Terperangkap

99 11 0
                                    


Terperangkap

Menjelang malam, seorang demi seorang mengatur langkah ke dalam sebuah bilik di tingkat bawah. Di dalamnya mereka dikehendaki melaporkan siasatan masing-masing. Suho, Youngji, Choa dan Yubi, masing-masing sibuk menghafal laporan siasatan yang disediakan ketua kumpulan masing-masing. Jackson dan Baekhyun yakin dengan teori mereka sendiri. Orang pertama masuk adalah Baekhyun dan yang terakhir keluar adalah Kris.

Selesai memberi laporan, mereka menunggu di ruang makan tingkat atas. Malam itu juga, guruh dan hujan lebat menemani mereka. Masing-masing diam tidak bersuara.

"Maafkan saya" Choi Eun Hee berjalan masuk ke ruang makan tersebut, sekaligus mencuri perhatian semua orang. Malah mereka juga turut memerhati dan berharap ada seseorang berjalan masuk sekali dengannya tapi mereka dihampakan. Tuan muda yang Choi Eun Hee katakan semalam tidak muncul juga.

"Saya nak sampaikan maklumat bahawa tuan muda tidak berpuas hati dengan laporan anda semua. Semua orang dianggap gagal"

Pernyataan Eun Hee tersebut menyebabkan yang lain tergamam. Jackson yang duduk tenang sebentar tadi lantas berdiri.

"Teori andaian aku salah?!" soalnya tidak berpuas hati.

"Apa yang salahnya dengan laporan yang kami berikan?" soal Baekhyun pula, tapi dia masih mampu menenangkan diri.

"Di mana tuan muda awak? Kalau salah, dia harus beritahu kenapa ia salah" Suho mencelah, juga berasa sedikit tidak puas hati.

"Betul tu! Mana tuan muda kau?!" bentak Jackson naik marah. Dia menghentak kasar tangannya ke meja. Dentuman guruh menyaingi perasaannya.

"Jackson~" Youngji menarik hujung baju lelaki itu, menarik suruh Jackson kembali duduk dan bertenang.

"Saya.. saya cuma sampaikan.. saya...."

BOM!

Semua orang yang berfokus pada Choi Eunhee ketika itu terkejut. Mereka mendengar satu bunyi letupan yang kuat dan kedengaran berhampiran.

BOM! Selang beberapa saat, kedengaran kuat pula letupan yang kedua.

Jackson menoleh ke belakang, mencampakkan pandangan ke arah luar tingkap yang terletak di belakang tempat duduk mereka. Matanya membulat besar.

"Bunyi apa tu?" Baekhyun, Yubi, Jungkook bergegas ke arah tingkap. Rasa ingin tahu mereka membuak-buak diselitkan dengan perasaan tidak sedap hati.

"Kereta kita!" komen Suho dalam nada terkejut.

Naeun dan Namjoo saling berpandangan sebelum turut sama, menyempitkan diri di celah Yubi, Choa dan Youngji untuk melihat apa yang berlaku di sebalik tingkap tersebut atau lebih tepat, apa yang meletup. Kris pula terdiam tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu.

Marakan api berwarna merah terang memuntahkan asap hitam berkepul-kepul di udara terpancar pada anak mata mereka. Kenderaan yang mereka letak di kawasan tersebut, lenyap dan meletup ditelan api. Kelihatan serpihan kecil badan kereta bertaburan di kawasan sekitar. Hujan pula makin mencurah, melawan kedegilan api.

"Kereta aku!" Jackson lalu meluru keluar dari ruang makan itu.

"Jackson, tunggu dulu!" Youngji mengejarnya dari belakang.

"Habislah, kereta sewa aku" Baekhyun turut berlari keluar, menuju ke arah tempat kereta tersebut meletup. Separuh hatinya berharap yang kebakaran dan letupan yang baru sahaja disaksikan itu tadi hanyalah ilusi matanya sendiri.

"Hyung!" Jungkook memanggil tapi tidak berganjak dari tempatnya.

"What the hell is goin on!" Kris menyumpah marah sebelum menuruti Baekhyun dan Jackson.

Dilarang Masuk (Complete)Where stories live. Discover now