aku atas meja ni ?" Tanya Shafiq pada Emran , kawan sekelas mereka.

"Aku nampak Izzaty buang kat tong sampah tadi."

"Apaaaaa ?!!!"

===========================
"Mana beg aku , Alia ?" Izzaty perasan begnya tiada di kerusinya seperti biasa.

"Aku nampak ada budak bawak keluar tadi. Aku ingatkan abang kau , aku biarkan jelah. Kenapa ?"

"Abang aku mana datang sekolah harini. Dia ada temujanji kat hospital."

Haish , jantan mana yang ambil beg aku nih ? , tanya hatinya dengan geram.

"Weyh ! Zaty , Zaty !!!" Emran memanggil nama Izzaty dengan kuat sekali. Sudahlah waktu persekolahan petang dah nak dekat. Ustazah pun dah nak sampai.

"Apa ?"

"Beg kau !!"

"Apahal ngan beg aku ? Cakap bagi clear sikit boleh tak ?" Geram betul hatinya dengan mamat sorang nih.

"Beg kau kat Shafiq. Dia nak buat something kat beg kau."

"Apaaaa ?!!!"

===========================
"Muhd Shafiq bin Johan !!!!!!!!"

"Allahuakbar ! Siapa yang menjerit tu ?" Ustazah Hidayah terkejut. Apahal pulak ni ?

"Kau bagi balik beg aku !" Izzaty menetap giginya dengan kuat.

Geramnyaaa ! Apa masalah pulak mamat ni nak gunting beg aku ?

"Kau buang baju aku dalam tong sampah. Kau pikir aku takkan bertindak. Huh ?"

"Ya Allah ! Bawak mengucap , Shafiq , Izzaty." Ustazah Hidayah menenangkan muridnya.

"Baju kau ? Sejak bila pulak aku..." Baju dia ke yang kat atas meja aku haritu ? Hadoi , manalah aku tahu. Haish !

"Hah ! Aku apa ?" Tanya Shafiq.

"Halah , manalah aku tahu tu baju kau. Aku nampak cam kain lap lantai sebab tu aku buang. Lagipun , siapa suruh letak atas meja aku ? Aku dahlah pantang ada benda orang lain atas meja aku."

"Hurm ... Izzaty tak tahu baju tu kamu punya. Maafkanlah dia , Shafiq. Bagi balik beg tu." Pujuk Ustazah Hidayah.

"Tahu tak baju tu aku nak simpan sebab tu lah satu-satunya baju yang arwah ibu aku bagi. Walaupun baju tu kotor macam yang kau cakap tu , aku masih tetap nak simpan." Luah Shafiq dengan sedih.

Kemarahan Izzaty hilang begitu sahaja. Ya Allah , apa yang aku telah buat ? Astaghfirullahala'zim ! Aku telah melukakan hati seorang anak yatim. Ampunilah diriku ini , Ya Allah !

"Err ... Shafiq ... Aku mintak maaf. Aku salah sebab buang baju tu tanpa usul periksa terlebih dahulu."

"Betul kau mintak maaf ni ?"

Izzaty tersenyum. "Betul lah."

Shafiq tersenyum juga. "Okay. Aku maafkan. Aku pun nak mintak maaf gak."

"Aku maafkan."

Shafiq dan Izzaty saling berpandangan.

Ustazah Hidayah lega.

Keadaan kembali tenang.

Sebulan kemudian ...

Keadaan di sekolah semestinya bising. Tetapi , kali ini ... Senyap. Tiada murid yang jerit-menjerit , ejek-mengejek , menangis dan sebagainya.

Cuti sekolah sebenarnya sudah pun bermula sebab itulah tak bising.

Di dalam kelas 6 Bestari , terdapat seorang murid lelaki dan murid perempuan.

"Kau nak apa ? Sampai suruh jumpa dlm sekolah bagai." Izzaty semakin rimas kerana dari tadi Shafiq hanya berdiam diri sahaja.

Shafiq seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi dia hanya berdiam diri sahaja.

Ya Allah , kau nak kena penyepak dengan aku ke Shafiq ?

"Aku suka kau." Shafiq memandang tepat anak mata Izzaty.

"Huh ? Jap.. Apa su- ?"

"Suka. Aku memang betul-betul suka kau."

Shafiq ... suka aku.

Kau ? Suka Shafiq ke ?

Tak.

Jadi ? Cakaplah.

Aku .. tak sanggup.

Cakap je. Dia akan okay punya.

"Aku ... Anggap kau macam kawan je selama ni. Kawan takpun musuh. Tak sangka pulak kau suka aku." Entah dari mana kekuatan untuk meluahkan itu datang.

"Oh , okay. Takpe lagipun aku dah luahkan. Rasa yang aku tanggung selama ni dah ringan sikit." Shafiq senyum. Jelas sekali , senyuman itu plastik. Shafiq terluka.

"Aku mintak maaf weyh. Aku tak berniat nak lukakan hati kau tapi itu yang aku rasa. Aku tak suka hipokrit. Sorry , man. I'm sure you will find someone who better than me. Aku pergi dulu tau. Bye." Izzaty terus melangkah keluar dari kelas.

Shafiq terduduk. Tiada yang lebih baik dari kau , Izzaty.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now