Merah yang sebenar
"Suho, apa awak buat tu?" soal Yubi sebaik selesai memeriksa di bilik air dan aneh melihat kelakuan Suho di bahagian tepi almari dalam bilik Chiyaki Errie itu. Serpihan kaca masih bertaburan di atas lantai, dibiarkan tidak berusik. Dengan berhati-hati, Yubi mendekati Suho.
"Yubi, tolong saya sekejap. Alihkan almari ni" ujar Suho, mengetap bibir, menolak almari kayu milik Chiyaki Errie itu sekuat hati. Tanpa banyak soal, Yubi membantunya. Perlahan-lahan, almari tersebut berganjak sedikit jauh dari tempat asalnya.
Sebaik almari beralih, kelihatan sebuah lorong tidak berpintu di dinding belakang almari tersebut. Lorong yang menempatkan laluan ke tingkat tiga.
Yubi tercengang depan lorong yang lurus itu. Langsung tidak menyangka akan ada lorong tersembunyi di sebalik belakang almari kayu itu. Lantas kata-kata Jungkook berputar semula dalam benak fikirannya.
"Noona tak rasa pelik?"
"....Lagi menghairankan saya ialah keadaan villa ni sendiri. Kalau dilihat dari luar, villa ni kelihatan seperti tiga tingkat tapi bila kita masuk dalam, hanya ada dua tingkat dan tiada tangga untuk ke tingkat tiga"
"Saya rasa ini mungkin laluan rahsia untuk ke tingkat tiga. Laluan rahsia yang digunakan oleh pengirim surat merah tu" ujar Suho berbisik pada Yubi.
"Macam mana awak tahu ada lorong rahsia di belakang almari tu?"
"Bunyi angin" jawab Suho menjelaskan, "Bila saya buka almari tu, suara saya bergema aneh, seperti ada ruang angin di sebalik dinding belakang almari tu. Bila saya fokus betul-betul saya dapat dengar bunyi angin"
Yubi menggigit bibir, memandang lorong yang gelap itu. "Suho, apa kata kita cuba naik. Mungkin ada sesuatu yang kita boleh jumpa di tingkat atas tu"
Suho lantas memandang wajah gadis yang berada di sebelahnya. Melalui pandangan sisi, Suho dapat lihat semangat berani yang mengalir dalam tubuh adik kembar Byun itu. Di sebalik wajah suci dan naif, adanya seorang gadis yang berani dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat bernama Byun Yubi.
Yubi membalas pandangan Suho apabila lama lelaki itu tidak menjawab. "Awak tak nak? Awak takut ke?"
Suho kemudian menggeleng. "Tak. Saya tak takut. Saya janji akan lindungi awak" tekad lelaki itu. Dia menekan butang kecil pada jam tangannya sebelum satu cahaya bulat kecil muncul keluar melalui gadjet tersebut. Suho berjalan di depan Yubi, menaiki tangga sepanjang lorong gelap itu.
Lorong gelap itu beransur-ansur menjadi terang apabila kedua-dua Suho dan Yubi mendekati penghujung lorong, di ruang sebuah bilik dengan tingkap yang terbuka.
"Suho, apa yang Jungkook cakap tu memang betul" ujar Yubi dalam nada terkejut. Matanya membulat memandang sekeliling. Suho mengangguk menyetujui apa yang Yubi katakan.
"....Cuba noona tengok kesan cat di dinding villa ni. Ada yang berbeza ton warna, seolah ada sesuatu yang diletakkan di dinding dengan lama tapi kini telah dialihkan. Kenapa ia dialihkan? Tak nak kita nampak? Yang paling saya pelik ialah tiada satu pun gambar keluarga Chiyaki dalam rumah ni baik di ruang tamu atau bilik-bilik. Seolah sengaja disembunyikan...."
Anak mata mereka beralih pandang pada sebuah potret besar yang disandar tegakkan pada dinding di atas lantai. Kelihatan seorang gadis berambut panjang tersenyum dilakar pada potret tersebut. Senyumannya, pandangan matanya yang suci menyebabkan Suho dan Yubi sukar mempercayai cerita yang gadis itu membunuh kawan baiknya. Suho juga tidak menyangka rupa gadis itu begitu mirip dengan Naeun kerana pada malam Baekhyun diserang, dia tidak dapat melihat jelas wajah gadis itu yang menjelma sebagai hantu.
YOU ARE READING
Dilarang Masuk (Complete)
RomanceApabila larangan diendahkan, satu demi satu misteri berlaku. Baekhyun menerima satu surat misteri yang mencabarnya menyelesaikan kes. Sebagai timbalan presiden kelab 'Sherlock', sebuah kelab penyiasatan Universiti Seoul, Baekhyun membawa beberapa a...