Bab 12

43 1 0
                                    

"Dah."

Hubungan Izzaty dan ibu bapanya semakin renggang akibat lelaki itu.

Arif Rykal ... Aku benci kau !

Katanya , Arif ini memang baik lah , 30 juzuk dlm dada lah dan sebagainya. Kesimpulannya , memang boleh dijadikan sebagai calon suami lah , katanya.

So ? Kisah pula aku kalau dia perfect pun ? Aku tak nak kahwin dengan dia.

"Angah macam mana ? Dah okay dah ?" Tanya Datin Alyah. Rindu betul dia dengan anak perempuan tunggalnya.

"Alhamdullillah. Okay dah ni. Tengah tunggu keputusan pemeriksaan tadi." Izzaty memberikan senyuman kepada ibunya.

"Apapun , thanks sebab jaga Izzaty. Kalau takde awak berdua disini , entah nak atau tidak si Izzaty ni bangun dari tidurnya yang lama." Ujar Arif sambil membongkokkan badannya sedikit sebagai tanda terima kasih kepada Ummi dan Piqa.

"Eh , sama-sama. Jangan risaulah. Kami berdua ni sahabat Izzaty. #Buddyz4ever. Kalau seseorang dlm kesusahan , mmg wajarlah kami membantu orang tersebut. Betul tak ? Hehe." Ujar Piqa.

Arif tersenyum lega.

"Ya Allah , hensemnya dia ni !" Bisik Piqa pada Ummi.

"Kan ? Kenapalah Izzaty tak nak kahwin dengan dia ? Fizikal and mental dia dah perfect kut ! Dah lah sweet aje suara dia !" Bisik Ummi pada Piqa pula.

Izzaty pula menjeling mereka berdua seakan memberitahu aku-dengar-lah-tak-guna !

Tok ! Tok ! Tok !

"Assalamualaikum. Semua ni keluarga kepada Izzaty ke ?" Tanya Doktor Naim sebaik sahaja menjejakkan kakinya di dalam bilik tersebut.

"Ya."

"Er ... Sebenarnya saya ada dua berita. Berita baik dan berita buruk." Ujar Doktor Naim dengan berhati-hati.

"Boleh saya dengar berita baik dulu ?" Tanya Datin Alyah. "Berita baiknya adalah , hari ini Izzaty sudah pun boleh discharge."

"Alhamdullillah ..." Semua di dalam bilik tersebut mengucapkan syukur pada Yang Esa.

"Tetapi , berita buruknya , semua jangan terkejut ya ? Tadi kami membuat pemeriksaan semula pada darah Izzaty dan kami kesan sesuatu yang pelik. Kami beranggapan bahawa itu adalah sel kanser.
Tetapi melihatkan keadaan Izzaty yang sihat ini , perkara ini tak mungkin berlaku tetapi tidak mustahil juga. Betul tak ? Perancangan Allah Ta'ala kita tak tahu kan ? Jadi , Izzaty dikehendaki untuk pulang semula ke hospital pada 10 November ini untuk pemeriksaan lanjut."

Datin Alyah hampir pengsan.

Arif ternganga.

Ummi dan Piqa hampir menangis.

Izzaty ?

Rilek lah brader ... Belum sure kan ? Hehe !

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now