BAB 7

60 0 4
                                    

Setelah bangun tidur , dia mencapai baju dan tualanya. Baik cepat sebelum ramai orang. Nasib baik , pagi ni tak ramai lagi. Mandi cepat !

Usai solat Subuh , Izzaty naik kembali ke dorm. Hendak bersiap. Itulah rutin hariannya kini. Kalau dulu , lepas solat Subuh tidur sekejap. Baru pergi sekolah.

"Perhatian kepada semua pelajar aspuri , sila kosongkan dorm anda dalam kiraan ... 10 !!!"

Tutup loker.

9

Lupa nak amik dompet ! Bukak balik

8

Tutup loker.

7

Amik beg , pakai kasut pvc.

6

Lupa bukak tingkap ! Bukak cepat !

5

Baru sampai tangga , lupa nak amik sampah.

4

Amik sampah then lari ke tangga

3

Lari sambil turun tangga.

2

Baru sampai bawah.

1

Dah lepasi pagar aspuri. (+_+)

"Fuh ! Nasib sempat ! Kalau tak , dah kena dimerit tadi. Penatnyaaaaa ..."

"Hai , awak." Seorang senior menegurnya. Macam pernah nampak akak ni. Kat mana ya ?

"Hai ... siapa akak ek ?" Izzaty menggaru kepalanya yang ditutupi dengan tudung itu.

"Laa tak ingat ke ? Ni Kak Zu lah. Yang semalam tuh."

"Kak Zu ? Ohh !! Sorry sorry , tak ingat. Hehe." Izzaty , kau malu sendiri ...

"Ni nak pergi mana ni ? Nak pergi kelas ke ? Jom jalan sama-sama." Ajak Kak Zu atau namanya Siti Zulaikha. Kak Zu merupakan Kak Long dalam Keluarga Debat.

" Bolehlah, jom."

Setelah keluar dari perkarangan aspuri , mereka pergi ke koperasi dahulu. Nak beli sarapan , maklumlah pagi tadi tak sempat pergi DM.

Semua mata tertancap pada dua orang itu. Pelajar perempuan berbisik antara satu sama lain. Izzaty memandang mereka pelik. Baju aku kedut sangat ke ? Ada pape kat muka aku ke ? Comot ke ?

"Kak Zu ... kenapa semua pandang nih ? Ada pape ke ?" Tanya Izzaty. "Hahaha. Mana adalah ... kan kamu tengah berkepit ngan akak ni." Kata Kak Zu lagi. "Hah ? Tak fhm lah ..."
"Takkan kamu tak ingat akak kut ? Haritu waktu orientasi kan dah kenal." Hah ? Kejap ! Takkanlah ...

"Akak TKU kan ? Patutlah ramai pandang kita ..."
*Timbalan Ketua Umum

"Alaa ... chill lah. Akak bukan kisah semua tu pun. Akak sendiri kan yang ajak awak tadi so apa yang nak di takutkan sangat. Pasal kena kecam ni biasa. Yang penting kita jangan terlalu kisahkan sangat diorg tu." Ujar Kak Zu lagi. Wah , hebatnya Kak Zu.

Selesai bayar mknn mereka , mereka pergi ke kelas masing-masing setelah ber'bubye' tadi. Masuk aje ke kelas ...

"Izzaty !!"

"Oh Mak kau ! Kus semangat ... asal jerit-jerit ni ? Tak leh panggil elok-elok ke ?" Bebel Izzaty sambil berjalan dan duduk di tempat nya. Dia pandang tempat duduk di sebelahnya. Tak sampai lagi dia ni ...

"Weyh tadi aku nampak kau jalan ngan Kak Zu. Kamcheng gila aku nmpk. Siap gelak-gelak lagi."

Dah mula dah paparazzi nih ... nnti kang semua familyrazzi dtg ...

"Weh Izzaty .."

"Izzaty ..."

"Izzaty Nayli ..."

Kan ? Baru je cakap tadi.

"Hish !! Dahlah ! Dah gi turun fall-in. Korg ni menyibuk je hal org. Biarlah orang nak rapat ngan sape pun ! Hurgh !" Izzaty terus keluar dari kelas dan pergi ke dataran sekolah utk fall-in.

Mood untuk fall-in menghilang begitu sahaja. Baca doa pun nak taknak je. Kenapalah diorg buat perangai tadi. Haih ...

Usai fall-in , Izzaty naik terus ke kelas. Beberapa orang pelajar pergi ke kantin untuk membeli sarapan.

"Haih ..." Izzaty mengeluh.
"Kau kenapa mengeluh pagi-pagi ni ? Nanti rezeki tak masuk baru tahu." Bebel Ammar yang baru meletakkan beg sekolahnya di kerusi.

"Takdelah. Tadi , familyrazzi kacau aku. Pantang betul aku ngan diorg tuh. Macam nak tampor je muka sorang2." Luah Izzaty dengan gayanya yang seakan mahu menampar Ammar.

Ammar yang terkejut tu trus memarahnya. "Aduh , kau ni buat aku terkejut je."

"Hurmm ... Kau dah siap kerja Matematik ?" Tanya Ammar. "Dah. Kenapa ?" Tanya Izzaty kembali.

Nak pinjam ler tu. Takde maknanya aku nak bagi kat kau , detik hatinya.

"Nak pinjam." Sambil membuat muka yang dia pikir comel tuh , Ammar menghulurkan tangan kepada Izzaty.

"No way. Kalau kau suruh aku ajar , takpe. Ni nak suruh aku bagi buku kat kau , nak mintak pelempang lah tu namanya." Sambil mengeluarkan buku-buku Geografi dari lokernya kerana masa pertama pada hari ni ialah Geo.

"Alaaa ... Izzaty ~" Ammar merayu lagi. "Tak boleh."
"Izzatyyyy"
"No."

"Okay fine ! Aku akan ...."
"Akan apa ?"
"Akan suruh kau ajar aku." Akhirnya Ammar terpaksa menyuruh Izzaty mengajarnya memandangkan dia tak boleh tiru buku matematik Izzaty.

Takpelah at least kalau dia ajar aku nnti hubungan kitorang jadi rapat. Hoho. Bisik hati Ammar.

"Haa ... Ni baru betul. Kalau kau nak aku ajar takpe tapi nak meniru tu paling pantang ah aku." Kata Izzaty sambil mengeluarkan buku matematik dari beg galasnya.

"Okay ... Ni macam ni. Kau tambah benda ni then bla bla bla."

Ammar merenung muka Izzaty. Satu patah perkataan yang diajar oleh Izzaty tak masuk langsung. Ammar terpegun dengan kecantikan ciptaan Allah ini.

Warna matanya yang hazel , bibir yang merah merekah tak terlalu nipis , tak terlalu tebal. Bulu mata yang panjang tapi tak lebat dan kulitnya yang putih menggoyahkan nafsu lelakinya.

Astagfirullahala'zim ! Ammar , kau buat apa ni ? Zina mata dan hati ! Aiman Banna tak ajar kau jadi macam ni ! Dia kan dah ajar kau dalam buku Infiru.

Ammar memandang tempat lain. Tiba-tiba dia menggigil. Dia ternampak sesuatu di penjuru kelas tersebut.

Sesuatu yang agak hodoh. Tak , sebenarnya memang hodoh. Dan ... kotor.

Apa ... benda tu ?

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now