Tangisan kebenaran
Baekhyun mengambil helaian kertas yang Jungkook berikan. Helaian kertas yang dipenuhi karakter tulisan bahasa Jepun yang Baekhyun tidak dapat membacanya walau satu perkataan pun. Seraya melihat wajah Baekhyun yang kebingungan, Jackson merampas kertas tersebut.
"Ini....." Jackson tergamam sebaik membaca apa yang ditulis atas helaian kertas tersebut lantas memandang Jungkook yang masih duduk di atas kerusi. "Ini sebab Chiyaki Errie bunuh Sora? Jadi pembunuhan itu sengaja atau tidak sengaja?"
"Ya. Dalam tu, ada dinyatakan sebab kenapa Chiyaki Errie bunuh Sora. Helaian diari gadis itu yang hilang, yang mana saya yakin Kai sendiri yang koyakkan. Kai adalah puncanya" kata-kata Jungkook terus menikam Kris. Lelaki tinggi lampai itu tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi memandangkan Jungkook berjaya mencari tahu punca yang sebenar.
"Apa yang ditulis? Bukti apa yang dimaksudkan?" Baekhyun mencapai kasar lengan Jackson, meminta penjelasan.
"Ada ayat ditulis 'Aku akan buat apa sahaja demi Kai, apa sahaja. Tiada siapa boleh mengata buruk mengenai Kai, tiada siapa termasuk Sora. Kai bukan jahat seperti yang Sora katakan. Kai bukan orang jahat! Sora salah! Sora salah! Satu hari nanti, aku akan pastikan Sora tidak mengatakan yang buruk mengenai Kai.. satu hari nanti, aku akan tutup mulut Sora.." Jackson membaca separuh ayat yang berjaya Jungkook salin. Ayat yang mampu menjadi bukti bahawa Chiyaki Errie membunuh Sora kerana Kai.
"Sora pasti ada lakukan sesuatu seperti mengata buruk mengenai Kai yang mana membuatkan Chiyaki Errie naik marah. Mungkin pada asalnya dia hanya ingin pastikan Sora senyap dengan menekup bantal ke muka Sora, tapi kemudian membawa kepada kematian. Apabila dia menyesali perbuatannya, dia kemudian membunuh diri" Jungkook menyatakan teorinya. Kris hanya diam mendengar. Tangannya menggeletar.
"Chiyaki Errie hanya gadis biasa. Dia cuma seorang gadis yang tidak pandai mengawal perasaan marah apabila orang lain mengutuk teman lelakinya. Dia cuma terlalu sayangkan Kris" ujar Choa dalam nada rendah, di mana dirinya sebagai seorang gadis dapat melihat dari perspektif Chiyaki Errie.
Kris mengalirkan air mata apabila terbayangkan wajah tunangnya manis tersenyum dan ketawa riang. Kris jatuh melutut ke lantai. Air mata berguguran, membasahi wajahnya dan menitik ke lantai. Dia merindui gadis itu. Baekhyun, Jungkook, Jackson dan Choa hanya diam, terbit simpati melihat tangisan Kris.
"Dia cemburu" ujar Kris dalam sebak menangis. " Beberapa kali dia menelefon aku dan beritahu yang dia syak Sora menyukai aku. Dia bimbang kalau aku tidak lagi menyayanginya. Kemudian dia katakan yang Sora mengutuk aku dan membuat fitnah yang aku curang dengan dia. Aku dah katakan supaya tidak pedulikan Sora tapi Errie... dia terlalu mengikut perasaan"
Choa kemudian dapat tangkap maksud Jungkook yang mengatakan sebab kenapa Errie bunuh Sora ialah kerana dia seorang perempuan. Ya, seorang perempuan yang tidak dapat mengawal perasaan cemburunya. Choa tertunduk.
Tangan gadis itu menggeletar. Bucu bantal dipegang erat. Kakinya berasa kebas. Jantungnya berdegup kencang. Anak matanya tidak keruan.
"Sora chan" dia memanggil. Suaranya perlahan dan tidak yakin.
Gadis yang terbaring depannnya, kaku tidak menyahut. Matanya terbuka tapi tidak sedarkan diri.
"Sora" dia memanggil nama rakannya itu sekali lagi. namun tetap tiada sahutan. Bantal yang dipegang terlepas dari tangan, lantas Chiyaki Errie menggoncang badan Sora yang terbaring. Wajah rakannya itu tegang dengan mata yang terbuka dan Errie tahu rakannya itu sudah tidak bernyawa.
"Sora! Sora! Wake up!"
Errie mula panik. Keadaan senyap itu membuatkan Errie ketakutan. Satu suara berbisik dalam benak fikirannya. 'kau dah bunuh dia. Dia dah mati. Kau dah bunuh Sora. Sora dah mati'.
YOU ARE READING
Dilarang Masuk (Complete)
RomanceApabila larangan diendahkan, satu demi satu misteri berlaku. Baekhyun menerima satu surat misteri yang mencabarnya menyelesaikan kes. Sebagai timbalan presiden kelab 'Sherlock', sebuah kelab penyiasatan Universiti Seoul, Baekhyun membawa beberapa a...