あかい

99 9 2
                                    

Akai

Baekhyun dan Jackson berjalan mencari Kris sehingga menemui lelaki itu di lorong pertama. Jackson mendengus nafas berat, masih sukar untuk mempercayai cerita Namjoo.

"Kris!" Baekhyun memanggil, menhampiri lelaki yang masih tidak tahu kejahatannya sudah terbongkar. Jackson menurut sama dalam langkah yang berat.

"Kris, kita perlu berbincang" Jackson menarik Kris, masuk ke ruang makan.

"Kenapa? Mana Suho?" Kris pura-pura kebingungan.

"Kris, aku dah tahu siapa pengirim surat merah tu, jadi tak perlu nak berdalih lagi" Baekhyun berkata dalam tenang.

"Korang dah tahu? Siapa? Mana dia?"

Jackson hampir mengalah dan mempercayai Kris sebelum dia turun memeriksa kaki seluar Kris. Lelaki tinggi itu terperanjat dengan tindakan Jackson. "Apa kau buat ni?" spontan laju Kris menjauhi Jackson, bimbang rahsianya diketahui.

Dua serpihan kaca kecil jatuh ke lantai.

"Kris, kau adalah pengirim surat merah tu!" Jackson membuak marah lalu menumbuk wajah Kris. Apa yang Baekhyun katakan memang terbukti benar.

Kris melayang hampir terjatuh sebelum sempat berpaut pada salah satu kerusi. Cecair merah mengalir keluar dari lubang hidungnya.

"Mengakulah Kris. Namjoo dah ceritakan pada kami. Kau ialah Kai"

"Ah~ perempuan tu dah ceritakan? Jadi korang dah jumpa dialah maknanya" Kris menstabilkan badan, berdiri. Dalam keadaan tegak, Kris pura-pura tenang sambil mengelap darah yang mengalir atas bibirnya. Seketika kemudian, lelaki itu bertepuk tangan. Nafas Jackson mendengus laju, masih berasa geram. Buku limanya masih digenggam rapat. Baekhyun hanya diam memerhati, menunggu lihat apa akan Kris lakukan.

"Syabas. Korang dah berjaya cari tahu identiti pengirim surat merah tu. Betul. Aku ialah orang yang menhantar surat merah tu kepada kelab korang dan aku ialah Kai yang sebenar" Kris tenang mengaku, masih boleh tersenyum.

"Kenapa?!" Jackson menahan perasaannya. "Kenapa kau buat semua ni? jadi selama ni, kau permainkan aku?"

"Baik kau mengaku, kenapa kau pecahkan tingkap bilik Chiyaki Errie dan kenapa kau sembunyikan Namjoo dengan pembantu rumah tu? Kau ialah tuan muda rumah ni?" Baekhyun pula menerjah dengan soalannya.

"Calm down. Aku tak berniat pun nak kenakan Jackson. Mulanya target aku ialah kelab Sherlock. Aku dengar kelab tu popular dan hebat sangat, jadi aku sengaja jemput ahli kelab Sherlock untuk 'menguji' mereka. Pada hari kau datang pada aku, cakap yang kau tubuhkan ahli kelab penyiasatan tu, aku terfikir nak tahu sedalam mana kau minat pada penyiasatan, sebagus mana kau boleh selesaikan misteri kes, tapi lepas dengar laporan kau mengenai kematian teman wanita aku, aku sedar yang kau hanya peminat bodoh Sherlock Homes. Bukan sahaja Jackson tapi juga ahli kelab Sherlock sendiri. Korang hampakan aku"

Senyuman Kris pudar dan wajahnya masam. Pandangan matanya dipenuhi pandangan marah dan dendam.

"Chiyaki Errie tu adalah teman wanita kau?" Baekhyun menyoal lelaki itu, dalam nada yang tenang, cuba untuk tidak membangkitkan kemarahan Kris. Baekhyun menduga yang lelaki itu pasti menyimpan senjata dan Baekhyun tidak mahu senjata itu dikeluarkan.

"Jadi malam tu, letupan yang berlaku, jambatan yang terbakar, cermin tingkap yang pecah. Itu semua kau punya angkara?" Jackson pula menyoal dalam geram. Kris yang berada di depannya tidak lagi dipandang sebagai kawan, tapi musuh.

"Chiyaki Errie ialah teman wanita aku, malah kami dah bertunang. Aku buat semua tu sebab korang. Siapa suruh korang tuduh Errie sebagai pembunuh! Errie bukan pembunuh! Dia tak bunuh Sora! Bukan dia yang bunuh!" nada Kris meninggi.

Dilarang Masuk (Complete)Where stories live. Discover now