Terkebil-kebil mata Youngji cuba membaca tulisan Jepun yang terpahat di pintu utama villa tersebut. Huruf-huruf Jepun yang kelihatan aneh itu tidak dapat dibaca walaupun ditulis besar dan jelas.
"Villa Chiyaki. Chi (ち) Ya (や) Ki(き). Tiga huruf dari tulisan hiragana" sampuk Kris dari belakang Youngji, memeranjatkan gadis itu.
"Kris Sunbaenim tahu baca tulisan Jepun?" soal Youngji namun tidak diendahkan sebelum kembali memandang huruf-huruf tersebut, mencari perkataan Chi Ya Ki yang Kris nyatakan. Youngji keliru.
Kris meluru masuk ke dalam rumah sambil menyeret sebuah bagasi kecil bersama. Baju tee yang dipakai sedikit kerumut dan seluar pendek yang dipakai menampakkan lutut. Jackson, Youngji dan Suho menuruti belakangnya.
"Selamat datang. Sila tunggu di ruang tamu dahulu" seorang gadis menyambut mereka di ruang tamu, lengkap memakai pakaian seragam orang gaji. Youngji mengerling sekeliling dan merasa seram sejuk, perasaan seperti tidak dialukan. Sekali sekala dia menjeling pandang Jackson dan ingin bertanya adakah lelaki itu turut merasakan perkara yang sama namun soalan itu dimatikan apabila Youngji dapat melihat keterujaan di wajah Wang Jackson.
Kris tanpa segan silu, duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu. Dua sofa panjang yang empuk tersedia juga sebuah meja kecil di antara sofa tersebut. Suho juga berbuat yang sama sebelum Jackson menariknya.
"Jom tolong aku angkat beg Youngji dan Choa"
Youngji keluar semula untuk mendapatkan Choa yang masih berada dalam kereta. Aneh kerana gadis itu masih enggan keluar.
"Choa, kenapa ni?" Youngji mengetuk cermin tingkap kereta dari luar. Choa kelihatan pelik. Youngji tahu yang Choa merupakan seorang gadis yang mempunyai sixth sense, di mana adakalanya dia dapat melihat perkara-perkara ghaib. Youngji juga tahu yang Choa merupakan seorang gadis biasa yang lemah. Youngji mula risaukan rakannya itu.
"Choa" Youngji memanggil lagi. Cermin tingkap lalu diturunkan dan Choa tersenyum tawar.
"Kau tak apa-apa? Kalau ada apa-apa, kau beritahu aku, atau Jackson. Jangan pendam sendiri" ujar Youngji yang berbunyi seperti nasihat jua amaran.
Suho membantu Jackson mengangkat bagasi dari but belakang kereta. Kemudian, sebuah pacuan empat roda muncul di perkarangan villa tersebut. Kereta tersebut berhenti hampir dekat dengan kereta Jackson.
"Siapa tu?" soal Suho memandang Jackson, namun anak lelaki Wang itu menggeleng dan menjungkitkan bahu.
"Eh, ada orang dah sampai? Jonghyun hantar wakil lain ke?" soal Namjoo dari dalam kereta apabila dapat melihat beberapa orang dan sebuah kenderaan yang tidak dikenali sudahpun berada di perkarangan rumah agam tersebut.
"Jonghyun tak cakap apa-apa pun" balas Baekhyun sambil memberhentikan kereta lalu mematikan enjin.
Suho, Jackson dan Youngji diam memerhatikan seorang demi seorang keluar dari kenderaan yang baru sahaja berhenti tadi itu. Tiada seorang pun yang dikenali lantas menimbulkan persoalan tentang tujuan kedatangan mereka.
"Excuse me but who are you?" Jackosn berlagak selamba mendekati Baekhyun dan bertanya.
Baekhyun diam seketika sebelum menjawab dalam bahasa korea " Byun Baekhyun. Timbalan presiden Kelab Sherlock, Universiti Seoul"
"Ah~ kelab penyiasatan universiti yang terkenal tu" riak Jackson sedikit terkejut sebelum tersenyum. Pantas dia mencapai tangan Baekhyun dan memperkenalkan diri pula. "Wang Jackson. Presiden kelab penyiasatan Universiti Henry"
"Universiti Henry?" soal Namjoo dalam nada terkejut. Yubi, Naeun dan Jungkook juga saling berpandangan seolah tidak mempercayai apa yang didengari.
YOU ARE READING
Dilarang Masuk (Complete)
RomansaApabila larangan diendahkan, satu demi satu misteri berlaku. Baekhyun menerima satu surat misteri yang mencabarnya menyelesaikan kes. Sebagai timbalan presiden kelab 'Sherlock', sebuah kelab penyiasatan Universiti Seoul, Baekhyun membawa beberapa a...