Cerita ni marie reka je ,tetiba idea keluar time akak aye cerita psl patung berhantu 😂
"Aku balik dulu au,dah kol 12 ni, bye!"Kata Minho kepada Taemin
"Bye~"
Minho terus keluar daripada pejabat dan menghidupkan enjin kereta.
"Asal aku rasa aku asyik diperhati?"Gumam Minho perlahan. "Ah, perasaan je tu"Katanya lagi.
Dia mula meluncur laju meninggalkan bangunan dimana tempat berkerjanya itu.
Tiba dilampu isyarat, suasana sangat lengang sekarang ini. Dia memandang cermin sisi dikeretanya.
"Apa benda tu?"Soalnya apabila melihat sesuatu berwarna hitam ditempat pengguna jalan kaki.
"Aku ngantuk sangat kut"Yakin dirinya.
Lampu isyarat bertukar hijau, dia mula bergerak laju.
Sampai dirumah, dia meletakkan kunci keretanya ditempat sangkut kunci dan terus masuk ke bilik air untuk mandi.
Pili air dibuka, dia mula membasahkan semua badannya.
Ketika dia sedang mencuci rambutnya, dia perasan sesuatu ditingkap bilik air.
Takkanlah perogol kot? Tikus je kot , kata hatinya.
Selesai mandi, angin meniup kencang tubuhnya yang basah.
"Sejuknya!"
Selepas memakai pakaian dan mengeringkan rambut, dia mengambil keputusan untuk tidur.
"Bbang!"
Minho terbangun mendengar sesuatu yang pecah. dia terus turun kebawah, jantungnya berdegup kencang.
Dia melihat sekeliling. "Aik? Takde pape?"
Dia mula lihat didapur pula.
"ARGH!!!"
Minho terkejut apabila melihat kelibat lelaki memakai baju warna hitam sambil memegang pisau.
"YAH KAU SIAPA? KAU NAK APA HAH?!"Minho menjerit dengan beraninya.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil mengukirkan senyuman.
Minho yang takut terus berlari tanpa arah tuju namun lelaki itu pantas mengejar.
Pintu cuba dibuka oleh Minho namun gagal akibat ketakutan yang teramat sangat.
"Got you"
Kata lelaki itu dan pisau ditangannya mula dihayunkan kearah Minho.
"Tae—ARGHHHHH!"
Sekelip mata, Minho mati ditangannya.
"Maaf Minho, tapi aku terpaksa buat ni sebab mata kau lawa sangat. Bye bye kawanku~"
Lelaki itu atau lebih detail, Taemin berkata lalu dengan perlahan, dia mencungkil mata Minho.
----
Mata Minho diambil dan diletakkan dipatung buatannya.
"Ini akan jadi jualan yang terbaik."Katanya.
Patung itu diletakkan kedalam kedai patungnya dipameran bercermin itu.
----
YOU ARE READING
Creepy K-idol
HorreurCreepy yg mengarut,creepy yg merepek,creepy yg gila.Menggunakan K-Idol sebagai cast.Sukati kau ah nak baca ke tak. Berdasarkan dari idea saya, mimpi saya,mimpi kawan saya,keluarga saya,pengelaman sendiri,copy paste dan lain2.Kebanyakkannya menggunak...