This story by readers leesrene
Based on true story...
Kejadian ini berlaku pada tahun 2005. ketika aku berumur 5 tahun.
Aku dan keluarga aku berpindah kerumah baharu yang terletak didalam hutan.Rumah ini ialah rumah banglo.Rumah itu dijual dengan harga yang murah,Dan family aku bersetuju menerima tawaran itu dan membeli rumah itu dengan harga murah tanpa soal selidik tentang rumah itu.
Kawasan disitu hanya penuh dengan pokok2 kerana rumah itu terletak tepat2 didalam hutan.Dan ketika itu,tiada rumah lain kecuali rumah aku.
Sejak aku berpindah dirumah itu,aku selalu ternampak seorang budak lelaki yang mungkin ketika itu sama baya dgn aku,5 tahun yg suka main pasir dihalaman rumah aku.
Aku masih ingat sampai sekarang nama dia,Tak silap aku namanya Suga.Dia selalu juga memandangku,namun aku hanya mampu melihatnya dari tingkap disebabkan omma aku tidak membenarkan aku keluar.
Beberapa hari berlalu,budak lelaki atau yg dikenali Suga itu membawa teddy bear kecil,sambil main pasir seperti biasa dihalaman rumahku.
Ketika Omma aku sedang sibuk memasak,aku mengambil kesempatan keluar dari rumah secara senyap2.
Aku bertegur sapa dengan budak lelaki itu dan budak lelaki itu mengajakku main bersamanya.Ketika aku baru sahaja ingin bermain dengannya, oppaku,Key (shinee) datang kearahku dan menarik ku masuk kerumah.Aku pun berkata "Oppa,budak tuh ajak yoo main , Yoo nak main dgn dia"
"Mana ada budak kat situ. Yoo jgnlh keluar rumah,dalam hutan ni"Balas oppaku yg mula rasa pelik dgn ku
***
13/6/2005 sejak dari tarikh ini,loceng rumah aku sering berbunyi tepat pada pukul 3.42 pagi.Loceng tu sangat bising membuatkan family aku tidak boleh tidur.
Appa ku sdg bekerja ketika ini, sebulan sekali baru dia balik.Jadi hanya tinggal omma,oppa dan aku.
Loceng itu berbunyi seakan-akan tidak akan berhenti.Omma aku memeluk aku dan oppaku untuk menenangkanku. Omma aku seperti takut mahu tinggalkan kami berdua.
Tiba2 diatas siling,terdapat satu cecair merah yang menitik tepat pada tangan Omma.
"Sayang,jangan pandang atas yaa"kata Omma yg dri tdi tidak berhenti menenangkan kami berdua.
Sehinggalah pd jam 4 pagi, keadaan kembali tenang.
Ketika aku hendak turun dari tangga, aku tiba2 seperti terpukau oleh satu benda...Tak tau sama ada betul atau tidak sebab ini oppa aku yang cerita.Yelah kena pukau takkan leh tersedar,kan?
Aku baru sahaja ingin menjejakkan kaki diatas lantai, aku terasa seperti aku ditarik kebawah katil.Ketika ini, yang aku ingat hanya aku menangis kuat.
Menurut apa yang oppa aku cakap, ketika aku 'disorokkan',hanya oppa aku dan omma aku shj yg berada diatas katil.Oppa aku kata yang muka omma aku kelihatan pucat seperti hendak pengsan.
Oppa aku kata lagi yang oppa aku tak jumpa pun aku bawah katil tu dari pagi sampai petang.
Aku masih ingat, ketika aku ditarik, aku ternampak seorang wanita dewasa dan Suga..
Aku melihat bahawa Suga dipukul, dibelasah, dan akhirnya dia ditikam oleh wanita dewasa itu..Suga berdarah teruk, Suga merayu-rayu kpd wanita itu untuk melepaskannya.Namun wanita dewasa itu terus-terusan menarik rambutnya dan mengheretnya sampai lah ke loteng bawah tanah.Dan akhirnya, Suga sudah tidak bernyawa lagi. Ketika itu mereka seolah-olah tidak boleh melihat aku dan aku yakin itu adalah bayangan dimana Suga dibunuh oleh wanita dewasa itu...Dan sungguh aku katakan wanita itu sangat kejam, aku tidak pasti sama ada dia adalah Omma Suga atau bukan.
Lama kelamaan, aku melihat bahawa perempuan itu mati kemalangan akibat roh Suga.
Ketika itulah aku langsung tak perasan yang aku berada dibawah katil itu terlalu lama.
Akhirnya,Oppa aku call appa aku untuk menyuruh appa aku pulang.
Omma aku demam teruk,letih dah Omma baring atas katil tu 2 minggu.
Ketika oppa aku terjumpa aku dibawah katil, aku hanya menangis sekuat hati dan aku langsung tak lepaskan tangan aku pada baju oppa aku.
Sampailah beberapa hari tu,aku menceritakan hal yang sebenar.
Appa aku turun ke bawah tanah dan memang betul bahawa Ada mayat budak lelaki itu, Suga.
Tapi kesan darah masih ada lagi kat loteng tu.
Appa aku pun membuat laporan polis dan sebagainya.Omma aku pula, doktor kata omma aku trauma tahap ingin bunuh diri..
***
2 bulan kemudian, rumah itu aman dan tenang...
Cuma, aku selalu bercakap seorang diri bak kata oppa aku.Tapi sebenarnya aku ada kawan time tu, dia Suga.
Sejak dari tu, Aku dan Suga selalu bermain bersama..Aku masih ingat senyumannya ketika itu, dia...nampak happy sangat... mungkin sebab aku sudi bermain dgn dia walaupun aku tau dia siapa...
Dan akhirnya aku berpindah dari situ.Jujur aku katakan, aku rindu dia...
Tamatlah sudah kisah aku dimana ianya adalah kenangan pahit yang mungkin takkan aku lupakan ~
****
Thanks Unnie,share story ni^^
Credit : Me
Storyline:leesrene
YOU ARE READING
Creepy K-idol
KorkuCreepy yg mengarut,creepy yg merepek,creepy yg gila.Menggunakan K-Idol sebagai cast.Sukati kau ah nak baca ke tak. Berdasarkan dari idea saya, mimpi saya,mimpi kawan saya,keluarga saya,pengelaman sendiri,copy paste dan lain2.Kebanyakkannya menggunak...