Langkah kaki kecilnya meninggalkan kesan dalam selimut salji yang dipijak. Perlahan-lahan dia mendekati seorang gadis muda yang leka membina orang salji berdekatan sebuah kolam.
"Hey" Kris menyapa budak perempuan itu.
"Kai!" Errie mendongak pandang Kris yang ketika itu berumur 15 tahun. Satu senyuman manis terukir di bibir saat melihat lelaki muda itu. "You came"
"I told you, my name is Kris, not Kai" kedengaran sedikit sombong dalam tutur Kris.
"But I wanna call you Kai. Kai is from the word 'Akai'. Its means red" jelas Errie, bangkit bangun sambil menyapu buang tompokan salji pada lutut seluarnya. "Your favourite colour is red, right?"
"How did you know?" Kris memandang budak perempuan yang sama tinggi dengannya itu. Ini kali kedua mereka bertemu. Ibu bapa Kris sering bertemu dengan ibu bapa Errie,atas urusan perniagaan.
"Last time I saw you, you wore a red shirt. Today, you wear red hat, red shoes and your watch also in red. Its obvious" gadis itu tersenyum manis. Matanya sedikit sepet setiap kali dia senyum. Kulitnya cerah mulus dan anak matanya hitam pekat.
Kris hanya diam, tidak menafikan. Menyilangkan tangan di dada, Kris pura-pura tidak ambil peduli. Kemudian Kris memandang orang salji kecil yang dibina Errie sebentar tadi.
"Ugly" Kris menyepak, menghancurkan orang salji tersebut.
"Eh?!" Errie terkejut dengan tindakan anak muda itu.
"Errie, lets go play something else" ujar Kris selamba, tidak langsung rasa bersalah.
"Don't want!" Errie mencebik, memasamkan muka sebagai tanda merajuk dengan tindakan Kris tadi.
"Come on~ lets play hide and seek" Kris mencapai pegang tangan budak perempuan itu, seraya memujuknya.
Errie mengeluh kecil. "Such a harsh boy" gumamnya perlahan. "Ok. I count to three, then you close your eyes. After you close your eyes, count back to ten before open your eyes"
Kris mengangguk.
"Ichi Ni San" Errie mengira dan perlahan-lahan Kris menutup mata.
"One Two Three...." Kris pula mengira. Errie laju mencari tempat untuk menyembunyikan diri.
"Ten" Kris membuka mata semula. "Errie, im coming" teriaknya mencari gadis itu.
"Kai, mou ii yo. Yamete kudasai" (Kai, cukup-cukup lah tu, tolong berhenti)
Kris diam tidak membalas. Jantungnya berdegup kencang. Suara yang dirinduinya, memanggil namanya, bercakap dengannya.
"Kai, yameru" (Kai, hentikannya)
Choa juga kaku, tidak menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri, sebaliknya masih tercegat di belakang Kris, berdiri memandang Chiyaki Errie.
"Sunbaenim, apa yang dia cakapkan?" soal Choa, ingin tahu apa yang Chiyaki Errie katakan.
Kris tidak membalas. Air matanya mengalir tidak henti. Lelaki itu lelah dan jatuh melutut ke lantai. Air matanya turut berjurai jatuh ke lantai. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan Kris ketika itu, melihat gadis yang dicintai yang sudah mati berada depan mata seolah masih hidup tapi Kris tidak dapat menyentuhnya mahupun mendekatinya.
"Nakanaide" (Jangan menangis) ujar Errie lagi.
Kris tidak menyeka air matanya dan mendongak pandang Errie dengan wajahnya yang sembap dan dibasahi air mata juga peluh. Di sekeliling gadis itu, kelihatan aura bercahaya.
YOU ARE READING
Dilarang Masuk (Complete)
RomanceApabila larangan diendahkan, satu demi satu misteri berlaku. Baekhyun menerima satu surat misteri yang mencabarnya menyelesaikan kes. Sebagai timbalan presiden kelab 'Sherlock', sebuah kelab penyiasatan Universiti Seoul, Baekhyun membawa beberapa a...