なかいないで

79 9 0
                                    


Nakainaide

Selepas mendengar bunyi seperti sesuatu pecah, Yubi dan Naeun menjadi semakin takut. Begitu juga Youngji dan Choa. Keempat-empat gadis itu berkumpul rapat atas katil. Mereka menemani Youngji yang masih terbaring. Hidungnya merah dan kerap kali bersin.

"Mari keluar. Kita cari Jackson dan Baekhyun" Choa bangkit sebelum tangannya disambar tarik oleh Naeun. Gadis itu menggeleng-geleng. "Tak. Jangan keluar dari sini. Kita tak boleh berpecah dan kita tak boleh tinggalkan Youngji sendirian di sini"

"Tapi bunyi tadi" Choa cuba berdalih.

"Baekhyun dan Jackson pasti selesaikan apa jua masalah yang berlaku. Kita mesti percayakan mereka" tambah Naeun lagi, cuba meyakinkan Choa. Youngji dan Yubi mengangguk setuju. Choa tiada pilihan lain.

>>>>>>>>>>>>>

Baekhyun melangkah masuk, mendapati beberapa deraian kaca bertaburan atas lantai. Melihat kepada keadaan tingkap yang berlubang pecah, Baekhyun mengagak itu punca bunyi yang didengari tadi.

"Tingkap tu dipecahkan menggunakan kerusi" Jungkook bersuara, berdiri di sebelah Baekhyun sambil menunjukkan kepada beberapa kepingan halus kaca yang terlekat pada kaki kerusi yang berada dalam bilik Chiyaki Errie itu.

"Adakah ini salah satu agenda pengirim surat merah tu?" Baekhyun berteka teki sambil berjalan perlahan, mengelak dari terpijak serpihan kaca di atas lantai, menghampiri tingkap yang pecah.

"Mungkin sesuatu yang buat Kai naik marah dan memecahkan tingkap?" celah Jungkook yang menuruti langkah Baekhyun. Angin menderu masuk melalui lubang tingkap yang pecah. Langsir pula bergerak lembut ditiup angin perlahan.

"Kai? Nama tu kan yang kau cakap ada dalam diari tu?" Baekhyun mengalihkan pandangan kepada Jungkook di belakangnya.

"Hmm! Buat masa ni saya syak Kai ialah nama kepada pengirim surat merah tu. Melihat kepada keadaan kerusi dan pintu yang tak berkunci, saya tak rasa ini adalah agenda yang dirancang oleh Kai. Mungkin sesuatu yang berlaku menyebabkan Kai naik berang dan tidak dapat mengawal perasaan lalu memecahkan tingkap" jelas Jungkook yakin dengan teorinya.

Baekhyun memegang dagunya, dapat memahami apa yang Jungkook katakan. "Sesuatu yang dia marah ye. Hmmm, mungkin pembantu dia melaporkan sesuatu yang buat dia marah" Baekhyun diam berfikir sebelum teringat kejadian di mana semua berkumpul di bilik Youngji tadi. "Hah! Roh Chiyaki Errie!"

"Hah! Mungkin betul. Kalau dibaca dalam diari tu, Kai ialah teman lelaki Chiyaki Errie. Jadi apabila pembantunya melaporkan yang Choa dapat lihat roh Chiyaki Errie dalam rumah, Kai pasti terkejut"

"Apa yang pecah tadi?" kedengaran suara Suho di muka pintu. Lelaki itu bergerak ke suis lampu, mencapai hidup suis tersebut.

"Apa ni? suis ni rosak ke?" suis ditekan beberapa kali tapi lampu masih tidak menyala. "Baekhyun, Jungkook, kenapa lampu ni tak boleh di...."

Suho menoleh pandang kedua-dua lelaki yang sudah tiba awal darinya tadi.

"Baekhyun... Jungkook.. belakang korang.." suara Suho ketar dan matanya membulat terkejut dengan apa yang dilihat. Tangannya diangkat tunjuk ke arah sesuatu. Tangannya juga ketar.

"Suho, apa yang berlaku? Bunyi tadi datang dari bilik ni?" soal Jackson yang baru tiba, bingung melihat kaca bertaburan di atas lantai serta keadaan bilik tersebut yang kelam.

"Kenapa kaca tingkap tu pecah? Angin yang kuat sangat ke?" ujar Kris tiba-tiba, berada bersebelahan Jackson.

"Yah, korang tak nampak ke tu?" tanya Suho kepada dua orang rakannya yang kelihatan tenang.

Dilarang Masuk (Complete)Where stories live. Discover now