60-Halloween Joke

750 64 2
                                    

Ada seorang pemuda bernama Mino yang selalu tersenyum di wajahnya. Banyak orang menganggap dia sedikit terencat mental. Di sekolah, dia selalu diganggu oleh rakan-rakan sekelasnya. Mereka fikir dia bodoh dan senang dikerjai oleh orang lain. Walaupun banyak orang tak suka yang diperbuatnya, Mino masih ingin bersama dengan anak-anak lain, berharap bahawa suatu hari mereka akan menerimanya. Yang dia inginkan dalam hidup adalah persahabatan, tetapi mereka hanya menolak dan melayan dia seperti orang bodoh.

Sementara dia asyik diganggu oleh sebahagian besar anak-anak di kelasnya, pemimpin dikelasnya adalah seseorang bernama Taeyong. Dia sering mengganggu anak laki-laki kecil dan tidak pernah melewatkan kesempatan untuk memalukan Mino di depan seluruh sekolah.Taeyong sering memukul dan menendang Mino, hanya untuk bersenang-senang. Kadang-kadang, dia juga mendorong anak-anak lain untuk mengalahkan Mino, hanya supaya dia boleh menonton dan tertawa. Setiap kali anak-anak lain memanggil namanya, mencemuhnya, mengejek dia atau mengerjainya, Mino hanya akan tersenyum atau memberikan tawa lemah.

Dia cuba untuk berpura-pura tidak terpengaruh oleh perlakuan kejam yang diterimanya. Namun, senyumnya seperti topeng.Dibalik itu, hatinya hancur.

Pada malam Halloween, Taeyong dan rakan-rakannya berkumpul di pusat bandar. Ketika mereka melihat Mino berjalan pulang dari sekolah, Taeyong mengatakan kepada mereka bahawa dia ada rancangan menarik untuk mengerjai Mino kali ini. "Jom kita mulakan permainannya," katanya kepada rakan-rakannya. Lalu, dia berlari, meraih mino dengan menggenggam tengkuk leher dan mengheretnya ke rakan-rakannya. "Malam ini, kita akan menggali mayat" Taeyong berkata. "Dan kau akan membantu kami." "Aw" jawab Mino tidak semangat. "Jangan bergurau tentang hal-hal seperti itu." "Tidak ada yang bergurau," kata Taeyong. "Ingat tak nenek chaeri yang meninggal dunia tahun lalu? Nah, malam ini kita akan ke tanah perkuburan. Kita akan menggali mayatnya dan meninggalkan mayatnya di depan sekolah untuk membuat panik semua orang lalu keluar. Sekarang, kita akan melakukan penggalian, tetapi kita perlu seseorang untuk melakukan hal tersebut. Kami telah memilih mu Mino! " "betul-betullah Taeyong" pinta Mino. "Kau tidak boleh meminta aku untuk melakukan hal seperti itu." "Aku tak meminta kamu, aku menyuruh !!," kata Taeyong dengan suara mengancam. "Kau akan melakukan apa yang kuperintahkan. Setelah makan malam, kau akan menemui kami di dalam kuburan.Jika kau tidak muncul, kami akan memukulimu besok di sekolah. Jangan bagitau siapa-siapa tentang hal ini atau kau akan mati."

Tepat waktu malam tiba, Taeyong bertemu rakan-rakannya di tanah perkuburan. Mereka berkumpul dan dia menjelaskan apa yang telah dirancang. Dia akan menyamarkan dirinya sebagai mayat dan bersembunyi di kuburan, di antara batu nisan. Dia membuka begnya dan menunjukkan mereka kostum dan topeng seram yang dibawanya. "Ketika Mino tiba di sini, korg suruh dia ke tanah perkuburan dan katakan padanya untuk mencari makam nenek chaeri. Ada kubur yang baru digali di tengah-tengah tanah perkuburan. Aku akan bersembunyi di dalamnya.Ketika ia mendekat ke kuburan tersebut, aku akan menangkapnya dan menyeretnya ke dalam kubur. Aku akan menakut-nakutinya seseram mungkin, dia pasti akan mengalami serangan jantung. ".

Yang lain berfikir itu adalah rancangan menarik dan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka. Taeyong memakai pakaian dan pergi ke tanah perkuburan untuk bersembunyi. Dia naik ke dalam kubur yang terbuka dan menunggu dengan sabar. "Ini akan menjadi joke Halloween yang paling best!" Katanya pada diri sendiri sambil memakai topeng seram nya.

Setengah jam kemudian, Mino akhirnya tiba dan bertemu anak-anak lain di pintu masuk ke kuburan.Dia tersenyum, seperti biasa, tapi di matanya, anak-anak lain boleh melihatnya bahawa ia takut mati. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket dan tampak gementar. Anak-anak lain menyuruhnya ke kuburan dan mengatakan kepadanya untuk mencari kubur tersebut.

Apabila ia berjalan lebih jauh ke tanah perkuburan, kegelapan tampak menutupi sekelilingnya. Satu-satunya cahaya yang dia miliki adalah dari skrin telefon bimbitnya. Dia mengangkatnya untuk mencuba dan menerangi jalannya. Mino berjalan di antara batu nisan, bahunya membongkok dan tangannya gementar. Setiap suara kecil yang didengarnya menyebabkan dia melompat dalam ketakutan dan gementar. Akhirnya, ia sampai di tengah kuburan dan tiba di kubur yang baru digali. Apabila ia mendekati nisan untuk membaca tulisan yang tertera, sebuah tangan keluar dari kubur dan mencengkam pergelangan kaki. Mino menjerit ketakutan, tangan itu menyeretnya ke dalam kubur. Mino berbaring di bahagian bawah lubang, batuk dan bercakap gagap. Mengelap lumpur yang menutupi matanya, ia melihat pemandangan yang mengerikan. Ada mayat berdiri di atasnya. Wajahnya pucat dan keriput. Matanya cekung dan tengkoraknya retak.Mino berusaha berdiri dan menarik pisau besar dari poketnya. Taeyong merasa takut. "Tunggu! Tunggu!Jangan tikam aku!" Teriaknya, mundur dengan cepat. "Mengapa tidak?" Tanya Mino. Dalam keadaan panik, Taeyong jatuh ke belakang dan menjadi membuka sedikit kostumnya. Mino menjulang tinggi di atasnya, mengacukan pisau. Pisau berkilauan di bawah sinar bulan. "Tunggu! Kau tidak faham," teriak Taeyong, dia membuka topengnya. "Ini aku ... Taeyong... Kami hanya bergurau..." Mino terus maju mendekati Taeyong, menggenggam pisau erat dan menaikkannya di atas kepalanya. "Kau orang yang tidak faham," kata Mino.Suaranya tiba-tiba sejuk dan wajahnya berkerut marah. "Aku tahu dari awal rancangan kamu itu adalah gurauan..."

---

Citernye memang end sampai sini je 😶 Sila abaikan segala typo :3

Creepy K-idolWhere stories live. Discover now