Dalam keadaan kelam kabut di ruang makan itu, Kris mencapai tarik lengan Choa. Gadis itu terkejut dan tidak sempat melawan apabila hujung pistol diacukan pada kepalanya.
"Apa kau nak buat dengan dia?!" Baekhyun menahan pegang lagi sebelah lengan Choa. Walaupun tangannya sakit, Baekhyun enggan Kris berbuat apa-apa terhadap gadis itu. Kris lalu menendang tangan Baekhyun dan membawa Choa keluar dari ruang makan itu. Kedua-dua Baekhyun dan Jungkook tidak mampu menghalang. Baekhyun menggigit bibir, geram kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Asap mula masuk ke dalam ruang makan itu, 'memutihkan' keadaan.
"Hyung, apa patut kita buat sekarang?" soal Jungkook panik.
"Kita mesti keluar cepat. Tempat ini akan terbakar" balas Baekhyun sambil menggagahkan diri untuk bangkit. Baekhyun duduk mencangkung di hadapan lelaki junior itu.
"Cepat naik belakang aku"
Jungkook pana seketika, memandang belakang badan Baekhyun. "Hyung nak dukung saya?" soalnya naif.
"Cepatlah!" Baekhyun menggesa. Darah pada lengannya masih tidak berhenti mengalir. "Kau nak mati dalam ni ke? Kita mesti keluar dengan cepat!"
"Tapi tangan hyung~" dalih Jungkook lagi. Dia bertambah kasihan melihat tangan kanan Baekhyun mula menggeletar.
"Tangan aku yang sakit, bukan kaki aku! Cepatlah budak baru! Takkan aku nak biarkan kau di sini" gesa Baekhyun dalam nada marah.
"Hyung, maafkan saya" ujar Jungkook lalu mendekati belakang badan Baekhyun dan membiarkan timbalan presiden itu mengangkat dukungnya.
"Lepas ni, aku harap kau takkan lupa jasa aku" ujar Baekhyun sambil bangkit berdiri dengan menggendong Jungkook di belakang badannya. Tangannya masih terasa sakit tapi ditahannya.
>>>>>>>>>>>
"Youngji!!"
Jackson berlari apabila mendengar seseorang menjerit nama Youngji. Jackson mengejar punca suara tersebut yang membawanya ke sebuah laman terbiar di kawasan belakang villa Chiyaki itu. Anak muda berdarah cina itu terperanjat apabila melihat keadaan laman tersebut yang pertama kali dilihatnya dan mula menghidu bau yang busuk.
"Naeun!" Jackson mendapati Naeun berada di tepi sebuah kolam sederhana besar. Kolam yang kotor berwarna hijau tua dan menakutkan.
"Jackson" Naeun memanggil lelaki itu. Jackson menahan diri dengan bau yang dihidunya dan menghampiri Naeun.
"Mana Youngji?" soalnya.
"Youngji masuk dalam kolam tu. Chiyaki Errie. Hantu tu tarik Youngji masuk ke dalam kolam" cerita Naeun dalam tangisan. Dia berasa kecewa juga bersalah kerana terlambat untuk menyelamatkan Youngji tadi. Naeun tersedar selepas terdengar bunyi letupan yang kuat dari dalam villa.
Jackson memandang kolam tersebut. "Dia ada dalam tu?!" mata Jackson membulat. Terkejut juga takut.
"Selamatkan dia. Awak mesti selamatkan dia" Naeun merayu sambil menangis.
Jackson meneguk air liur lalu menanggalkan kasutnya. Dia tekad. Demi Youngji. Jackson lalu melompat terjun ke dalam kolam yang kotor itu dan menyelam mencari Youngji.
Naeun menunggu di tepi kolam, berharap dan terus berharap.
>>>>>>>>
Dahi Yubi mula berpeluh dan dia terhidu bau asap api. Kemudian gadis itu tersedar.
"Apa yang terjadi?" Yubi bangkit duduk sambil melilau pandang sekeliling. Kemudian mengimbas apa yang berlaku terhadap dirinya sehingga dia boleh tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Dilarang Masuk (Complete)
Roman d'amourApabila larangan diendahkan, satu demi satu misteri berlaku. Baekhyun menerima satu surat misteri yang mencabarnya menyelesaikan kes. Sebagai timbalan presiden kelab 'Sherlock', sebuah kelab penyiasatan Universiti Seoul, Baekhyun membawa beberapa a...