Baekhyun Vs Jackson
Yubi berjalan perlahan-lahan, penuh waspada. Rambutnya diikat longgar, sekadar mengemaskan diri. Bajunya juga tidak bertukar sejak semalam. Separuh perasaannya takut, separuh lagi penuh dengan perasaan ingin tahu dan bimbangkan Naeun. Kata-kata amaran Baekhyun sudah dilupakan. Yubi berani mencabar abangnya.
"Yubi, apa awak buat kat sini?"
Suara seseorang yang Yubi kenali menyapanya, aneh kerana begitu cepat Yubi sudah dapat mengecam suara tersebut.
"Yubi, bukankah abang awak suruh tunggu di ruang tamu?" Suho bertanya, melihat gadis itu berjalan terhendap-hendap di lorong keempat itu. Suho mendekati gadis itu.
"Saya nak tolong cari Naeun dan pengirim surat merah tu" balas Yubi jujur, tidak berselindung atau berpura-pura.
"Jangan risau, mengenai Naeun, biar kami yang uruskan. Bahaya awak sendirian di sini." luah Suho, pula. Bimbang akan gadis tersebut.
"Awak kan ada. Awak akan tolong jagakan saya bagi pihak Baekhyun, boleh kan?"
Suho tidak membalas. Kata-kata Yubi seperti satu permintaan besar. Sedangkan Suho risau tentang dirinya, mampukah dia menjaga Yubi dalam villa itu?
"Sekarang, apa kata kita pergi ke bilik Chiyaki Errie" Yubi menarik tangan Suho. "Mungkin Naeun atau Chiyaki Errie ada di sana, atau mungkin pengirim surat merah tu" langkahnya semakin laju. Terkedek-kedek Suho cuba mengejar langkah Yubi, diseretnya ke lorong ke tiga.
"Kris sedang mencari di lorong bilik tu. Lagipun buat apa kita ke sana, awak pasti Naeun ada di sana?" Suho bertanya sambil melangkah jalan dengan laju dengan tangannya diseret tarik oleh Yubi di depannya.
"Firasat hati" jawab Yubi ringkas, tidak menoleh pandang Suho.
"Yubi" Suho memanggil nama gadis yang menarik tangannya itu. Gadis itu langsung tidak memberi tindak balas.
"Byun Yubi!" Suho berhenti mengejut dan menarik gadis itu kasar. Yubi tersentak.
"Awak sama macam Baekhyun! Awak marah Baekhyun tak dengar cakap awak, tapi awak pun sama, tak dengar cakap orang lain" Suho bersuara tegas, membuatkan Yubi terdiam memandangnya. Ini kali pertama dia melihat Suho dalam keadaan marah sedemikian.
Yubi menunduk, memandang lantai yang dipijak. Air mata bergenang di tubir matanya tapi ditahan agar tidak tumpah mengalir. "Saya ada perasaan juga. Saya rasa bersalah dengan awak sebab kelakuan Baekhyun pagi tadi, saya rasa marah bila Baekhyun tak hormati perasaan saya, saya rasa sedih bila awak marah saya. Saya takut dan risau. Saya nak keluar dari sini. Saya tahu saya bukan ahli kelab Sherlock tapi saya juga mahu lakukan sesuatu dan bukan sahaja duduk diam menunggu"
"Yubi" suara Suho memanggil lembut, memegang dagu gadis itu, diangkat dongak. Terbit rasa bersalah dalam benak hati apabila melihat mata Yubi yang berair. "Maafkan saya" ujarnya sambil menyisingkan anak rambut Yubi yang terkeluar dari ikatan.
"Saya cuma risaukan awak. Chiyaki Errie tu bukan manusia dan kita tak tahu pengirim surat merah tu jahat ke baik. Macam mana kalau awak berjumpa dengan mereka? Saya pun nak kita semua keluar dari sini dengan selamat. Bukan saja saya, tapi juga Baekhyun, Jackson, Kris, dan yang lain" tambahnya.
"Saya pernah berjumpa dengan Chiyaki Errie dan dia tidak menakutkan sepertimana Baekhyun ceritakan. Mana tahu kalau kita boleh pujuk pengirim surat tu untuk bebaskan kita. Mungkin dia boleh tolong kita" kata-kata Yubi kedengaran naif bagi Suho. Namun tidak pula lelaki itu mengulumkan senyuman.
"Youngji, Baekhyun, Choa. Mereka diserang oleh Chiyaki Errie. Kesan merah kat leher mereka boleh dilihat jelas. Jungkook juga cedera masa tolong Baekhyun. Pembantu rumah tu, Namjoo dan sekarang Naeun dah hilang. Malah Kris juga pernah diserang oleh pengirim surat tu. Awak tak nampak ke semua bahaya tu? Awak tak tahu apa...."
YOU ARE READING
Dilarang Masuk (Complete)
RomanceApabila larangan diendahkan, satu demi satu misteri berlaku. Baekhyun menerima satu surat misteri yang mencabarnya menyelesaikan kes. Sebagai timbalan presiden kelab 'Sherlock', sebuah kelab penyiasatan Universiti Seoul, Baekhyun membawa beberapa a...