Bab 10

41 1 2
                                    

"Ayahanda ingin mengucapkan sekali lagi selamat kembali ke sekolah. Wabillahitaufik wal hidayah , wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Semua pelajar memberi tepukan kepada ucapan pengetua kerana memang begitu pun kebiasaannya.

Sebaik sahaja semua pelajar diarahkan keluar dari dewan , nama seorang pelajar aspuri disebut.

"Perhatian kepada Nurul Izzaty Nayli , sila hadirkan diri anda ke rosrum pengacara majlis sekarang."

Izzaty P.O.V

"Apa ?! Pindah sekolah ?! Kenapa Angah yang kena pindah ? Kenapa tak Arif yang pindah dekat sekolah Angah ?" Lancar sahaja mulut ini bertanyakan soalan-soalan itu.

Mataku semakin kabur. Dan dunia ini terus gelap.

Hidup aku kian musnah. Bertunang dengan orang yang aku benci. Arif Rykal , tunangku merangkap sepupuku juga.

Tahun ini aku sudah berumur 16 tahun. Memang perangai aku semakin berubah. Daripada gadis yang ceria dan banyak cakap kepada gadis yang pendiam dan misteri.

Sejak bila ?

Sejak aku kehilangan seorang kembar. Kembar tak seiras ku. Muhammad Ammar Danial. Duniaku semakin gelap tanpa dia. Walaupun bukan darah daging tetapi dialah tempat aku meluahkan segalanya. Dialah orang yang mengajar aku untuk mengenal Tuhan dengan lebih mendalam. Tetapi , nampaknya Allah lebih sayangkan dia. Ammar yang mengajar aku tetapi dia yang pergi dahulu. Jahat ! Aku benci kau !

Air mataku jatuh secara tiba-tiba. Aku tak tahu air mata ini untuk apa. Samada aku sedih kerana pindah sekolah atau disebabkan Ammar.

Ya Allah , kau kuatkankah diri ini.

"Izzaty ..."

Suara ini ... Aku mencari pemilik suara ini. Aku pusing ke belakang dan ...

Ammar sedang tersenyum ke arahku.

"Jangan bersedih. Aku sentiasa bersama kau. Jangan sia-siakan air mata kau untuk aku. Sedekahkan Al-Fatihah untuk aku pun cukup memadai. Ingat ni. Aku sayang kau. Aku pergi dulu."

Ammar !! Aku ingin berlari ke arah Ammar tetapi badanku tak mampu bergerak.

Menangis ... Itu sahaja yang aku mampu. Al-Fatihah ku baca di dalam hati. Tersedu-sedan ku disitu.

Mataku terbuka. Air mata masih membasahi pipi. Cahaya lampu menyakitkan mataku. Ku lihat di sebelah ku terdapat ibu bapaku yang sedang memanggil namaku. Aku tutup mataku semula. Terasa benci melihat muka semua orang sekarang. Tiada siapa yang faham akan perasaanku.

Semakin deras air mata ku mengalir. Tiada bunyi esakan yang keluar. Hanya air mata.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now