Si Gadis Kental
"Jadi, kita nak mula dari mana, Kris shi?" Namjoo memandang lelaki tinggi lampai berhampirannya. Wajahnya sdikit merah, malu kerana berdepan dengan lelaki kacak itu. Namjoo langsung terlupa akan peristiwa pagi tadi.
"Call me Kris. Just Kris, tak perlu nak berformal sangat" ujar Kris tersenyum, menawan hati gadis itu.
"Kris" Namjoo menyebut nama itu perlahan sambil membalas senyum.
"Kepala awak sakit lagi? Macam mana awak boleh diserang?" soal Namjoo sambil membelek-belek laci kabinet hiasan di rung tamu. Mereka memulakan di ruang tamu, mencari apa-apa yang mencurigakan.
"Malam tu saya keluar mengekori Baekhyun, kemudian saya nampak seorang lelaki nak masuk ke dalam bilik Youngji. Saya kejar dia, tiba-tiba saya rasa kepala saya diketuk. Terus saya tak sedarkan diri"
"Awak tak nampak pembantu rumah tu? Wajah lelaki tu?"
Kris menggeleng laju. "Masa tu kan gelap"
"Lelaki tu mesti pengirim surat merah tu" Namjoo melepaskan tumbukan ke tapak tangan.
Dari ruang tamu, Namjoo dapat melihat lirikan mata Kris yang memandang Naeun dan Youngji yang memasak di dapur.
"Awak suka Naeun?"
Kris hanya diam tidak menjawab.
"Naeun tu kawan baik saya sejak tiga tahun lepas. Jadi, kalau awak perlukan bantuan saya, saya boleh tolong sebab saya sangat memahami Naeun tu orang yang macam mana" Namjoo berlagak ceria walaupun hampa kerana lelaki tersebut ternyata menyukai Naeun, bukan dirinya.
"Dia cuma mengingatkan saya kepada seseorang" jawab Kris sebelum menukar topik. "Saya rasa baik kita ke tingkat atas, kita periksa bilik ke bilik"
Namjoo mengangguk dan tersenyum.
>>>>>>>>>>>>>>>>
Acap kali Naeun menjeling pandang Youngji yang sedang memotong lobak merah. Otaknya ligat memikirkan cara untuk keluar dari situasi kekok itu. Seseorang perlu bersuara.
"Youngji, awak minat Sherlock Homes? Kes apa yang paling awak kagumi?"
Youngji sedikit tersentak. Detingan bunyi pisau pemotong bertemu papan pemotong semakin perlahan.
"Saya? Sherlock Homes? Saya tak minat semua tu" balas Youngji sambil meletak turun pisau yang dipegang, lalu menoleh pandang Naeun yang berdiri depan sinki.
"Saya tak minat penyiasatan dan misteri. Kalau awak pelik kenapa saya sertai aktiviti ni, sebenarnya Jackson yang paksa saya. Saya langsung tak tahu menahu mengenai Sherlock Homes whatsoever tu" jujur tutur kata Youngji dengan riak muka bersungguh.
"Jackson paksa?" Naeun jadi tertarik untuk mengetahui perihal gadis bernama Heo Youngji itu. Air yang mengalir keluar dari kepala paip ditutup dan Naeun terleka seketika.
"Kenapa?"
Youngji mencapai semula pisau pemotong dan meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Lobak merah yang bersaiz sederhana dipotong dalam bentuk dadu.
"Sebenarnya Jackson yang minat dengan penyiasatan dan baru-baru ni, proposal untuk dia tubuhkan sebuah kelab penyiasatan dalam universiti diluluskan. Tak sampai seminggu, dia terima surat merah yang mencabarnya dalam kes ni. Gara-gara kelabnya masih baru dan tiada ahli lagi, jadi saya, Choa, Suho dan Kris sunbaenim dipaksanya sertai bersama."
Satu keluhan berat keluar dari mulut gadis itu. Anak rambutnya panjang disinsingkan ke belakang telinga. "Kami tak sangka pula boleh jadi begini, dengan letupan semua tu"
YOU ARE READING
Dilarang Masuk (Complete)
RomanceApabila larangan diendahkan, satu demi satu misteri berlaku. Baekhyun menerima satu surat misteri yang mencabarnya menyelesaikan kes. Sebagai timbalan presiden kelab 'Sherlock', sebuah kelab penyiasatan Universiti Seoul, Baekhyun membawa beberapa a...