Part 4 ( Flashback )

309 20 0
                                    

Ketika mereka sedang berseronok dan bergelak-ketawa, tiba-tiba kedengaran pekikan penduduk desa yang kedengaran begitu cemas. Kei, Sano dan Miko berpandangan sesama sendiri.

" Apa yang terjadi ? ", tanya Miko.
" Manalah kitorang tahu, kan kita sama-sama main dekat sini ", balas Sano dengan muka menjengkelkannya itu.
" Aku tanya je kan ", majuk Miko sambil menarik muka.
" Kau ni a... ", belum sempat Sano ingin membalasnya ,Kei terlebih dahulu menutup mulut Sano.
" Dah dah, takyah ah gaduh. ", balas Kei. Sano menggigit tangan Kei yang masih di mulutnya.
" Auch, sangatlah ngok! ", jerit Kei sambil mengetuk kepala Sano. Sano ingin membalasnya tetapi kepalanya telah dilagakan dengan kepala Kei.
" MIKO ! ", jerit mereka berdua serentak.
" Kata jangan gaduh. Tapi ni apa ? Grrr. Dah ah, jom kita tengok apa yang jadi kat sana. ", ujar Miko sambil memulakan langkahnya untuk pergi melihat apa yang terjadi .

Didesa.

Sesampai sahaja mereka didesa tempat mereka tinggal, mereka terkedu kerana rumah-rumah penduduk kampung hangus terbakar, sawah padi, pokok getah dan semua bangunan di desa mereka rosak dan ranap seperti disengajakan. Kelihatan juga, mayat-mayat penduduk kampung yang berselerakkan. Tanah tempat mereka bermain, kini dipenuhi darah. Baunya terlalu hanyir sehingga mampu membuat orang mual. Bukan manusia sahaja, haiwan-haiwan peliharaan, penternakan juga mati .

Mayat-mayat itu, kelihatan begitu mengerikan. Adakah mereka mati kerana dijilat api ataupun dibunuh ? Tetapi siapa yang tergamak untuk melakukan perbuatan terkutuk ini ?

Kei, Sano dan Miko berjalan sambil berpegangan tangan. Tiba-tiba, Sano dan Miko melepaskan ikatan tangan itu dan berlari ke arah sebuah laluan.

" Ibuu, Ayahhh "
" Babaa, Umii "
Jerit mereka berdua sambil menangis dengan kuat.

Kei, terkedu, tergamang melihat mayat ibu bapa Sano dan Miko. Isi perut mereka terburai seperti ada yang menikam dan menarik sesuatu objek yang tajam dengan kejam. Kei ingin mendekati mereka untuk menenangkan mereka.

Tiba-tiba, zappp ( bunyi pedang ), mata Kei terbeliak. Seorang yang memakai pakaian seperti ghost memegang pedang dan memanggal kepala Sano dan Miko. Rakan baiknya. Kepala Sano dan Miko, bergolek hingga ke kakinya. Kei memandang kepala rakan-rakannya dengan perasaan takut.

Kei memandang kembali ke hadapan dan melihat mahkluk itu mula berjalan mendekatinya. Kei terus berlari dengan laju, dan mencari tempat persembunyian.

Kei menggigil dan menangis mengenang nasib rakan-rakannya.

Kei pov

Aku berlari dengan laju, untuk menjauhi diri daripada mahkluk itu.

" Ma mahkluk apa tu ", ucap aku didalam hati.
" Ah, sekarang aku perlu cari tempat sembunyi dulu ", sambung aku.
" Ha, tu ada pondok lama. Baik aku sembunyi kat situ ", sambungku lagi.

Aku menggigil dan menangis seorang diri mengenang nasib rakan-rakan baikku. Merekalah yang selalu ada disisi aku.

" Tolong jangan apa-apakan kami ".

Suara tu, macam suara IBUUU !

End Kei's Pov

TBC

Chap yang seterusnya juga pasal flashback. Maaf, makin meroyan. But please enjoy k. Jangan lupaa comment and vote . Muah xD

Dendam.Where stories live. Discover now