Bab 8

48 1 1
                                    

Ammar merenung ke arah makhluk itu. Makhluk itu memandangnya dan tersenyum sinis dan terus lenyap.

Ammar terfikir spesies apa makhluk tersebut. Nampak macam gorila ... Haih , biar jelah.

Selesai 'belajar' dngan Izzaty , Puan Adibah selaku guru mata pelajaran Geografi masuk ke kelas dengan kipas tangan kesayangannya itu.

"Assalamualaikum , cikgu." Ammar memberi salam dan diikuti dengan pelajar lain.

Sesi pembelajaran bermula seperti biasa. Ammar memandang Izzaty lagi. Ditenung wajah itu dengan tajam. Wajahnya putih bersih , bulat. Matanya yang berwarna hazel dan bulat. Bibirnya yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis itu membuat hati lelakinya goyah. Dahlah merah nampak mcm warna strawberi. Mesti sedap ...

Astagfirullahalazim , Ammar ! Janganlah zina mata lagi !!

Izzaty yang perasan wajahnya ditenung oleh Ammar terus memandangnya.

"Apa kau nak ?" Tanya Izzaty sambil menyalin nota Geo yang diberi oleh Puan Adibah.

"Err ... aku nak tanya."

"Tanyalah."

"Kau memang kacukan Korea ke ?"

"Yup."

"Ikut siapa ?"

"Mak aku."

"Apa nama mak kau ?"

Eh , banyak tanya pulak mamat ni. Ku cepuk karang. Hurgh , layankan ajelah.

"Nurul Alyah Hong." Sengaja dia tak sebut pangkat ibunya itu. Tak mahu dicop sebagai orang yg riak. Huhu

"Ohh ... patutlah kau cantik." Ujar Ammar perlahan. "Hah ? Apa dia?" Tanya Izzaty lagi walaupun suara Ammar sudah cukup kuat utk didengari oleh Izzaty. "Eh ! Takde pape pun. Hehe". 'Kau tipu. Kau cakap aku cantik. Kau ... ada perasaan kat aku ke ?' bisik hati Izzaty.

Petang itu seperti yang dijanjikan , Izzaty mahu pergi ke bilik multimedia. Dalam perjalanan ke bilik multimedia yang berada di tingkat atas pusat sumber , dia telah terlanggar seseorang. Habis bertaburan kertas orang tu. Bila tengok balik , lelaki ! Halamak , habis aku kena kecam ...

"Sorry sorry tak sengaja." Izzaty tunduk untuk mengambil kertas-kertas tersebut tetapi ...

Auch !

Izzaty mengusap kepalanya. Mujur tak kena dahi , tak pasal-pasal tambah dosa kang.

"Sorry ... terkena." Lelaki itu meminta maaf. "Takpe saya yg salah."
Selesai mengutip kertas tersebut , Izzaty memulangkannya kembali. "Nah , saya-" Kata-kata Izzaty terhenti apabila sepasang mata milik lelaki itu merenungnya. Hati lelaki itu bergetar apabila mata mereka bertemu. Jantungnya tidak dapat dikawal lagi. "Ehem. Abang Nabil ..." tegur Izzaty.

"Ah ? Ah iya ? Kenapa ?" Nabil , asal kau kalut sangat ni ? Malunyaaa ...

"Ni ... saya mintak maaf. Saya pergi dulu ya ?" Ujar Izzaty lagi.

"Err okay. Eh kejap !"

"Ya ?" Izzaty berhenti seketika. "Macam mana tahu nama abang ?". Izzaty tersenyum.

"MSR lah. Bye !" Izzaty berlari-lari anak untuk pergi ke bilik multimedia. Mujur dia pakai baju sukan harini.

"Bye !" Nabil tersenyum sendiri. Jantungnya masih berdegup laju. Kau perempuan pertama buat hati aku macam ni.

Nabil berjalan menuju ke kelasnya iaitu 4R. Dia berjalan sambil tersenyum mengingatkan situasi tadi.

"Hey , Nabil. Apa senyum sorang-sorang nih ? Jumpa awek comel ke ?" Usik Akmal.
"Kau ni jawatan je BADAR tapi perangai nokharom." Tegur Nabil. "Ala , chill lah. Iman aku kuat tahu ?" Akmal dan Nabil gelak sahaja.

Sampai di dalam kelas , mereka berdua duduk. Akmal duduk bersebelahan dengan Nabil. Dapatlah diorang gosip-gosip sikit. Dah macam perempuan. Ahaks gitu.

"Weh , tadi aku terlanggar seorang budak ni. Form 1. Cer teka siapa ?" Tanya Nabil sambil menjongketkan keningnya.
"Hurm ... Faryz ? Omar ?" Akmal meneka. "Ish kau ni. Perempuan lah." . "Astagfirullahalazim. Perempuan ? Halamak , patutlah senyum sorang-sorang tadi. Hati terpaut pada seseorang rupanya." Kata Akmal sambil tersengih-sengih.

"Mana ada ! Kau ni cepat sangat judge orang." Kata Nabil sambil mengeluarkan buku Fizik.

"Eh ! Asal muka merah sangat ni ? Kau demam ke Nabil ?" Tanya Nabiha selaku penolong ketua kelas tersebut. "Hah ? Mana ada lah." Nafi Nabil sambil memegang pipinya. Hangat ...

Tapi , apa nama dia ek ? Aduh , tadi lupa nak tanya lah. Takpelah , lain kali jumpa terus tanya , okay ?

BILIK MULTIMEDIA

"Hah , kerja apa yang aku kena buat ni ?" tanya Izzaty sesudah sampai di bilik tersebut. "Alaa ... kau ni chill lah. Semangat betul." ujar Luqi.

Izzaty mengendahkan kata-kata Luqi itu. Makin dilayan makin gila Izzaty. Dia berjalan ke arah Nisya yang tekun melakukan research bersama Piqa. Wah , macam best je buat benda ni , detik hatinya.

Dia memandang ke arah Luqi yang sedang menonton  bola sepak. Aduhai , bila aku nak start belajar buat research ni ?

"Assalamualaikum ... Anak-anak Walid sihat ?"

Hah , kau. Terpelanting headphone yang dipakai oleh Luqi. Takut kena marah dengan Walid lah tu. Bluek , padan muka.

"Waalaikummussalam,Walid. Sihat , Alhamdullilah." Jawab Izzaty sambil menjeling ke arah Luqi yang sedang menutup youtube yang dibukanya tadi.

"Hah , Luqi. Apsal kalut sangat nih ?" Tanya Walid Rashid apabila terlihat kekalutan Luqi menutup sesuatu di komputernya.

"Haha ! Takde pape lah , Walid. Ni saya tengah ajar Izzaty ni cmne nak buat hujah. Hehe."

Hujah kepala hotak kau , detik hati Izzaty.

Izzaty memandang seseorang di belakang Walid Rashid. Macam kenal je muka tu.

"Hah , kenalkan ini Muhd Shafiq  . Dia akan turut serta dengan kita."

Allahuakbar !

Lelaki tak guna ni lagi ?!

Semoga Allah memberikan aku kesabaran yang tinggi untuk menghadap lelaki ini.

Huh !

Ada cabaran lebih besar di sini !

Fighting , Izzaty !

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now