Di Korea, terdapat peraturan yang berlaku di semua hospital. Ketika pesakit masih hidup, gelang berwarna putih diikatkan di lengan kanan mereka. Gelang itu berisi nama pesakit serta info2 yg lain.
Namun ketika pesakit meninggal, gelang itu dilepas dan digantikan dengan sebuah gelang merah yang diikatkan di lengan kiri sebelum mayatnya dibawa ke bilik mayat.Kisah ini terjadi pada seorang doktor,iaitu Chen yang sedang shift malam di sebuah rumah sakit.
Dia akhirnya menyelesaikan shift malamnya pukul 2 pagi dan merasa sangat lelah.
Hospital tampak sangat sunyi disebabkan pada jam 2 pagi, tentu semua pesakit sedang terlelap dan sebahagian besar jururawat juga telah pulang.
Dia menyalakan lift dari lantai lima untuk turun ke tempat parking, dimana keretanya diparking. Di dalam lift hanya tampak seorang wanita tua.
Dia berdiri di samping wanita tua itu, yang tampaknya juga ingin turun di kebawah .
Begitu lift mereka sampai di bawah , pintu lift terbuka dan tampak seorang lelaki berpakaian putih.
Wanita yang tadi bersamanya hendak keluar dari lift.
Chen melihat sesuatu di tangan lelaki itu. Segera dia menarik wanita yang tadi bersamanya kembali ke dalam lift. Dengan panik dia menekan tombol ke tingkat lima dan pintu lift pun tertutup.
"Hei, awak ni kenapa?!" wanita itu tampak marah kerana Chen menariknya masuk kembali.
"Awak beruntung saya tidak membiarkan anda keluar."Ujar Chen. "Awak tak tengok ke, di tangan kiri lelaki tadi ada gelang merah? Maksudnya dia sudah meninggal!"sambung Chen lagi.
"Gelang merah?" tanya wanita itu sambil menunjukkan tangan kirinya.
"Maksud awak macam ni?"***
For readers yg request Chen :')
YOU ARE READING
Creepy K-idol
HorrorCreepy yg mengarut,creepy yg merepek,creepy yg gila.Menggunakan K-Idol sebagai cast.Sukati kau ah nak baca ke tak. Berdasarkan dari idea saya, mimpi saya,mimpi kawan saya,keluarga saya,pengelaman sendiri,copy paste dan lain2.Kebanyakkannya menggunak...