だれ だ

95 8 2
                                    


Dare da?

Deruman enjin kapal terbang memenuhi ruang pelepasan Lapangan Terbang Incheon. Matahari membiaskan cahaya senja, menenggelamkan wajah seorang lelaki dalam cahaya merah. Fikiran Kim Jonghyun melayang jauh, terbang tinggi mengalahkan kapal terbang yang merentasi awan.

"Kita boleh berlepas sekarang"

Panggilan dari Pembantu Kwok menyedarkan Jonghyun yang leka berfikir mengenai Baekhyun dan ahli kelabnya yang lain. Beg galas yang disimpan komputer riba ditarik kemas lalu digalas atas bahu kanan. Pembantu Kwok berlari menghampiri anak muda itu yang sudah menunggu di balai pelepasan.

"Ini senarai nama pelajar dari Universiti Henry yang turut sama dengan Tuan Muda sertai aktiviti di Villa Chiyaki tu"

Sebuah fail bertukar tangan dari Pembantu Kwok kepada Jonghyun. Sambil berjalan, Jonghyun membelek sekilas fail tersebut yang mengandungi profil lima orang pelajar Universiti Henry. Jonghyun pasti Baekhyun sudah bertemu dengan lima orang tersebut.

"Lagi satu, saya dah siasat mengenai universiti mana lagi yang terima surat merah yang mengandungi cabaran tersebut dan ternyata hanya dua universiti yang diterima iaitu Universiti Seoul dan Universiti Henry" tambah Pembantu Kwon sambil mereka berjalan, melintasi pintu ke dataran penerbangan.

Jonghyun mengangguk, masih membelek fail yang dipegang. "Kalau begitu, hanya ada 10 orang pelajar dalam tu"

"Oh ye, kita nak naik kapal terbang yang mana satu? Tiket saya semua dah diuruskan? Mana passport saya?"

"Ini passport awak, dan saya tak beli sebarang tiket" Pembantu Kwok menyerahkan buku passport berwarna biru gelap yang dari tadi tersimpan kemas dalam poket kotnya.

"Kalau awak tak beli tiket, macam mana kita nak naik kapal terbang?" soal Jonghyun pelik. Mereka sudahpun melintasi pegawai pemeriksaan tadi.

"Kita naik kapal terbang milik Tuan Muda. Jangan risau, saya akan jelaskan pada tuan muda nanti, saya yakin dia tidak akan marah" jelas Pembantu Kwok sambil mempersilakan Jonghyun. Mereka berjalan sehingga tiba di hadapan sebuah kapal terbang persendirian yang tertera tulis 'Kim Group' pada badan kapal tersebut.

"Tu kapal terbang milik Kim Suho??!!" Jonghyun meneguk air liur.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pandangan Baekhyun kosong. Tangannya memegang sudu yang mengues main dengan nasi yang tenggelam dalam kuah kari. Fikirannya seolah berada dalam medan perang. Pelbagai soalan dan andaian bertembakan dalam otaknya. Serabut. Keliru. Beberapa garis halus muncul dan lehernya menegang.

"Apa kau fikirkan?" tanya Yubi, melihat riak Baekhyun yang seperti badan tidak berjiwa.

Baekhyun menoleh pandang adik kembarnya yang duduk di sebelah. "Yubi, kau jangan pergi ke mana-mana. Jangan percayakan sesiapa"

"Jangan takutkan aku" jujur luah Yubi. Baekhyun mengeluh perlahan.

"Oh ye, petang tadi kau ada cakap yang mungkin ada antara kita jadi pembantu kepada pengirim surat merah tu kan? Siapa?" tambah Yubi.

"Aku tak pasti" jawab Baekhyun sambil menolak lembut pinggan nasi di depannya. Seleranya mati. Walaupun sudah sehari tidak mengisi perut, nafsu laparnya hilang dan perasaan gundah gelana datang menggantikan.

"Tapi aku memang yakin, ada antara kita yang jadi pembantu kepada agenda pengirim surat tu. Takkan kau tak pelik? Takkan Namjoo mudah mengalah dan tidak lari apabila lihat pengirim surat merah tu? Namjoo pasti akan lakukan sesuatu" bersungguh Baekhyun menyatakan, persahabatannya dengan Namjoo selama setahun lebih di kampus membuatkan lelaki itu sedikit sebanyak mengenali gadis bernama Namjoo itu.

Dilarang Masuk (Complete)Where stories live. Discover now