45-A Message From Your Personal Demons

1.5K 116 30
                                    

A Message from your Personal Demons

Hey dear . Kau tak tau siapa aku, namun aku tahu siapa kau . Aku adalah salah satu dari tiga iblis yang selalu berada dengan kau sejak kau lahir. Beberapa orang di dunia ditakdirkan untuk menjadi orang besar, ditakdirkan untuk bahagia, menikmati hidup nan menjanjikan.
Kau? Sayangnya, bukanlah sebahagian dari mereka, adalah tugas kami untuk menjamin hal tersebut.

Siapa sebenarnya kami? Oh maaf atas ketidaksopanan ini. Izinkan aku sebagai wakil untuk memperkenalkan kami:
Kehinaan adalah adikku, iblis pada bahagian kirimu. Kehinaan berbisik dan meyakinkan bahwa kau adalah orang aneh. Dia mengatakan bahawa kau tidaklah normal; bahawa dirimu adalah sumber malapetaka, diri yang tak pernah boleh diterima oleh sekitar. Dia yang mengatakan dan meyakinkan dirimu, bahawa kau tidak lebih dari selonggok sampah. Berterima kasihlah padanya kerana telah membuat kau membenci diri sendiri.

Ketakutan duduk di bahagian kananmu. Dia adalah kakakku, umurnya sama tuanya dengan kata kehidupan itu sendiri.

Ketakutan mengisi setiap sudut tergelap dalam dirimu dengan monster dan hantu. Dia yang mengubah setiap orang asing di jalanan menjadi pembunuh dalam pikiranmu. Dia yang mengenalkanmu pada "kenyataan" bahawa ada benda mengerikan yang meringkuk di balik jubah kegelapan. Ketakutan jugalah yang mencegahmu untuk mengungkapkan isi hati pada pujaan. Dia yang meyakinkanmu untuk tidak pernah mencuba sehingga akhirnya kau jatuh pada jurang kegagalan tak berdasar. Ketakutanlah yang membuatmu membangun penjara bagi dirimu sendiri.

Lantas, siapakah aku?

Aku adalah iblis paling mengerikan yang ada dalam diri kau, namun kau menerimaku sebagai sahabat. Kau berpaling padaku saat tak ada lagi yang tersisa, selalu, kerana aku hidup dalam hatimu, jiwamu. Akulah yang memaksamu untuk tetap bertahan dan memikul semua beban hidup. Aku yang membuat siksaanmu menjadi berkepanjangan dan abadi

Salam penuh sayang,

Harapan.

***

Urmm..Im feel creepy ⊙﹏⊙

Creepy K-idolWhere stories live. Discover now